Sunday, February 15, 2009


Dari e-mail Tn Presiden,

Assalamualaikum,

Saya bagi pihak Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra
Malaysia (PPIPBM) ingin memaklumkan bahawa kami akan menganjurkan
program Taklimat Peluang Pemasaran Produk IKS ke Timur Tengah melalui Dubai Trading House, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PPIPBM Ke 17 & 18 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19 Februari 2009 (Khamis)

Masa : 1.00 petang

Tempat : Bukit Jalil Golf & Country Resort, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Program ini akan dirasmikan oleh YB. Dato' Shahrir Abdul Samad, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Melalui taklimat ini, para peserta akan dimaklumkan
perkhidmatan–perkhidmatan yang akan dilaksanakan bagi mempromosikan produk
IKS ke Timur Tengah. Projek pertama yang akan diadakan adalah mempromosikan
produk IKS ke Carrefour Dubai dengan kerjasama Carrefour Malaysia.

Selain daripada sesi taklimat ini, kami juga akan menyediakan meja informasi
dan mengadakan sesi klinik usahawan seperti berikut:

i. Dubai Trading House oleh Diamond Consolidators

ii.Pusat Pembungkusan dan Pemprosesan Makanan oleh SME Packaging Centre

iii.Using ICT to Grow During This Difficult Time oleh Biro ICT PPIPBM

Di samping itu, pihak kami juga akan menyediakan meja informasi
produk/perkhidmatan kepada agensi lain seperti bank-bank yang memberi
bantuan kepada IKS dan lain-lain.

Saya bagi pihak PPIPBM menjemput tuan/puan untuk menghadiri taklimat ini dan
mohon kerjasama tuan/puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada
usahawan-usahawan IKS Bumiputera.

Terima kasih.

Wan Suhaida (SU) Executive Secretary Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) Mobile : 012 915 4370 Phone : 03 4022 2914 Fax : 03 4021 5116 Website : www.ppipbm..org.my