Wednesday, August 11, 2010

Lagi Kopitiam Diragui Status Kehalalannya

Pada 23/07/10, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur telah menjalankan Ops Kopitiam di Kepong. Operasi bersepadu ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
Dalam operasi ini juga, pihak JAKIM, JAWI dan KPDNKK telah mendapati bahawa premis makanan tersebut telah menggunakan sjil halal swasta yang tidak diiktiraf (Islamic Food Research Centre & Asia Region) oleh kerajaan Malaysia serta menggunakan bahan makanan mentah iaitu ayam yang disyaki dibekalkan dari rumah sembelihan ayam yang tidak mendapat pengesahan halal. Berikutan dari itu, tindakan susulan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ke atas syarikat tersebut.

“Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati premis berkenaan telah mempamerkan sijil halal swasta yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, syarikat didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 6.6.6 Penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak, 16.7.2 (ii): Kesalahan Besar memiliki sijil halal palsu atau menggunakan logo halal tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang diiktiraf”.