Tuesday, March 8, 2011

Extended Familyku

Salam Semua,

PJ nak buat tribute posting ni kepada kengkawan yang banyak menceriakan hidup PJ selama ni. Sahabat/bro/bestfriend/abang angkat/adik angkat/kakak angkat yang PJ kasihi.

PJ bila tengok bebudak BeST melompat-lompat tangkap gambar tu, teringat zaman-zaman jahiliah dulu. Masa belajar dulu ler...bahagia rasa. PJ nak ingatkan. Nikmatilah masa sekarang ni sebelum ia meninggalkan kita. Percayalah, satu hari korang akan terkenang benda ni semua. Jangan judge orang dari luaran. Setiap orang unik dengan cara mereka tersendiri. Pandang dengan mata hati, korang akan nampak setiap orang walau jahat macamana pun, ada kebaikan dia yang mungkin kita terlepas pandang.

Teringat kat Mail kawan masa sekolah menengah bawah....setiap cuti sekolah, Mail tak balik pun kampung dia, menyebuk menumpang rumah aku. Dah macam anak angkat mak aku dah. Mana budak ni pergi. Berapa orang anak ko Setan...mana pergi Rahmat yang kerjanya mengerjakan freshie baru. Pantang nampak dahi licin, semua ko nak sebat.

Mail ngan Aku kat atas Feri Masa Cuti di Penang. Rindunye. Tlglah contact aku kalau ko baca. Kalau tak aku tak halalkan ko tumpang basikal aku pegi sekolah...

Masa di MRSM, PJ tak berapa banyak kawan rapat. PJ tak berapa rapat dengan rakan sebaya. Kawan ngan orang tua atau budak form 1-2 sahaja. Yang sebaya banyak yang jahat. MRSM PJ waktu tu ada satu sindrom lain. Nanti PJ cerita kat posting lain...Teringat kat kawan satu Homeroom Khairiah, Shemly, Yusri, Zetty Helza, Donna Jarukan, Saiful dll. Mana pergi Diva MRSM aku si Zack, Zafian Sufiat (Mamat ni mental sikit, pandai nak mampus...tengah borak ngan kita dia boleh tetiba menghafal formula fizik!!!terkumat kamit macam tengah jampi serapah, siapalah malang jadi Bini ko), Remy (Muka garang...Librarian yang paling aku benci), Ariff, Rashid....Shahdu pulak hati. Aku ambik kesempatan panjatkan doa kepada kengkawan yang dah meninggalkan kita, Arwah Torone, Minah yang pandai main gitar tu, lupa pulak nama dia, Steng, Kerox (USM) dll.


Saiful kecil ngan Saiful Besar. Adik beradik angkat. Mana pergi si Saiful Ferodzan (yang kecik). maklumlah dah 32 Tahun. Berapa anak ko. Gambar ni masa dia 13 tahun. Saiful besar, e-mail aku kalau kau baca ni...

Gambar masa ambik keputusan SPM. Aku kan YB kat MRSM Terendak. bebudak memang baik ngan aku. Koranglah habiskan gerap aku (ration) kalau parent abang datang dari Kuala Selangor kan. Ingat lagi kita makan sorok-sorok dalam loker (ikan bilis goreng berlada), makan maggi pakai air paip pun korang nak pau abang kan. Dalam gambar tu budak Carbondale, si Ariff....Rizal Zaidi Ahmad Zabidi yang buat sign peace tu (Bro, ko kalau baca tak contact abang balik, aku sumpah ko jadi batu???. Abg tak tau nak contact ko macamana). Yuskhairul yang sebelah aku tak pakai baju tu. Si Beruang yang Hitam manis belakang di Ariff

Malu pulak tengok gambar ni, gambar Homeroom members aku. Oldies giler.

Suhaili (the prettiest boy in our college those days???). Nampak jambu tapi sebenarnya kaki Sport. Semua sukan dia main. Dia kira Hero Mansor Syah, rumah sukan aku

Masa di Kolej MARA Kulim, aku ni Majlis perwakilan pelajar. Naib presiden jer. Last 2 weeks, baru jumpa dengan presiden kitorang dulu. Mohd Ali Yusof. Yer, nama father dia yusof, nama idola dia pun Cikgu Yusof, Pengetua Kolej aku dulu. Carbon Copy betul. Aku ingat berat badan aku jer yang bertambah, Rupanya Ali lagi hebat...

