Monday, November 23, 2009

Penasihat Gering...Kak Long Masih Begitu...




Salam Semua,

Penasihat kita Dr Ayub Mohd Yatim dimasukkan ke HUKM semula setelah keluar beberapa hari yang lalu. Mengikut kata Dr yang merawat, beliau mengalami migrain dan mild stroke. Kepada sesiapa yang telah datang melawat, saya bagi pihak Dr Ayub mengucapkan jutaan terima kasih. Sama-samalah kita doakan semoga beliau cepat sembuh....

Kak Long pula masih berada di Hospital. Menurut Chef Aida yang telah melawat beliau hari Sabtu yang lalu, keadaan beliau agak membimbangkan. sama-samalah kita panjatkan doa semoga beliau kembali seperti sedia kala dan ceria seperti selalu. Pada En Seth, sabar banyak-banyak. Kalau ada kesempatan, nanti saya ke JB untuk menziarah.

Perunding Jalanan

Tuesday, November 3, 2009

Kecewa Sikap Peniaga

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Setelah melalui pelbagai ‘rintangan dan halangan’ sejak awal tahun, akhirnya aktiviti gotong-royong untuk membersihkan Pasar Pudu berjaya juga dilaksanakan.

Langkah itu diambil kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sering mendapat rungutan daripada pelanggan yang mendakwa kawasan pasar berkenaan terlalu kotor.

Bau busuk, longkang tersumbat dan bilangan tikus yang meningkat adalah bukti jelas tahap kekotoran di kawasan itu.

Bagi menjayakan aktiviti gotong-royong itu, DBKL dan Alam Flora menyediakan 33 tenaga kerja untuk bersama-sama para peniaga dan penjaja membersihkan kawasan itu.

Malangnya, jumlah tenaga kerja dari DBKL dan Alam Flora itu lebih ramai daripada peniaga. Hanya sebahagian kecil sahaja yang menyahut seruan untuk meningkatkan kebersihan pasar itu.

Ketua Operasi Alam Flora, Jamlos Sanip ternyata orang yang paling kecewa dengan sikap peniaga di pasar itu.

Katanya, banyak pihak yang menyelar DBKL dan Alam Flora tidak menjalankan tanggungjawab tetapi kini beliau mempersoalkan sikap peniaga di pasar itu.

“Saban hari, Alam Flora melakukan kerja-kerja pembersihan khususnya mengutip sampah sarap di kawasan Pasar Pudu ini.

“Oleh itu, dakwaan Alam Flora tidak menjalankan tugas adalah tidak berasas langsung hanya kerana kawasan tersebut kelihatan sentiasa kotor.

“Bukan hendak menuding jari kepada orang lain, tetapi secara peribadi, saya melihat sikap peniaga dan penjaja yang tidak menitikberatkan kebersihan juga merupakan penyebab utama masalah ini.


PETUGAS Alam Flora terpaksa bersusah-payah dan bergelumang dengan kekotoran semata-mata untuk membersihkan longkang di Pasar Pudu semasa program gotong-royong di pasar itu baru-baru ini selepas tidak mendapat kerjasama daripada peniaga di situ untuk mengalihkan barangan mereka yang menutupi longkang.


“Misalnya, mereka meletakkan barang-barang berniaga di tempat yang tak sepatutnya seperti di atas longkang dan tindakan itu menyebabkan kerja-kerja pembersihan terutamanya melibatkan longkang sukar dilakukan,” ujarnya.

Tambah Jamlos lagi, oleh kerana itu, aktiviti pembersihan pasar itu perlu dilakukan secara besar-besaran dan secara berkala.

“Sebelum ini, ada pihak yang menyuarakan pendapat supaya kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran dilakukan sebulan sekali.

“Malangnya, cadangan tersebut mendapat bantahan daripada sebahagian peniaga dan penjaja atas alasan, kerja-kerja pembersihan itu akan menyebabkan mereka terpaksa tidak berniaga,” katanya.

Beliau berkata, sikap itu perlu dikikis jika peniaga hendak melihat tahap kekotoran dalam pasar ini berada pada tahap minimum.

