Tuesday, April 28, 2009

KURSUS MOTIVASI PIMK

A'kum Semua,

Kursus Motivasi akan dijalankan pada 22 Mei -25 mei 2009. Lokasi di Pulau Pangkor. Kehadiran adalah wajib...saje nak tanya, satu Syarikat boleh hantar brape org ???. rasanya nama kursus tu kena tukar, kita dah motivated dah, yang paling sesuai sebenarnya Kursus Team Building !!!!

Perunding Jalanan

Friday, April 24, 2009

PERASMIAN KILANG GMP EZY CLASSIC PRODUCTS (M) SDN BHD






Salam Semua,

Tahniah kepada Chef Aida dan Chef Daud kerana kilang beliau di KIMAR telah dipilih untuk dilawati oleh orang-orang kuat dari satu pasaraya besar, sekaligus membuat upacara pecah tanah (sesuai ke???) bagi kilang beliau. Rombongan disertai oleh lebih kurang 30 orang wakil pasaraya tersebut dari seluruh Malaysia. Disebabkan loyang bakar kek yang telah digunakan selama 3 tahun bersih dan berkilat (lawatan ke kilang di SME telah dibuat sebelum itu), business deal telah dibuat kerana susah nak jumpa kilang orang melayu yang sebersih itu. Tahniah...tak propa ni, betul !!! Kilang ini dijangka akan memohon pensijilan HACCP bagi satu produk yang giler punya laku, dan akan mendapatkan pensijilan GMP bagi premis ini secepat mungkin, challenging sebab produk melebihi 70 jenis....




KEK INI DITEMPAH OLEH FELDA SEBAGAI TANDA UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATO; SERI NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-6......EZY CAKES JUGAK YANG BUAT KEK

KENANGAN TERAKHIR DATO' HJ NOH BIN OMAR SEMASA SAMBUTAN ULANG TAHUN MARA YANG KE-43. KEK INI DITAJA OLE EZY CAKES DAN MAJLIS TELAH DIADAKAN DI PWTC. SEMUA KERAWANG TU FREE HAND DESIGNED BY CHEF DAUD. EDIBLE DAN AUDITABLE (MACAM BIASA DENGAR JER!!!) . GAMBAR PUN BOLEH MAKAN KATANYER. DR SMS PUN ADA, KELAS EZY CAKES SESUAI DENGAN MOTTONYA, WE WANNA FLY, NOT TOGETHER BUT ALONE...SORRY FOLKS

NAMA SYARIKAT SUDAH DIPASANG..THE CLOCK IS TICKING !!!


LALUAN UTAMA DI KIMAR....

GAMBAR PENUNGGU KIMAR....

A'kum Semua, Hari ni ada meeting dengan pegawai MARA dan perunding KIMAR. Banyak perkara yang telah aku komen dalam laporan kepatuhan GMP telah dibuat...tetapi masih ada beberapa perkara yang membimbangkan masih belum diselesaikan....believe me, sangat membimbangkan. But i've tried my best to scrutinise every single defect...selagi mampu untuk semua ahli KIMAR. Walaupun banyak halangan dan dugaan. Saya cuma menjadi diri saya, kalau ada yang terasa hati...this is me. Please accept the fact that i'm "Cik Cer" when it comes to tidiness, GMP, interior deco etc. It's in the blood for God sake. Perkembangan terbaru, tanda nama setiap Syarikat telah dipasang di kilang masing-masing. Minta tolong tengok gambar-gambar di bawah dan kalau ada nama yang salah, please alert me ASAP so that I could inform Mr Muhazrin. My comment is, kenapa nama Syarikat dieja dalam beberapa baris. Luckily, dah bincang ngan Arkitek dan dah setuju untuk ubah tanda nama kepada satu baris sahaja...Syukur.
MACAM SALAH EJAAN JER EZY CAKES PUNYA NAMA...

BEBERAPA PESANAN KEPADA AHLI KIMAR

Salam Semua,

MAKLUMAT PERALATAN

Jumpa En Sidek semalam pasal isu diagnostik peralatan/mesin yang sedang beliau jalankan. Buat masa ini, menurut beliau hanya 3 Syarikat yang dah hantar maklumat yang dikehendaki. Dalam mesyuarat yang lepas, beliau telah umumkan sebanyak 8 Syarikat telah dikeluarkan surat tawaran oleh MARA dan beliau mengambil masa 2 minggu bagi setiap syarikat untuk menghasilkan laporan yang diperlukan oleh MARA.