Roomate aku si Londeh pergi mana. Last aku jumpa kat Setiawan. Dah jadi Navy mamat ni. Berantakanlah kapal kalau ko onboard. To'en dah jadi orang besar kat Petronas. To'am pun dah berjaya dah. Last aku tau dia kat Felda. Lain-lain aku agak lost contact gak la. Teringat lak kat cikgu Kimia aku yang aku suka sangat. Cikgu Siti Suanja Somiran (Betul ker ini nama dia???), Cikgu Bio aku, Cikgu Umi, Mr Teh Sharifuddin yang sangat kelakar. belajar BI ngan dia memang paling enjozzz. Gelak manjang.

Ingat lagi belajar silat Cimande Jalak Lenteng. Aku ingat siapa yang biasa menari, boleh masuk silat tanpa masalah sebab silat Cimande ni banyak bunga nak kena ingat. Failed beb, siap kena tutorial kat luar gelanggang. Termasuklah sama dengan Roomate aku, Rushaimi. Aku rasa Bai pun fail gak. Bai, Dr Vet yang konpem dah kaya la ni. Start tu kalau ada silat jer, gerenti aku seksa nak mampus. Apa nak buat, kena lulus gakkan. Syukur gak, bila habis belajar di KMK, aku dapat gak ler tempat ketiga lepas Siza (Doktor Kulit Sekarang), Muna (Doktor kat UKM kalau tak silap aku).

Masuk ke UPM, kengkawan rapat aku banyak gak ler. Sham roomate aku sampai sekarang rapat dah macam keluarga. Pak Ngah kepada anak-anak aku. Dulu rapat heavy, lepas kahwin rapat lite-lite jer. Wife dia pun baik ngan aku sampai mak mentua dan sedara mara kebanyakannya aku kenal.


Bai antara Housemate aku yang rapat. Dah macam abang aku dah walaupun beza few months jer. Dia kenal aku luar dalam. Masa bapa dia meninggal, aku ler orang yang ditugaskan untuk memberitahu dia kat KMK. Masa putus ngan Lin, aku ada tempat dia mengadu. masa putus ngan Shida pun, aku ada comfort dia. Seksa sangat tengok dia masa tu. lepas grad, aku dengar dia kahwin dengan orang Kelantan. Ko ni, kata taknak kawin ngan orang Pantai Timur. Last-last sangkut jugak ngan orang Tanah Merah. Jasnizat, kawan susah senang aku, la ni tengah belajar kat france bidang Marine Biology. Ngeri aku dengar sebab semua pembelajaran dijalankan dalam bahasa perachis. Ko BI pun kantoi, camne nak cope up bahasa diorang. Adoyai.

Nazri kawan UPM aku yang masih rapat sampai sekarang. Kalau aku takde, nampaknya cakap ngan dinding jerlah mamat ni. Mulut macam ada mutiara. Senyap jer. lately ni, dengarnya dia tengah happy, dia sudah minat sama satu awek kat Facebook. Dah balas-balas msg bagia. Oklah tu, tinggalkanlah aku sorang-sorang...

Masa di UPM gak, aku baik ngan Shida yang aku anggap kawan baik aku, Nuraini, Yanti (yang sibuk bonceng ZZR aku masa tu..sambil lambai-lambai kat kengkawan di kolej 4), Taiko, Ema, Rosmawati dll.

Lepas habis belajar aku kerja di Unipeq. Di sinilah aku mula rasa kalau dah terlepas waktu belajar, nak jumpa kawan yang baik amatlah tipis. Maklumlah jumpa sekejap-sekejap jer. Aku rapat dengan Linda satu ketika dulu. jujur aku cakap, sampai sekarang aku ingat kebaikan dia. tapi dah ditakdirkan PJ sudah tak rapat lagi atas sebab-sebab yang tertentu...aku berserah jelah pada Tuhan. Rapat tu kawan baik kategori perempuan. maklumlah masa Unipeq kena pindah kat BIRO, hanya ada aku, Sue ngan Linda sahaja menghadap pengurusan baru. Aku pulak penyelaras Unipeq.

