Monday, December 28, 2009
Kalaulah Sungai Di Malaysia Boleh Diubah Sebegini...
Mesyuarat PIMK
Kepada semua peserta KIMAR, jangan lupa menghadiri mesyuarat yang akan diadakan pada 31/12/2009 pukul 10pg di KIMAR Mukim Batu.
Perunding Jalanan
Hj Ruzlan Abdul Malek...
Sunday, December 27, 2009
KIMAR DI UTUSAN MALAYSIA
Nampaknya bahang kehangatan KIMAR sudah sampai ke kemuncaknya, walaupun masih belum ada Syarikat yang berasap di KIMAR...tapi sekurang-kurangnya, nampaklah sikit kemajuan dalam beberapa bulan kebelakangan. Kepada yang masih tidur, bangunlah. Buktikan kepada pihak MARA, kita Usahawan terpilih untuk membantu MARA mencapai KPI mereka bukannya ISTIMEWA untuk mendapat segala kemudahan selagi ada. Sekarang adalah masa untuk pembuktian bukannya masa untuk meminta-minta lagi...Tahniah kepada yang telah masuk. Ada Syarikat yang mesin dah sampai, tapi masih ada masalah tak boleh masuk lagi, bersabar jer lah. Ada beberapa syarikat juga telah mendapat Letter of Undertaking untuk beli mesin...harapnya cepatlah korang dapat GMP.
Monday, December 14, 2009
MENGAPA MENYEPI...
Banyak sangat org tanya, di mana perunding Jalanan selama 1 1/2 bulan. kan sebelum ni saya kata saya akan dorman sebentar sebab sedang menyiapkan kediaman apartmen kos sederhana di Seksyen 7. Di bawah adalah gambar rumah yang dah 80 % siap. Rumah ni jual fully furnished 150K. Enjoy...
Tuesday, December 1, 2009
Akta Halal digubal giatkan Industri Halal
Walaupun artikel di bawah dah lebih kurang sebulan dikeluarkan, rasanya ianya terdapat fakta penting untuk Penghuni Kimar Mukim Batu.
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan akan menggiatkan lagi pembangunan industri halal dengan melaksanakan empat cadangan termasuk menggubal Akta Halal yang menjadi asas pembangunan, pengawal selia dan penguatkuasa industri berkenaan.
Cadangan itu juga menyaksikan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diperbadankan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, HDC akan menyediakan satu pelan tindakan pembangunan industri halal manakala pengubalan Akta Halal akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam.
Najib berkata, dua cadangan lain adalah mempertingkatkan persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama institusi antarabangsa untuk mendapatkan pensijilan piawaian seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan Amalan Pengilangan terbaik (GMP) supaya sijilnya diktiraf antarabangsa.
Cadangan itu juga melibatkan pembangunan sistem anti penyeludupan produk halal di tiga pintu masuk dan tiga pelabuhan utama untuk membantu agensi seperti Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim mencegah kegiatan penyeludupan dan mengurangkan risiko wabak penyakit.
“Untuk tujuan ini, sebanyak RM24 juta akan disediakan oleh kerajaan,” katanya.
Najib berkata, umat Islam di seluruh dunia kini melebihi 1.8 bilion orang dan permintaan untuk perkhidmatan dan produk halal semakin meningkat sehingga mencecah AS$2.1 trilion (RM6.93 trilion) setahun.
“Malah, golongan bukan Islam turut berminat terhadap produk halal juga meningkat,” tambah beliau.
Dipetik Dari Utusan Online 24/10/2009
RM15.6 juta naik taraf Arked Mara
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha itu perlu ke arah peningkatan imej premis perniagaan tersebut.
"Peningkatan imej itu juga membolehkan arked Mara ini bersaing dengan premis pernigaan lain apatah lagi bangunan yang sedia ada sekarang sudah kelihatan uzur," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, langkah tersebut juga bertujuan untuk memastikan usahawan-usahawan dapat menjalankan aktiviti perniagaan dalam suasana yang lebih selesa.
Tambah beliau, peningkatan imej itu membabitkan lapan bangunan Mara di seluruh negeri ini.
"Lapan projek itu membabitkan Arked Mara di Kuala Pilah, Jalan Tuanku Munawir dan Ampangan di sini, Batu 3 3/4 Jalan Pantai dan Pasir Panjang di Port Dickson, Mantin, Nilai dan Beranang," katanya.
Sementara itu menurut Yunus, setakat ini sebanyak 516 lot perniagaan disediakan oleh Mara membabitkan 49 projek premis perniagaan di seluruh negeri ini dalam usaha meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera.
"Projek terbaru adalah Senawang Smart Auto yang dibina khusus untuk perniagaan berkonsepkan automotif.
"Premis terbaru itu adalah khas untuk perniagaan automotif seperti bengkel servis kereta, kimpalan dan mengecat kereta dengan tujuan untuk meramaikan lagi usahawan bumiputera dalam bidang yang cukup berpotensi itu," katanya.
Sehubungan dengan itu kata beliau, usahawan bumiputera disaran memanfaatkan kemudahan tersebut untuk meningkatkan pendapatan.
"Masih terdapat kekosongan di premis perniagaan yang disediakan oleh Mara itu dan penduduk di negeri ini harus mengambil peluang ini untuk berniaga," katanya.
Dipetik Dari Utusan Online 30/11/2009