Tuesday, August 31, 2010

AKU DAN AYUB...







Salam Semua,

Selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin sekiranya terdapat salah dan silap saya sepanjang mengenali anda semua. Diam tak diam dah 2 minggu Dr Ayub meninggalkan kita. Lama saya ambil masa nak buat tribute kepada Dr Ayub. Rasanya macam tengiang-ngiang hilai tawa beliau. Dr Ayub dulunya bukan sahaja seorang bos malah lebih kepada seorang sahabat. Saya berhenti dari tempat kerja sebelum ini kerana yakin dengan nasihatnya tentang Hukum Karma...Beliau berkata " kalau takde ujian macam ni Li, ko masih duduk kat ofis sampai malam buat kerja tapi orang fitnah macam-macam. Itu maknanya tuhan suruh ko keluar dari comfort zone ko tu. Apa yang ko sayang sangat nak belah dari sini". Lama saya ambil masa nak faham sehinggalah hari ini, kata-kata itu sebenarnya memberikan saya keyakinan besar untuk lebih berjaya. Saya masih tak papa seperti hajat beberapa kenalan lama, malah makin senang dengan rezeki dari pelbagai sumber yang tak saya jangka, sibuk dengan kerja Perundingan, sibuk dengan ID dan jual hartanah, sibuk dengan jual kereta potong di Internet yang dijalankan oleh Adik lelaki saya...Syukur dengan rezeki yang tuhan beri. Anak yang saya jaga juga sihat dan tidak memberikan masalah malah mampu memberikan ibu bapa saya kemewahan setakat yang saya mampu. Nak masuk hospital swasta juga mampu saya bayarkan tanpa tuntutan insuran. Kalau saya bermula dengan asas yang tidak ikhlas dan haram sekadar memetik kata-kata rakan sekerja ketika itu, pastinya rumah saya dah terbakar dan duit saya tak bertambah. Saya masih terngiang kata-kata org HR pada ketika itu yang akhirnya dah keluar dari Syarikat tersebut kerana rabun duit...katanya kalau gaji saya 12K, hanya 2.5K gaji saya di syarikat tersebut sahaja halal manakala selebihnya adalah haram. Suka hatilah, saya maafkan semuanya. Yang penting saya tak buat seperti yang dikatakan. Saya tak pergi pada Usahawan untuk minta projek tapi Usahawan yang datang minta saya jadi Perunding Syarikat mereka. Salah ke saya terima ??? Siapa yang tak yakin, jangan approach. kalau yakin silakan.


Dr Ayub banyak mengajar saya menghormati ibu bapa. Beliau menceritakan kepada saya, masa kecil dulu, beliau tak pernah tinggikan suara pada emaknya. Biar salah pun, jangan tinggikan suara. Saya selalu bercerita tentang keluarga saya dan beliau juga bercerita tentang keluarga dia. Kami seperti 2 budak kecil yang bila berjumpa akan terus-terusan berborak sehingga penat dan tertidor. Itulah sebabnya kalau Beliau ke mana-mana walaupun saya tidak ada kena mengena dengan occasion itu, saya akan disponsor hotel dll supaya ikut untuk temankan dia. Begitulah akrabnya kami. Satu perjalanan yang saya tak boleh lupakan masa balik dari kursus GHP di Kelantan beberapa tahun yang lalu...kursus habis dalam tengahari. Lepas kursus ada Usahawan ajak lawat kilang. Saya dah kata lain kali jelah sebab maklumlah perjalanan masih jauh. Dr Ayub nak pegi jugak...last-last dalam perjalanan balik, kereta kejap laju kejap perlahan sebab masing-masing mengantuk yang teramat sangat. Rasanya kami berhenti di Raub untuk minum dan lelap sekejap but still kereta terhoyong hayang macam orang mabuk. Sampai ke Serdang dalam pukul 4 pagi bayangkan dari petang hampir 11 jam. Semenjak tu, kalau perjalan ke Kelantan, memang kami akan naik Kapal Terbang sebab trauma.

