Sunday, February 8, 2009

Tahniah Kepada SN Idaman Frozen Food Sdn Bhd





A'kum Semua,

Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada SN Idaman Frozen Food Sdn Bhd kerana telah berjaya menggondol 3 anugerah dalam 3 kategori di dalam Majlis penyampaian usahawan MARA cemerlang peringkat negeri selangor yang diadakan pada 23 Januari 2009 yang lepas. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato' Othman Ahmad dan dihadiri oleh beberapa pegawai dari BPU MARA .
 
Antara anugerah yang berjaya dimenangi adalah :
1) Anugerah Usahawan Muda Berjaya Sektor Pembuatan
2) Anugerah Usahawan Berjaya 2008 Sektor Perdagangan
3) Anugerah Usahawan Bekas Pelajar Tajaan MARA berjaya

SN Idaman juga telah menerima letter of undertaking dari MARA dan khabarnya, urusan peguam antara SN Idaman dengan MARA telah pun berjalan dengan lancar..Alhamdulillah. Duit pun khabarnya dah berpindah tangan untuk pembelian mesin sebanyak 30%....

Mintak maaf sebab baru ada kesempatan nak menaip sebab busy ke serata Malaysia membantu Usahawan. Lagi satu nak tanya kalau tak jadi salah ler. Hari tu kata, buat blog ada duit sedekah RM 100 kan, la ni dah kena beku sebab inflasi ker. Atau kena ada resit baru boleh dapat. Sorry lama tak semak akaun maybank, kalau bendahari dah masukkan tapi saya tak perasan, mintak maaf bebanyak...tapi kalau memang dah takde, please call to inform macam masa nak offer dulu (macam kebajikan masyarakat pulak...). Kita ni kalau berteka teki ni tak best. Kalau ada garis panduan, sebulan kena buat beberapa posting untuk eligible dapat elaun, sila suarakan !!! Supaya senang saya katakan...tak payah pun takper, sebab duit tak boleh beli freedom saya. Selamat Malam.

Azli