Penyelia Alam Flora di Pasar Pudu, Zamri Awang pula berkata, peniaga dan penjaja pasar itu perlu mengubah sikap dalam soal kebersihan.

“Setiap hari, sekitar pukul 2.30 petang, Alam Flora akan memulakan tugas untuk membersihkan kawasan ini.

“Kerja tersebut hanya akan selesai sekitar pukul 5 petang kerana terlalu banyak sampah yang perlu dikumpul dan dibuang.

“Tetapi, Alam Flora tidak dapat membersihkan sebahagian kawasan pasar itu kerana ada peniaga dan penjaja yang meletakkan barang-barang perniagaan mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

“Apabila keadaan itu berlaku, lori penyedut yang hendak membersihkan longkang juga tidak dapat menjalankan tugasnya kerana longkang telah ditutup dengan barang-barang peniaga dan penjaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, menurut Zamri lagi, sebahagian besar peniaga dan penjaja hanya membiarkan sampah bertaburan tanpa mengumpul atau mengutip sampah tersebut sebelum pulang.


Jamlos Sanip, Zamri Awang


“Keadaan bertambah teruk apabila deretan gerai makanan berhampiran pintu masuk Jalan Tun Razak dibina sehingga menutup longkang yang ada.

“Sepatutnya ia dibina tidak melebihi longkang tersebut.

“Lihatlah, barangan mereka seperti meja dan sebagainya telah menutup laluan longkang. Bagaimana longkang hendak dibersihkan.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini perlu dikikis,” katanya yang tidak yakin sikap itu mampu dibuang dalam waktu terdekat kerana ia telah menjadi amalan peniaga sejak tahun 1960-an lagi.

Sehubungan itu, katanya, tindakan penguatkuasaan yang tegas perlu diambil dalam usaha mewujudkan kesedaran terhadap kebersihan.

“DBKL perlu memainkan peranan yang tegas termasuklah mengenakan kompaun dan mungkin juga pembatalan lesen berniaga terhadap mereka yang ingkar arahan.

“Bukan hendak bertindak kejam, tetapi mungkin melalui cara ini, masalah kebersihan di Pasar Pudu atau mana-mana pasar sekitar ibu kota boleh diatasi,” katanya.

Bayangkan jika Pasar Pudu itu semakin hari semakin kotor, pastinya pengunjung akan semakin berkurang dan beralih kepada pasar raya yang lebih bersih.

Lambat laun, perniagaan di pasar itu akan merudum sekali gus menjejaskan pendapatan para peniaga dan penjaja di situ.

Dipetik Dari Utusan Online 29 Okt 2009

USM Cipta Mi Kuning Kering Untuk Kurus

PULAU PINANG 28 Okt — Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang memberikan rasa kenyang yang lama dan mampu menurunkan berat badan.

Ketua penyelidik Prof Madya Azhar Mat Easa berkata “Neodles” adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum ia dikomersialkan.

"Neodles melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, ia adalah lebih sesuai kepada mereka yang sensitif terhadap kandungan gula makanan dan mereka yang mengalami masalah kegemukan.

"Produk itu direka menggunakan formulasi khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman,” katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri Prof Rozman Din dan tiga penyelidik lain iaitu Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong serta Dr Abbad F.M Alkarkhi.

Azhar berkata produk yang dimajukan menggunakan geran bernilai RM900,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bersifat rintang penghadaman.

Katanya sifat rintang-penghadaman membolehkan Neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pendiet.

"Jika Neodles dimakan pada sebelah pagi, pengguna akan berasa kenyang hingga malam dan selain itu, pengguna kini boleh menikmati mi kuning tanpa menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang keterlaluan.

"Produk itu juga berupaya menyumbang faedah kesihatan dari aspek kandungan serat dietari yang menggalakkan kekerapan pembuangan najis,” katanya.

Beliau berkata produk yang akan berada di pasaran pada Februari depan tidak menjejaskan ciri-ciri sensori apabila diuji menggunakan panel sensori.

"Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut citarasa pengguna. USM pada peringkat akhir berbincang dengan pengeluar dan kita menjangkakan ia akan berada di pasaran pada Februari depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi 200 gram,” katanya.