Kengkawan lain, En Halim, Abg Hashim yang macho, Kak Ayu yang penyayang, kak baah yang baik hati. yang lain tak masuk list. Hafiz aku baru kenal ngan Taufik. Dua -dua bro ni baik. Bila kita nak karaoke lagi...

Kat sinilah aku kenal Arwah Dr Ayub (boleh baca posting dulu tentang beliau). Dialah sahabat, dialah abang dan dialah bapa pada aku. Semua masalah aku dia tahu. Semua masalah dia jugak aku tau. kengkadang aku jadi lagi abang dari dia sebab ada tindak-tanduk dia kengkadang aku tak berkenan. sebab kenal Dr Ayub, aku kenal Lan...

Lan satu dalam sejuta, aku yakin peluang nak jumpa kawan sebaik dia. amatlah tipis .Dia bukan jenis menunjuk baik dia. Dia akan ada bila aku perlukan. Kalau tak jumpa bertahun pun, aku yakin dia adalah orang yang sama. Dengan dia lah, semua pulau dalam Malaysia ni kitorang jelajah pergi Snorkeling. kalau korang nak tau, dialah yang selamatkan aku masa nak lemas kat Pulau Perhentian. Ingatkan dah insaf lemas nak mati. Esoknya berani-berani kucing pergi pulak kat Pulau Kapas. Lan, terima kasih jadi besfren aku. Layan kerenah aku yang banyak cakap. Lan selalu jadi pendengar yang setia. Hanya tuhanlah yang membalas budi ko. Serius, air mata aku tgh mengalir masa aku tulis ni...ko pun tau aku. Kengkadang aku rasa ko ni besfren aku. Kengkadang rasa macam adik aku walaupun ko lebih abang dari aku dalam banyak segi. Ko lagi pandai, ko lagi kacak, ko lagi kaya...hanya Lan saja yang mampu nasihat aku kalau aku buat silap. Trime kasih bebanyak. kau lah TEMAN TERULUNG aku. Serius ni aku tgh nangis ni. Kenapa aku emo sangat ni. Rasa macam ada sesuatu nak berlaku pulak.

Gambar Lan masa di Ofis aku

Akim aku kenal masa kursus di Ledang. Aku cakap sombongnya budak ni, senyum pun susah. Kawan-kawan gitu jelah. Nak dijadikan cerita, masa kursus juruaudit kat Lumut, Akim ngan Hairal ganti Fahmi ngan Rohana kalau tak silap. Aku masa tu pergi ngan Lan. Aku cakap mamat ni Stylo. Aku cakap ngan Lan, cubalah ko lawan ke"stylo"an dia. Lama-lama diorang jadi kawan pulak. hantu betol. Ko nak caras besfren aku yer. Hari pertama tu lepas hang out, rasa boleh kawan pulak. petang turun main polo air, main kayak (walaupun dia takut sebab tak tau berenang), karaoke (Ingat lagi Akim nyanyi lagu My Heart ngan Lan). Masa nak balik, hati rasa berat pulak, tapi tak declare apa-apa pulak. Masa balik singgah rumah aku, then next week pergi rumah dia kat melaka. Astaghafirullah, aku tak tau dia ada abang angkat yang tinggal serumah da. kalau aku tau, sumpah aku tak rapat. Sorry Shah. Aku anggap Shah kawan aku jugak, that's why masa Shah kawin, aku nak pergi tolong.

Aku ingat lagi aku beli T-shirt sama untuk Akim ngan Lan. Dah macam three stooges dah. Balik masa Shah ada kat rumah, senyap-senyap Akim tukar baju lain. Aku pelik jugak. Malam tu punyalah aku seksa tidur kat situ. Aku telefon Lan camne ni. So aku decide untuk stay. Kebetulan beberapa bulan lagi Shah akan kahwin.