Kalau baru 3 Syarikat, yang lagi 5 kenapa tak hantar ???? nak masuk KIMAR hujung tahun ker ? Saya rasa, kita sekarang dalam keadaan kritikal. Bekerja ikut masa yang diberikan supaya takde masalah di kemudian hari. Maklumat yang diperlukan oleh management company pun ada beberapa syarikat sajer yang hantar. Minta tolong beri kerjasama supaya setiap biro yang ditugaskan dapat menjalankan tugas dengan licin.

MEJA STAINLESS STEEL

Lagi satu tentang isu meja stainless steel. Korang perhatikan betul-betul. jangan beli yang ada kayu kat bawah....nanti problem. Beli yang full stainless steel sekurang-kurangnya gred 304.

PERTUKARAN PRODUK

kepada mana-mana Syarikat yang telah bertambah produk/ bertukar produk....mohon rujuk kepada pihak Perunding terlebih dahulu. takut nanti ada konflik tentang laluan dsb, perunding jugak yang kena bambu. Lain ler kalau ada produk rahsia yang nak dikeluarkan dan takut orang tau...contohnya oleh competitor yang hasilkan produk yang sama...Tn Hj Ghazali, isu LPG piping camne ye. Saya pun dah lupa, siapa yang kena follow up tempoh hari.

Lagi satu borang DOCH yang telah diedarkan. Minta tlg isi dan hantar secepat mungkin. Itu saja hebahan untuk kali ini. Meeting bila....takde dengar berita pun.

Selamat Malam...Perunding Jalanan

Wednesday, April 22, 2009

PASAL KARI PUN BOLEH DIHUKUM MATI ???


Reuters - Wednesday, April 22

TOKYO - Japan's Supreme Court sentenced a woman to death on Tuesday for killing four and making more than 60 ill by poisoning a large pot of curry at a summer festival in 1998, a case widely covered in domestic media.

The incident shocked Japan, where crime rates are relatively low and mass killings extremely rare.

Public broadcaster NHK reported the Supreme Court upheld a lower court death sentence on Masumi Hayashi, 47, for the crime that took place in the western Japanese city of Wakayama.

The Supreme Court called the crime "cruel and despicable," NHK added.

Prosecutors charged Hayashi became enraged after being shunned by her neighbors and put arsenic in the curry when she was alone in the garage where it was being prepared, Japanese media said.

Hayashi has denied being involved in the deaths in recent interviews with several domestic media outlets.



Monday, April 20, 2009

WHEN CLEAN IS NOT CLEAN ENUF, WHAT WOULD YOU DO ?

Salam Semua,

Hari ni ada lawatan untuk buat verification pembinaan kilang GMP bagi satu kilang besar....puas le bawak bos pergi sebab kata org yang buat lantai tu, lantai dah dibasuh semalam...memang betul, tanya kat Pak Guard orang dari so called "licenced applicator" untuk lantai GMP ni dah basuh bagai. So orang ni memang silap besar ler kalau nak bertekak ngan aku soal bersih kotor. Aku ni mewarisi saka tak boleh tengok kotor. Cuba korang tengok gambar di bawah....org buta pun tau lantai tu dah basuh ke tidak.

HABUK LANTAI NI KALAU KUMPUL BOLEH BUAT ROTI CANAI KOT...KALAU KILANG PESERTA KIMAR CAMNI...AKU TAK TAU LER. ADA KOT !!!

LANTAI BERHABUK NAK SURUH AKU BUAT INSPECTION. KO NAK FAIL KE HAPA ???

GAMBAR PERALATAN PENCUCIAN YANG AKU GUNAKAN....BAHAN PENCUCI SEBAKUL AKU TINGGALKAN KAT DALAM BONET KERETA

So balik pada persoalan asal, when clean is not clean enuf...apa aku buat....NI YANG AKU BUAT

Aku pesan kat Pak Guard tu jgn kunci kilang...aku balik rumah...ambil peralatan pencucian aku ngan sebakul pelbagai jenis bahan pencuci ngan magic mop aku (kilang gmp jgn guna mop zaman batu yang tak efficient tu lagi, yang jenis perah-perah tu....aiyoo ketinggalan dey). Tapi nak bagi lagi hina, aku tak gunapun bahan pencuci, aku decide nak mop je....