Dipetik Dari Utusan Online 28 Okt 2009

Donut Semakin Mesra Popular



Terdapat pelbagai variasi dari jenis klasik hingga kepada donut yang ditabur gula serta perasa buah dan coklat yang membangkitkan selera pengunjung yang berkunjung.


DONUT ialah sejenis pastri yang digoreng di dalam minyak yang banyak dan dipercayai berasal dari benua Amerika.

Terdapat pelbagai jenis donut dan pastri ini kini bukan sahaja dimakan ketika sarapan pagi tetapi menjadi hidangan pada waktu makan lain dan di waktu santai.

Dua jenis yang paling popular ialah berbentuk cincin dan yang berisi jem, jeli, krim, kastard dan juga isian manis yang lain.

Di negara ini, donut menjadi semakin popular dalam kalangan orang ramai dan ini dapat dilihat daripada kemunculan bagai cendawan tumbuh kedai dan kiosk menjual donut di Lembah Klang.

Kehadiran premis-premis ini di kompleks membeli-belah serta stesen minyak juga membuktikan semakin mesranya donut dengan selera rakyat Malaysia.

Antara kiosk pertama yang menghidangkan donut di negara ini ialah Dunkin' Donuts. Bagaimanapun Dunkin Donuts kini bukan lagi satu-satunya jenama donut di pasaran tempatan.

Kini, Krispy Kreme turut menembusi pasaran Malaysia sejak April tahun ini, menjadikan Malaysia sebagai destinasi ke-17 rangkaian jenama donut ini.

Terdapat juga nama-nama lain dalam industri donut negara seperti 'J.CO Donuts' dari Indonesia dan jenama tempatan yang turut popular, Big Apple Donuts.

Donut yang mempunyai pelbagai rasa sering dipamerkan di dalam cermin kaca kedai-kedai dan kafe donut. Terdapat variasi dari jenis klasik hingga kepada donut yang ditabur gula serta perasa buah dan yang disalut coklat termasuk juga yang menggamit pencinta aiskrim.

Donut semakin menarik perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Pengurus Besar Krispy Kreme Malaysia Alex Chong.

Minat makan donut

"Hari ini, donut semakin menjadi sebahagian daripada menu makanan mereka," katanya.

Menurut Chong, minat makan donut dalam kalangan umum telah meningkat dibandingkan dengan beberapa tahun lalu dan ini membuatkan Krispy Kreme menempatkan perniagaannya di Malaysia.

Kata beliau, Krispy Kreme berhasrat membuka sekurang-kurangnya 20 cawangan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Kini syarikat itu agresif dalam usaha meningkatkan pembaharuan dalam pengeluaran donutnya.

Ini akan membantu dalam memenuhi cita rasa masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kami mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan. Kami mahu menyebarkan budaya berkongsi rasa dalam kalangan rakyat Malaysia," tambah Chong.

Beberapa pengunjung ke kafe donut yang ditanya pendapat mereka tentang donut hari ini memberi pandangan berbeza - ada yang menjadikan donut satu kemestian setiap minggu dan ada pula yang masih berupaya mengelak daripada menjadikannya rutin makanan mereka.

Bagi Chantelle Chuah, beliau berharap satu hari nanti akan muncul jenis donut yang dicelup dadih (yogurt).

"Sebenarnya, versi yang ada sekarang ini terlalu manis buat saya. Saya tak berapa kisah dengan donut yang berperisa buah tetapi berharap agar ada yang dibuat daripada tepung yang lebih sihat ...selain daripada gandum.

"Seperti oat, bran dan juga yang mempunyai tambahan perisa seperti yogurt" kata Chuah bila ditanya tentang donut cincin yang berwarna-warni.

Chuah jarang sekali mengunjungi kedai-kedai donut ini dan tidak berapa kisah kalau tidak dapat menjamah makanan ini, tidak seperti rakannya, Cassandra Patrick yang perlu membeli donut sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Bagi Cassandra, donut merupakan trend terkini dan bilangan peminat makanan ini semakin meningkat dan menjadi ikutan ramai.

"Saya beli dan makan donut setiap minggu. Rakan saya dari generasi yang sama pun begitu kerana mereka tertarik dengan kafe donut yang dihias cantik dan berwarna-warni serta persekitarannya yang menarik.

