Friday, April 24, 2009

BEBERAPA PESANAN KEPADA AHLI KIMAR

Salam Semua,

MAKLUMAT PERALATAN

Jumpa En Sidek semalam pasal isu diagnostik peralatan/mesin yang sedang beliau jalankan. Buat masa ini, menurut beliau hanya 3 Syarikat yang dah hantar maklumat yang dikehendaki. Dalam mesyuarat yang lepas, beliau telah umumkan sebanyak 8 Syarikat telah dikeluarkan surat tawaran oleh MARA dan beliau mengambil masa 2 minggu bagi setiap syarikat untuk menghasilkan laporan yang diperlukan oleh MARA.

Kalau baru 3 Syarikat, yang lagi 5 kenapa tak hantar ???? nak masuk KIMAR hujung tahun ker ? Saya rasa, kita sekarang dalam keadaan kritikal. Bekerja ikut masa yang diberikan supaya takde masalah di kemudian hari. Maklumat yang diperlukan oleh management company pun ada beberapa syarikat sajer yang hantar. Minta tolong beri kerjasama supaya setiap biro yang ditugaskan dapat menjalankan tugas dengan licin.

MEJA STAINLESS STEEL

Lagi satu tentang isu meja stainless steel. Korang perhatikan betul-betul. jangan beli yang ada kayu kat bawah....nanti problem. Beli yang full stainless steel sekurang-kurangnya gred 304.

PERTUKARAN PRODUK

kepada mana-mana Syarikat yang telah bertambah produk/ bertukar produk....mohon rujuk kepada pihak Perunding terlebih dahulu. takut nanti ada konflik tentang laluan dsb, perunding jugak yang kena bambu. Lain ler kalau ada produk rahsia yang nak dikeluarkan dan takut orang tau...contohnya oleh competitor yang hasilkan produk yang sama...Tn Hj Ghazali, isu LPG piping camne ye. Saya pun dah lupa, siapa yang kena follow up tempoh hari.

Lagi satu borang DOCH yang telah diedarkan. Minta tlg isi dan hantar secepat mungkin. Itu saja hebahan untuk kali ini. Meeting bila....takde dengar berita pun.

Selamat Malam...Perunding Jalanan