CAMNA LAGI NAK EXPLAIN...NAMPAK PUN TAU BAHAGIAN MANA YANG DAH MOP DENGAN BAHAGIAN YANG DIORANG BASUH (BASUH KER !!!)

HILANG PENAT JADI TUKANG CUCI LANTAI JAP...BOLEH BARING KO


So bila dah bersih macam ni, barulah Perunding Jalanan boleh buat inspection...yang kotor, yang pecah, yang retak, yang berkerak tak boleh hilang dsb semua nampak jelas, kira dah macam taraf lantai masjid lagi, boleh buat sujud syukur kat situ kalau nak. Aku kalau buat inspection atau audit, belum pernah guna teknik ni tapi kali ni aku nak guna dan akan terus gunakan supaya diorang tau betapa tak perfect kerja diorang...memang aku dibayar untuk buat kerja ni, jgn marah ler kalau korang sakit mata tengok tampalan-tampalan yang aku buat macam gambar kat bawah. Teknik tampalan akan aku gunakan bila buat inspection di KIMAR...
STICK NOTE WARNA OREN TUNJUK DEFECT POINTS


MACAM MANA PERUNDING JALANAN BOLEH KILATKAN LANTAI TAPI SPECIALIST LANTAI TAK BOLEH BERSIHKAN LANTAI MACAM YANG KITA NAK...AKU CURIOUS NAK TENGOK RUMAH DIA MACAMANA...PENUH SAWANG KOT....KE HABUK MACAM TEBAL LANTAI EPOKSI KILANG SELAIN KILANG KIMAR (SEBAB KAT KIMAR TU NIPIS, KIRA TARAF BEBERAPA MIKRON JE...NASIB KORANG LER)


MACAM TEMBOK BERLIN PULAK...YANG BELAH BERSIH TU ADA KESAN CEMAR YANG TAK BOLEH DIBERSIHKAN...ITULAH DEFECT YANG ORANG LANTAI NI PERLU BETULKAN....


MORAL OF THE STORY

1) Taraf penilaian orang terhadap sesuatu benda memang berbeza-beza dan bergantung kepada banyak faktor...jadilah orang yang berskima tinggi...tapi jangan sampai menyusahkan orang lain sudah.
2) Pencucian perlu dijalankan menggunakan peralatan yang sesuai....dan bahan pencucian yang betul. Ko jangan cuci terrazo ngan pencuci untuk stainless steel sudah.
3) Sukatan bahan kimia mesti betul...terlebih tak semestinya baik, macam guna klorox kat baju, mau reput kalau guna banyak.
4) Korang tempah peralatan canggih-canggih, jgn lupa tanya pembekal peralatan SSOP ngan kaedah pencucian yang bersesuaian...perlu guna air panas ker, perlu guna certain chemical ker dll.
5) Jangan guna mop jenis lama yang batang kayu tu. Alat juta2 pakai mop kayu, tu yang lantai berdanoh macam tak pernah basuh. Pakai yang ada color coded, macam magic mop tu, tak payah keringkan sebab lepas mop lantai dah kering, hygienic lagi
6) KEPIMPINAN MELALUI TELADAN...kalau bos pengotor, jangan bebel pekerja kalau kilang kotor
7) Guna bahan kimia yang industri makanan pakai bukan jenis domestic. Jangan sembur febreeze kat kawasan production pulak. Boleh memang boleh tapi tak kena. Auditor KKM suka sangat tanya pasal pencucian ni, pencairan ler, MSDS ler. Kalau ko beli kat kedai Ah Chong kat Jinjang, boleh dapat ke maklumat yang auditor nak ???

SO TOLONG FIKIRKAN SOAL PENCUCIAN NI ASAP...RANCANG DARI SEKARANG JENIS PERALATAN, BAHAN PENCUCI, MANA NAK SANGKUT PERALATAN PENCUCIAN, MANA NAK SIMPAN BAHAN KIMIA PENCUCIAN, SSOP KAWASAN DAN PERALATAN BLA...BLA...BLA

Ok, aku nak tengok movie jap. Selamat malam. Kepada sesiapa ada cita-cita nak jadi cleanoholic, tengok rancangan di bawah untuk inspirasi :

1) How clean is ur house ?
2) MONK-CH 701
3) Desperate Housewife (watak Bree Hodge ngan Katherine) CH 711 ngan 708
4) Martha Steward (dapurnye, bersih giler....) kat NTV7
5) Chef at Home CH 703

PS-SELAMAT PULANG PN NONIE DARI TANAH SUCI...MANA PROFIL KIMAR KATA NAK MINTA TLG EDIT ?