"Ini ialah pendekatan baru yang menyeronokkan, jadi kami dapat menikmati pastri ini dalam suasana penuh selesa...sambil relaks berborak," kata Cassandra sambil ketawa.

Bagi generasi belasan tahun, donut ialah sebahagian daripada tarikan ke majlis hari jadi serta keramaian.

Enak dan menyelerakan

Bagi Zahirah Wahidin, 16, donut berisi coklat menjadi kegemarannya.

"(Coklat) ini diisi mewah di dalam donut, sungguh enak dan menyelerakan bila dimakan," katanya sambil mengunyah donut kesukaannya.

Donut kini semakin kerap dihidangkan di majlis keramaian, jamuan keluarga serta juga pertemuan formal di antara rakan-rakan sepejabat.

Kandungan kalorinya agak boleh diterima oleh rakyat Malaysia kerana ia dikira sebagai hidangan 'pencuci mulut' dan tidak selalu muncul di atas meja makan.

Tetapi awas tentang kandungan gulanya yang agak tinggi.

Apapun, memakan donut sudah menjadi trend yang semakin popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia. -- Bernama

Utusan Online 30 Okt 2009

18 Produk Mengandungi Plumbum Tiada di Malaysia

PUTRAJAYA 2 Nov. — Pemeriksaan Kementerian Kesihatan mendapati kesemua 18 produk buah kering yang mengandungi kandungan plumbum yang tinggi oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) tidak terdapat di pasaran negara ini.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Nooraini Datuk Mohd. Osman berkata, berdasarkan data dari Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) dan juga melalui operasi khas periksa dan pantau di pintu masuk negara ini mendapati Malaysia tidak mengimport kesemua 18 produk tersebut.

"Kementerian Kesihatan segera bertindak dengan mempertingkatkan pemantauan di pintu masuk dan juga di pasaran tempatan berikutan laporan dalam laman web USFDA iaitu http://www.fda.gov pada 1 Oktober lepas berhubung 18 produk buah kering itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan tindakan pemeriksaan Tahap 5 iaitu tahap Tahan, Uji dan Lepas melalui FoSIM ke atas semua buah kering termasuk plum kering dan prun kering yang disenaraikan USFDA untuk dianalisis kandungan plumbumnya. Pemantauan dan pemeriksaan melalui operasi khas itu juga dijalankan bagi memastikan bahawa produk berkenaan tidak terdapat di pasaran tempatan, katanya. - Bernama

Monday, November 2, 2009

Kursus HACCP Pegagau Food Products Sdn Bhd

Salam kengkawan semua...

Aku ni nak kata baru balik tak jugak dari Sempoerna. Kursus HACCP untuk syarikat ni aku dah buat bulan Ogos tapi dek kesibukan mengaudit tak putus-putus (syukur banyak rezeki !!!), baru la saya sempat nak buat posting pasal kursus ni.

Kursus ni memang enjoy giler. Banyak orang Indonesia, Sabahan dan ada orang Siam yang dah fasih berbahasa melayu. Siap bertunang ngan orang tempatan lagi...

Pemandu pelancong kiter Mr Chung memang baik sesangat. kalau bab makan boleh sampai pecah perut. Kilang ni ternak udang, so kitorang merasalah makan udang harimau segar. bayangkan kelas rehat 12.45pm dah tu bebudak gi ambik udang kat kolam, terus rebus dan masak untuk makan tengahari secara gotong royong kat asrama diorang...

YANG KURUS TU LER BESFREN KITORANG MASA KAT SANA...MR CHUNG NAMANYA
KILANG DIORANG MEMANG BERSIH....FIRST CLASS
CUBA KORANG TENGOK UDANG HARIMAU TU, AIR TU SEJUK DALAM 2C. GERAM SIOL LAGI-LAGI BAGI AKU YANG KAKI MAKAN UDANG...

NI LA UDANG YANG DIMASAK SECARA BERGOTONG ROYONG. AKU MALAS NAK TUNJUK SKIL, BIAR ORANG LAIN YANG MASAK. KAT MANA-MANA ASYIK AKU JER YANG KENA SINSING LENGAN, MANA ACI...