Kalau bab makan, saya rasa ramai org yang rapat dengan dia tahu sangat. Makan memang tak jaga pakcik ni. Saya rasa antara makanan yang dia betul-betul miss ialah ikan keli goreng dengan budu di Kelantan (dekat dengan Stadium Badminton Kubang Kerian). Kami makan di sini dibawa oleh Nik Aidil (Shuqur Food Industries). Makan banyak tapi murah betul. makan 4-5 orang baru dalam RM 20.00 je. Lagi satu gorang pisang. Masa kami kursus di Kuching, ada orang jual Goreng Pisang kat Waterfront. Dr Ayub biasa duduk di Crown Plaza. Malam tu Wan Alwi MARA Kuching tu ajak makan. Lepas makan sampai ke Bilik, goreng pisang petang tadi yang sejuk tu, beliau masih selera nak makan..jodohnya sah-sah ngan Kopi panas. Itulah Ayub yang saya kenali. Jangan lupa Asam Pedas. Kalau kursus kat Melaka, semua tempat asam pedas kami redah. Food Hunter katanya. Makanan hotel haram kami tak jamah. Katanya banyak-banyak asam pedas, tak lawan asam pedas Arwah Mak Cik yang pernah menjaga dia masa kecil yang dah meninggal beberapa tahun yang lalu. Masa Mak Ciknya meninggal, beliau sangat sedih...Sayalah tempat dia luahkan perasaan.


Karaoke...banyak orang kata pergi Karaoke buat maksiat. kami pulak berkaraoke sebab bisnes dan release tension. Banyak suara sumbang saya dengar yang bukan-bukan tentang Dr Ayub. Ni saya nak bagi tau. Setakat yang saya tahu, saya dan Dr Ayub karaoke samada kami berdua atau dengan rakan-rakan usahawan. Bukan tak pernah Mak Ayam marah sebab tak ambil Ayam diorang sampai kena halau keluar bilik lagi kat Lahad Datu, but saya punya prinsip senang. nak karaoke, karaoke betul-betul. No perempuan atau parasit. Kami nak nyanyi puas-puas. Ingat lagi masa kat Cherating kursus dengan Felda. kami kat bilik karaoke tu dari pukul 5pm sampai 2pg. Kami berdua je nyanyi sebab bilik kosong. lagu kebangsaan FHS Consultancy yang dipilih oleh Dr Ayub korang jangan gelak pulak...Manja Kau Ilhamku. Dari mana datangnya lagu ni aku pun tak tau. Tapi Dr Ayub memang enjoy kalau nyanyi lagu ni. Lagu apa yang kami tak pernah nyanyi, dari Rhoma Irama ke lagu omputih I don't want to sleep alone, semua kami sebat. Biasanya lagu Alleycat, Spring, Broery Marantika, Rock Kapak memang tak ketinggalan Dr Ayub nyanyikan. Asalkan lagu tinggi sampai keluar tekak, mesti dia akan pilih sebab tau tang menjerit, mic akan disuakan pada saya.Itulah Ayub...Sejak sakit, lama kami tak spend time sama-sama. Satu saja saya nak tegaskan di sini. Saya jarang lawat dia sakit sebab saya tak mahu ingat dia dalam keadaan begitu. Itu saya. Mak saya lepas bedah dan masuk ke ICU pun saya tak masuk sebab saya susah lupa. Saya sampai sekarang masih ingat Dr Ayub mengerang sakit pasal tiub salur kencing salah saiz, masa Dr try kombinasi 3 antibiotik untuk turunkan heartbeat dan masa nurse datang bawak jarum nak inject ubat. Agaknya sebab semua bahagian badan dah takde tempat nak inject, tu yang buat dia serik dan merintih. Serius, sampai sekarang saya tak boleh lupa.