Friday, April 17, 2009

KILANG AIS KRIM JADI KILANG SAMSU....CAMNO TU

PEMBUBARAN MECD


Salam Semua,

Harap pembubaran MECD tidak menganggu gugat perlaksanaan KIMAR...Amin

Perunding Jalanan

Wednesday, April 15, 2009

RAWATAN BATU KARANG


Salam semua,
Sorry lama tak update...ada masalah keluarga sikit, mak kurang sihat sebab batu karang. Ceritanya bulan November dulu, mak saya dah pergi buat laser kat SMC, terbang gak dlm 10k...Ingatkan masalah batu karang dah habis, tup-tup last week kena serangan sekali lagi. kalau nak tau, sakit batu karang ni adalah sakit yang paling sakit yang berkaitan dengan sistem perkumuhan...dah tu takde simptom pulak tu. Kalau dah kena tu, cepat-cepat ler pegi klinik ambil suntikan...kata mak, pain killer pun tak mampu nak kurangkan sakitnya. Korang bayangkan macam mana saya rasa...Saya ni, mak demam pun risau inikan pulan kena sakit ni. Adik saya kata, beranak pun tak sakit camni...

Satu masalah mak ialah mak cukup takut makan ubat, tak tau kenapa. Itu yang problem tu. Makan panadol pun potong 4 ko bayangkanlah. Jadi aku pun mintak pergi ke Klinik Arul kat Tanjung Karang. Lepas buat scan, Dr detect ada batu karang kat buah pinggang kiri. Yang belah kanan dah ok. So Dr bagi ubat makan untuk hancur batu. Tapi mak memang macam budak when it comes to medication...letih nak berleter.

Dalam keadaan risau, Adik ipar saya mencadangkan pergi rawatan alternatif buang batu karang yang telah dibuat oleh kawannya. Orang tu kata, gosok-gosok jer keluar batu. Susah nak percaya ni lagi-lagi org science stream cam saya. tapi tak salah kalau cuba kan. Rupanya adik ipar ngan adik pompuan saya pun, pernah kena tapi ignore the sypmtoms kononya cam boleh hilang sendirilah. Pujuk punya pujuk, diorang agree nak join sekali, alang-alang pergi kan. Semalam kitorang pergi berpandukan GPS yang dipinjam dari seorang kawan.

Lokasi yang dituju adalah Kampung Gangsa, kat Durian Tunggal. Ko bayangkan, orang yang bertolak dari Sg Buloh pukul 4 pagi, dapat nombor giliran No 11. Pukul 11 lebih baru habis. Yang kitorang ni, sampai pukul 12 lebih, dapat nombor 63 sedangkan waktu tu patient yang sedang dirawat nombor 33 kalau tak silap. Tetiba adalah hamba Allah yang baik hati, bagi nombor 55 yang dia ambik sebab rupanya 1 nombor boleh guna untuk sepasang (2 orang sekali masuk).


Tengah menunggu, tetiba adik ipar saya mintak pain killer kat wife dia. Saya dah tak sedap hati kenapa pulak ni. Yang kronik mak, kenapa dia pulak yang nampak semacam ni. Rupanya dari rumah lagi dia dah dapat rasa nak kena sakit batu karang tu....menahan sampai berpeluh-peluh. Kesian gak tapi sakit tak boleh kongsi. Lama-lama, abah gi tanya ngan beberapa orang yang ada nombor terdahulu ..ada gak yang hati mulia bagi laluan untuk kitorang masuk, kira kes emergency la ni.

lepas 5 minit mak, adik ngan adik ipar keluar dari rumah orang tu...Adik ipar saya kata, dah kurang sikit. Treatment dia senang jer. Gosok ngan minyak angin, tekup ngan bekas putih and then batu keluar melalui kulit...cam magic show tu. Saya masih was-was lagi sebab ikut cakap dr Ayub, kena buat pengesahan dulu baru boleh percayakan. Baru 1 jam lepas mak call dia dah pergi balik ke Klinik Arul dan Dr dah confirmkan kedua-dua buah pinggang dah bebas dari batu karang....what a relief. Saya just nak ambik sample batu yang keluar tu nak buat chemical test supaya boleh aware sikit jenis batu dan makanan yang tak boleh diambil.