LISA DAN SIGUN SEDANG KENDURI UDANG

Kat pekan Semporna, aku duduk kat Hotel Seafest...betul-betul berdepan ngan jeti bot nak ke Pulau Sipadan. kalau ada Lan ni, kami sah dah ke tengah laut mungkin ke Pulau Mabul ke, Sipadan ke tapi sebab pegi ngan member lain...pandang laut jerlah.

Bagi aku, ia adalah satu pengalaman yang indah kerana mungkin perbezaan cara hidup dan budaya menyebabkan aku leka seketika apabila berjalan-jalan lepas tamat kelas. Rasa macam kat pekan koboi pun ada gak sebab banyak mat saleh kat sini. Di sini majoriti penduduk kebanyakannya orang bajau. Kat pasar pun suasananya amat menarik. Kat semenanjung tak jumpa budak-budak jual ikan ngan kengkawan sambil menarik orang luar macam aku membeli hasil jualan diorang. Ada ikan coral tu diorang jual selonggok RM 5 jer. Suasananya mengingatkan aku pada pemandangan kat Lahad Datu.





Lagi sekali aku datang, pasti Pulau itu aku takluki...dua pulau ni jer antara yang belum aku pegi. yang lain dah habis pegi ngan besfren aku 2-3 tahun lepas. Kenapa tetiba terasa cam nak pegi Bali kali kedua ni....sebelum hujung tahun, wajib aku ke sana nak rehatkan fikiran dan rancang projek ID baru, maybe nak beli studio apartment kat Mont Kiara kalau ada rezeki...kita buat style Manhattan pulak kali ni, apa macam ada bran ??? Kepada bebudak Pegagau, korang memang rock. Madam Utara, Suhaimi, Mr David, Micheal Si Anak Bos, Suhardi dan lain-lain, time kasih atas layan kalian. Aku doakan korang dapat HACCP dalam waktu terdekat. percayalah firasat Perunding Jalanan.

Sunday, November 1, 2009

Kursus GMP Bagi Kilang Madura Industries Sdn Bhd

BOLEH DIREKOMENKAN KAT ORANG...BOLEH TAHAN SEDAP, TAPI ADA SIKIT LAMBAT LER

ALUSI NGAN MAHYIDDIN DAH TAK SABAR NAK MAKAN...EN DIN YANG LAGI SATU TU TUKANG ORDER. MEMANG BERBALOI-BALOI, CUKUP RASA DAN TAK MEMBAZIR PULAK TU...
TRIMER KASIH EN YA...SEDAP MAKAN MALAM TU


Salam semua,

Sorry ler lama tak update sebab sibuk dengan projek ID terbaru. Rumah apartment kat Shah Alam Seksyen 7 untuk di decorate ngan "English Style" yang minimalis. Nanti aku update pasa projek ni. Setakat ni material basically dah ada cuma tgh buat soft furnishing punya material.

Kali ni aku buat posting khas untuk bebudak MISB katanya gambar-gambar ni nak buat kenangan. Downloadlah semahunya...setakat mana yang ada...kalau ada lain, nanti saya e-mail kat Tini...





Bukan nak memuji, projek pembangunan kilang GMP kat sini memang laju...tabik pada bos-bos mereka yang dedicated...dan tak lupa pada anak-anak buah yang baik-baik belaka....tapi satu je yang tak berkenan....aku tak nak duduk Resort Azimos tu lagi (Resort ker)....teruk giler. Standard aku kat Bukit Kluang jer lepas ni. Apa nak pening, Syarikat aku yang bayar tapi masalahnya, Bukit Kluang ni asyik penuh jer time aku datang audit. Apa-apa pun, selamat maju jaya pada Tini...banyak dah maklumat saya dapat untuk buat manual. Ada syarikat lain, cakap berdegar-degar...tapi hampeh, ini semua simptom NATO (No Action, Talk Only). Borang yang mudah pun tak mula guna lg...camno ko nak dapat GMP ngan HACCP cepat...sendiri mau ingat ler. Esok ada kursus ngan FAMA pulak kat Genting Highland....Ini namanya rezeki anak !!!