Bila saya akan berjumpa seorang trainer yang natural macam Ayub. Saya tak taulah dalam kehidupan kali ini, akan jumpa dan rapat dengan saya seperti rapatnya saya dengan Dr Ayub. Takde orang lain yang akan percaya saya seperti mana Dr Ayub percaya saya. Takde orang hargai saya seperti Dr Ayub memandang keupayaan saya berkerja. Ayub selalu kata, Azli orangnya output oriented. Jangan tanya macamana saya buat. Tunggu hasilnya saja. Maklumlah saya susah bangun pagi. Ada kerenah dan keras kepala. Kalau saya bagi kerja atau dokumen untuk semak, harus kerja itu, beliau dulukan kalau tak, saya pasti akan bebelkan dia. Dia selalu kata, kalau aku takde takpe Syarikat mesti jalan punya...tapi kalau kau takde, mati siapa yang tau perjalanan syarikat secara keseluruhan. Kami macam aur dengan tebing. Beri apa saja kerja, saya dan dia akan masing-masing tau tugas masing-masing tanpa pertelagahan. Itu resipi kejayaan FHS. Saya suka menulis, Dr Ayub suka bercakap. Itu sebab dia trainer dan saya wazir duduk kat belakang kelas. Dia yang bawa masuk projek, saya yang menguruskannya sebab saya lebih organize dan dia lebih persuasive. Bila saya akan jumpa another Ayub dalam hidup saya...takpelah, biarlah Dr Ayub sahaja sorang tanpa pengganti...kerana saya tak mampu untuk hadapi kehilangan buat kali kedua. Kami banyak berkongsi prinsip hidup, itu sebabnya segalanya sangat mudah bila kami berdua. Sekarang saya perlu harungi seorang diri. Saya dah bersedia, sebab selama ini pun semua kerja saya buat sendiri. Dr Ayub hanya penasihat sahaja. Itu memang kehendak saya sebab saya tak suka orang kacau kerja saya. Dr Ayub pulak tak suka kacau kerja saya...so tak conflick. Terngiang ngiang saya katanya kepada saya " Li, Biar aku sakit tapi kau jaga kesihatan kau ye, nanti terbengkalai Syarikat kalau kau sakit". Ini ayat yang sama yang Lan ucapkan (bestfriend saya) masa kena sengat Pari kat Pangkor.


Selalu jugak Dr Ayub nasihatkan pada saya, jangan kerja kuat sangat nanti mati tinggal semua. kalau ko taknak kawin lagi, ambik anak angkat nanti tak sunyi. Masa saya ambil anak angkat yang pertama, Adi Putra dia selalu usik saya siap buatkan saya skrip katanya kalau orang tanya, jawab jer saya ni Duda anak satu, bukan ditanggalkan isteri tetapi meninggalkan isteri. Katanya ada ker perempuan yang sanggup dengan kerenah saya yang cerewet. Masa ambil anak yang kedua, ramai orang termasuk sedara mara yang tak setuju sebab kata mereka saya sibuk dan tak mudah nak jaga sendiri bayi baru lahir. Saya pulak jenis kalau orang cabar lagi saya buat. Satu manusia sahaja yang yakin seyakin-yakinnya saya boleh buat selain dari parents dan adik beradik adalah Dr Ayub. Saya ingat lagi saya tanya dalam perjalanan ke Rompin untuk kursus BFH. Dia kata "kau nak buat benda baik takkan aku tak setuju. kalau ko ambil anak yatim, murah rezeki, tengok syarikat kita tak putus-putus projek masuk". Saya akan pegang kata-kata ini sampai hujung nyawa. Agaknya sebab setia tak berbelah bagi saya kepada 2 anak yatim dan anak Mohd Yatim, saya sentiasa senang hati. Macam tak kerja, hepi memanjang. Harap ianya berkekalan. Murahkan rezeki saya supaya saya dapat banyak memberi. Kot nak ambik 2-3 orang lagi anak yatim, mana tau.
Pasal Dr Ayublah, saya banyak bertemu dengan kengkawan yang setia. Jumpa Lan di Kursus HACCP kat Pearl International Hotel, Jumpa Bro Akim kat Gunung Ledang dan Damai Laut, jumpa Farhan di ALKEM, jumpa Azmir sebab selalu terserempak kat ALKEM dll.

Akhir kata, Dr Ayub dimana sahaja Dr berada sekarang maklumlah dalam bulan Ramadan lagi, saya sentiasa akan doakan Dr dipermudahkan di sana. Banyak jasa Dr kepada Student UKM dan kepada Usahawan yang saya rasa, Allah SWT akan balas dengan balasan yang setimpal. Saya relakan Dr Ayub saya yang nakal itu...pergi dengan tenang...dan melihat saya meneruskan perjuangan dan cita-cita yang selalu kita angankan...AMIN