Kat bawah ni, sampel batu yang keluar. Waktu mula-mula keluar tu, dia masukkan dalam plastik siap berwap lagi. Treatment di buat sepanjang minggu kecuali hari isnin dan jumaat. Mula pukul 9am-2pm (nombor giliran last pukul 2pm, siapnya mungkin sampai malam). Korang bayangkan, nombor boleh exceed 100 kalau sabtu ngan ahad. Jalan masuk ke rumah, ada orang buat biness kuih dan botol air...susah nak percaya treatment ni, tapi berlaku depan mata...camna nak buat tu. Bayar seikhlas hati jer. Kalau sesiapa yang ada penyakit, boleh ler try.

NI BATU YANG DIKELUARKAN DARI ADIK IPAR SAYA....TAK SANGKA BATU SEBESAR NI MENYEBABKAN SAKIT YANG TIDAK TERTANGGUNG


NI BATU YANG DIKELUARKAN DARI ADIK SAYA....MACAM ADA YANG TERTINGGAL LAGI JER...ORANG TU KATA, KENA BUAT BEBERAPA KALI BARU HABIS SEMUA. CAM MAGNET NAK TARIK BESI KAEDAHNYA

YANG NI BATU YANG DIKELUARKAN DARI MAK SAYA.....DAH HANCUR MUNGKIN SEBAB MAK DAH 2-3 HARI MAKAN UBAT PECAH BATU DARI KLINIK ARUL TU....

Anak saya dah saya perangkan rambutnya...bapaknya pun tak pernah perang rambut. Inilah anak zaman sekarang kih..kih..kih...rambut panjang pulak tu.



Jangan lupa, meeting kita 20 hb...moga semua dtg.

Perunding Jalanan

Sunday, April 5, 2009

Lagi Satu Kes Keracunan Makanan

1 in coma, 28 warded after eating S’porean hawker fare


SINGAPORE: A woman here is in a coma and at least 28 others have been hospitalised after being hit by severe food poisoning after eating at a famous Indian rojak stall in Geylang Serai last Friday, The New Paper on Sunday.

More than 100 people sought hospital treatment after eating at the Rojak Geylang Serai stall at #01-320 at Geylang Serai market.

TNP on Sunday said the stall will be closed for at least the next two days and its workers have been told to go for screening at the Communicable Disease Centre.

The National Environment Agency and Health Ministry carried out a joint inspection of the stall on Saturday morning and collected some samples for investigation. -- ANN/The Straits Times

KES KERACUNAN LAGI...TAK SERIK-SERIK

70 murid di Sungai Petani keracunan makanan

SUNGAI PETANI: Seramai 70 murid Tahun Tiga hingga Enam Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang, di sini, sakit perut dan muntah dipercayai kerana keracunan makanan selepas makan nasi goreng di kantin sekolah itu pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi, beberapa murid sekolah itu mengadu sakit perut dan muntah selepas makan nasi goreng yang dijual di kantin pada waktu rehat sesi persekolahan.

Guru sekolah itu terpaksa menghantar murid terbabit ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini apabila mereka mengadu sakit perut.

Pengarah HSAH, Dr Harif Fadzilah Che Hashim, bagaimanapun, berkata hanya 31 murid dihantar ke HSAH untuk mendapatkan rawatan pesakit luar, manakala seorang lagi dimasukkan ke wad.

"Kita belum mengenalpasti punca keracunan dan semua murid yang dirawat berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi.

Seorang murid, Noor Syuhada Omar, 10, yang ditemui berkata, dia mula sakit perut ketika mahu ke kelas selepas menikmati nasi goreng di kantin.

"Beberapa rakan lain juga muntah dan sakit perut menyebabkan guru membawa kami ke hospital.

"Selepas dirawat serta diberi makan ubat, kesakitan itu berkurangan dan kami dibenarkan pulang," katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S Ganesan turut meluang masa melawat kanak-kanak itu di Jabatan Kecemasan.

Beliau, yang sedih dengan kejadian itu berkata, ia tidak sepatutnya berlaku jika pihak pengendali makanan berhati-hati dalam menyediakan makanan sebelum dijual.

"Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius kerana masalah ini boleh mengganggu pembelajaran anak-anak," katanya.