Aku hanya menjadi aku, situasi tidak selesa ini berlanjutan sampai hari nikah...aku decide untuk tolong Shah punya persiapan mana yang aku mampu. Agaknya sebab aku jujur, lama-lama baik pulaklah ngan Shah. Baik maknanya takde tension. Bak kata Akim, Shah kena terimalah situasi baru ni. Lepas Shah kawin, aku selalu gakler ke Bukit katil sebab projek Alam Abjad kat Melaka, every month aku tidur kat situ. Lepas habis projek Alam Abjad tulah, kami renggang sebab jarang jumpa. Last week aku contact dia, aku akan jumpa dia masa Azan kawin nanti. Sayang dah baik-baik, tetiba silent treatment pulak. Bukan ada benda-benda pelik berlaku pun. Aku dah kenal semua adik beradik dia, dah bro pun ngan Abah dia. Akim ngan Abah macam besfren. Kebetulan Abah awet muda. Hopefully lepas ni baik semula macam dulu. Akim ni walaupun tak lah rapat macam aku rapat ngan Lan, tapi dia adik angkat aku yang unik. Unik sangat. Tak sabar nak jumpa hujung minggu ni.

Thanks to Shah for this beautiful picture.

Farhan pulak aku kenal masa aku dah berhenti dari Unipeq. Dia Staf Dr Ayub, selalu ler aku jumpa. Dia kawan makan malam aku. Kengkadang keluar ngan awek dia sekali. Farhan kata dia adik aku yang kacak (kacak ker???). Aku pulak rajin masak. kalau masak dia datang makan. kadang-kadang tu, siap hantar kat rumah dia lagi. Ingat lagi Udang Masak Serai yang mencetuskan kekecohan kat Ofis. Satu yang aku respek. Kutuklah dia apa pun, farhan akan ada kat sisi aku sebab dia tahu dia buat benda yang betul. Orang yang mengutuk tu dengki sebab tak dapat makan lauk yang abang masakkan an ???. Sampai sekarang farhan tetap farhan yang aku kenal walaupun awek dia dah bertukar orang lain. Dah jadi Kastam mamat ni.


Lain-lain manusia yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku tentang hidup adalah usahawan-usahawan MARA yang aku rapat sampai sekarang. Kak Aida kakak yang kalau aku ni cerewet, korang belum jumpa akak aku lagi. Abang Daud, Hj SUCO, Mummy, Seth, Kak Fatihah, En Syed Hikmah, Chor, Kak Ros, Mak Jah, Mek Yeh dll. Terlalu ramai....ramai sangat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Kepada semua, hargailah apa yang tuhan berikan kepada anda. Aku bersyukur kerana Ibu dan Bapa tersayang masih ada, adik beradik ngan anak buah yang bertambah-tambah, adik beradik angkat yang memberikan ramai anak-anak buah pada aku untuk berkongsi kasih. Saya sangat gembira dengan hidup saya sekarang, dengan 2 anak comel yang saya ada...dan dikelilingi orang-orang tersayang...

Sebelum terlambat, sekali lagi saya katakan aku sayang kamu semua. Kepada yang aku tertinggal untuk mention kat atas. Itu tidak bermakna aku tak ingat. Kepada kengkawan yang aku baru kenal. Firdaus yang blur, Hafiz yang stylo, Kak Pah yang baik hati, Amy yang comel. Seronok borak ngan Amy. Kak Dina pun best gak.

Pada Bro Cem yang cheeky, Tq temankan abg ronggeng tadi. Abg still terngiang ngiang lagu Sedetik Lebih ngan Teman Terulung tu sampai ke rumah. Seriously, those song selections bukanlah dalam jangkaan abang masa mula-mula jumpa Cem. Ingatkan minat rock or english number but selected one Misha Omar single as a song choice...OMG. Anuar Zain as an idol.??? Ini dah shortcut friendship kita 6 months ahead. Terima kasih sebab kenalkan abang dengan family Cem. Abg really enjoyed the moment eventhough bab kenen-kenen tu memang suspender. Hantu betul. Thanks Bro. Really, i mean it. Whether i'm lucky enough to meet you or another way round. Either way, abang harap kita akan kekal bersahabat sampai bila-bila. Let's go with the flow remember...Abg masukkan lagu tu kat atas untuk dimainkan bila baca posting ni. Gud nite

Azli...