Monday, April 20, 2009

WHEN CLEAN IS NOT CLEAN ENUF, WHAT WOULD YOU DO ?

Salam Semua,

Hari ni ada lawatan untuk buat verification pembinaan kilang GMP bagi satu kilang besar....puas le bawak bos pergi sebab kata org yang buat lantai tu, lantai dah dibasuh semalam...memang betul, tanya kat Pak Guard orang dari so called "licenced applicator" untuk lantai GMP ni dah basuh bagai. So orang ni memang silap besar ler kalau nak bertekak ngan aku soal bersih kotor. Aku ni mewarisi saka tak boleh tengok kotor. Cuba korang tengok gambar di bawah....org buta pun tau lantai tu dah basuh ke tidak.

HABUK LANTAI NI KALAU KUMPUL BOLEH BUAT ROTI CANAI KOT...KALAU KILANG PESERTA KIMAR CAMNI...AKU TAK TAU LER. ADA KOT !!!

LANTAI BERHABUK NAK SURUH AKU BUAT INSPECTION. KO NAK FAIL KE HAPA ???

GAMBAR PERALATAN PENCUCIAN YANG AKU GUNAKAN....BAHAN PENCUCI SEBAKUL AKU TINGGALKAN KAT DALAM BONET KERETA

So balik pada persoalan asal, when clean is not clean enuf...apa aku buat....NI YANG AKU BUAT

Aku pesan kat Pak Guard tu jgn kunci kilang...aku balik rumah...ambil peralatan pencucian aku ngan sebakul pelbagai jenis bahan pencuci ngan magic mop aku (kilang gmp jgn guna mop zaman batu yang tak efficient tu lagi, yang jenis perah-perah tu....aiyoo ketinggalan dey). Tapi nak bagi lagi hina, aku tak gunapun bahan pencuci, aku decide nak mop je....



CAMNA LAGI NAK EXPLAIN...NAMPAK PUN TAU BAHAGIAN MANA YANG DAH MOP DENGAN BAHAGIAN YANG DIORANG BASUH (BASUH KER !!!)

HILANG PENAT JADI TUKANG CUCI LANTAI JAP...BOLEH BARING KO


So bila dah bersih macam ni, barulah Perunding Jalanan boleh buat inspection...yang kotor, yang pecah, yang retak, yang berkerak tak boleh hilang dsb semua nampak jelas, kira dah macam taraf lantai masjid lagi, boleh buat sujud syukur kat situ kalau nak. Aku kalau buat inspection atau audit, belum pernah guna teknik ni tapi kali ni aku nak guna dan akan terus gunakan supaya diorang tau betapa tak perfect kerja diorang...memang aku dibayar untuk buat kerja ni, jgn marah ler kalau korang sakit mata tengok tampalan-tampalan yang aku buat macam gambar kat bawah. Teknik tampalan akan aku gunakan bila buat inspection di KIMAR...
STICK NOTE WARNA OREN TUNJUK DEFECT POINTS


MACAM MANA PERUNDING JALANAN BOLEH KILATKAN LANTAI TAPI SPECIALIST LANTAI TAK BOLEH BERSIHKAN LANTAI MACAM YANG KITA NAK...AKU CURIOUS NAK TENGOK RUMAH DIA MACAMANA...PENUH SAWANG KOT....KE HABUK MACAM TEBAL LANTAI EPOKSI KILANG SELAIN KILANG KIMAR (SEBAB KAT KIMAR TU NIPIS, KIRA TARAF BEBERAPA MIKRON JE...NASIB KORANG LER)


MACAM TEMBOK BERLIN PULAK...YANG BELAH BERSIH TU ADA KESAN CEMAR YANG TAK BOLEH DIBERSIHKAN...ITULAH DEFECT YANG ORANG LANTAI NI PERLU BETULKAN....


MORAL OF THE STORY

1) Taraf penilaian orang terhadap sesuatu benda memang berbeza-beza dan bergantung kepada banyak faktor...jadilah orang yang berskima tinggi...tapi jangan sampai menyusahkan orang lain sudah.
2) Pencucian perlu dijalankan menggunakan peralatan yang sesuai....dan bahan pencucian yang betul. Ko jangan cuci terrazo ngan pencuci untuk stainless steel sudah.
3) Sukatan bahan kimia mesti betul...terlebih tak semestinya baik, macam guna klorox kat baju, mau reput kalau guna banyak.
4) Korang tempah peralatan canggih-canggih, jgn lupa tanya pembekal peralatan SSOP ngan kaedah pencucian yang bersesuaian...perlu guna air panas ker, perlu guna certain chemical ker dll.
5) Jangan guna mop jenis lama yang batang kayu tu. Alat juta2 pakai mop kayu, tu yang lantai berdanoh macam tak pernah basuh. Pakai yang ada color coded, macam magic mop tu, tak payah keringkan sebab lepas mop lantai dah kering, hygienic lagi
6) KEPIMPINAN MELALUI TELADAN...kalau bos pengotor, jangan bebel pekerja kalau kilang kotor
7) Guna bahan kimia yang industri makanan pakai bukan jenis domestic. Jangan sembur febreeze kat kawasan production pulak. Boleh memang boleh tapi tak kena. Auditor KKM suka sangat tanya pasal pencucian ni, pencairan ler, MSDS ler. Kalau ko beli kat kedai Ah Chong kat Jinjang, boleh dapat ke maklumat yang auditor nak ???

SO TOLONG FIKIRKAN SOAL PENCUCIAN NI ASAP...RANCANG DARI SEKARANG JENIS PERALATAN, BAHAN PENCUCI, MANA NAK SANGKUT PERALATAN PENCUCIAN, MANA NAK SIMPAN BAHAN KIMIA PENCUCIAN, SSOP KAWASAN DAN PERALATAN BLA...BLA...BLA

Ok, aku nak tengok movie jap. Selamat malam. Kepada sesiapa ada cita-cita nak jadi cleanoholic, tengok rancangan di bawah untuk inspirasi :

1) How clean is ur house ?
2) MONK-CH 701
3) Desperate Housewife (watak Bree Hodge ngan Katherine) CH 711 ngan 708
4) Martha Steward (dapurnye, bersih giler....) kat NTV7
5) Chef at Home CH 703

PS-SELAMAT PULANG PN NONIE DARI TANAH SUCI...MANA PROFIL KIMAR KATA NAK MINTA TLG EDIT ?