Friday, January 16, 2009

PIHAK PENGURUSAN KIMAR

A'kum Semua,

Penat jugak rasanya meeting hari ni, walau bagaimanapun banyak jugalah yang kita bincangkan termasuk pembentangan dari pihak Insuran dan cadangan Pihak Pengurusan KIMAR. Teringat kata Presiden tadi, kejayaan projek KIMAR bukan sahaja terletak pada Usahawan, ia bergantung kepada kejayaan semua pihak termasuk MARA, Perunding dan Pihak Pengurusan KIMAR. Menyentuh pembentangan petang tadi, I think what we should do is, we have to furnish the necessary info to that company supaya apa yang akan dimasukkan ke dalam proposal dan pembentangan akan datang lebih fokus dan bertumpu kepada apa yang Persatuan fikir perlu dilakukan oleh pihak pengurusan tersebut. Setelah mendapat maklumat dari Persatuan, baru Syarikat akan berbincang dengan MARA dan menjalankan pembentangan dengan anggaran kos kepada kita...

Saya ada terfikir beberapa cadangan kalau boleh diguna pakai sebagai permulaan untuk initiate perbincangan di antara ahli...Saya bahagikan perkhidmatan kepada 2 jenis saja iaitu MUST HAVE dan GOOD TO HAVE  seperti di bawah :

MUST HAVE

1) Menguruskan hal-hal berkaitan mekanikal dan sivil kompleks KIMAR

2) Menguruskan hal berkaitan waste water treatment dari segi penyelenggaraan sistem dan urusan dengan pihak DOE. Perkara yang termasuk dalam item ini adalah menguruskan sisa pepejal di perangkap lemak dan menjalankan ujian berkala bagi memastikan sistem berjalan dengan baik (setelah perunding hand over sistem yang akan diguna pakai) 

3) Menguruskan hal berkaitan keselamatan Komplek KIMAR. ini termasuklah menyediakan pengawal keselamatan dan rondaan secara berjadual bagi mengelakkan masalah kecurian dan sabotaj

4) Menguruskan hal penempatan pekerja kilang dan pengangkutan pekerja dari dan ke tempat kerja

5) Memastikan keadaan bangunan dan kemudahan yang disediakan di kompleks KIMAR sentiasa berada dalam keadaan baik antaranya

- Kemudahan dalam bilik mesyuarat 

- Bilik persalinan umum

- Turapan jalan dan laluan luar/dalam kilang

- Kebocoran bumbung

- Lain-lain

6) Menguruskan hal berkaitan kawalan makhluk perosak 

7) Mempromosi (bukan pemasaran) KIMAR sebagai Kompleks GMP Makanan

- Menghasilkan website khusus yang mengumpulkan maklumat 18 kilang

- Mengenalpasti pameran dan ekspo yang boleh disertai oleh pengilang KIMAR

- Promosi dalam media massa dan media elektronik

6) Pengurusan Kantin

7) Menyediakan kemudahan forklift dan penyelarasan penggunaan (dari segi jadual dan sewaan) kepada pengilang

8) Menyediakan bengkel membaiki peralatan. Kilang individu tiada menyediakan bengkel sekiranya penyelenggaraan dan pembaikan perlu dilakukan

9) Menyediakan pegawai perubatan berdaftar (panel) yang hanya hadir pada waktu pagi/permulaan kerja untuk memeriksa pekerja yang sakit (untuk pengesahan) dan mengesahkan kesihatan pekerja (kalau sihat boleh mengendalikan makanan...rujuk kalusa 8.1.2 (c) garis panduan KKM)

10) Kawalan trafik keluar masuk kompleks KIMAR

11) Penyelarasan dan pengumpulan maklumat pelbagai perkara bagi kebaikan Kompleks KIMAR. Antaranya pihak Pengurusan perlu mengumpul data tentang keperluan bahan mentah bagi semua pengilang. Bagi bahan mentah yang banyak digunakan secara kolektif, kita boleh menggunakan kuasa beli tersebut untuk banyak perkara seperti harga, permohonan CoA/Sijil kualiti/ MSDS bagi tujuan GMP dari pembekal, AP kalau ada kena mengena dan lain-lain.

GOOD TO HAVE

Kategori ini bagus kalau management Company dapat buat, masalahnya kalau depa kena invest, bermakna kita kena setuju untuk bayar ongkosnya...

1) Mewujudkan makmal berpusat (IQA) di KIMAR...ini penting kerana tulang belakang kepada sebuah kilang GMP adalah verifikasi yang berterusan tentang kualiti dan keselamatan produk. Kilang individu mungkin ada makmal kecil untuk analisis rutin yang mudah antaranya kalau nak uji kemanisan, pH dan lain-lain tetapi kalau ia melibatkan analisis yang komplek dan memerlukan pekerja mahir contohnya analisis mikrob dan logam berat, kita boleh hantar produk kita ke IQA KIMAR sekiranya makmal ini ditubuhkan. Kalau kita taknak Management company buat, kita boleh minta MARA atau mana-mana Syarikat yang berminat untuk cater perkhidmatan berkaitan analisis makanan kerana investmentnya agak besar...dan ianya bagus kalau ada, within our reach.

2) Menyediakan kedai serbanika yang menjual peralatan dan kemudahan yang berkaitan dengan keperluan GMP. Antara produk yang perlu ada contohnya glove, penutup rambut/kasut/janggut, color coded brush/mop, bahan kimia pencucian dan bahan sanitasi dan lain-lain. 

3) Jika promosi KIMAR berada dalam kategori MUST HAVE, saya letakkan Pemasaran yang komprehensif di bawah kategori GOOD TO HAVE. Pemasaran yang dimaksudkan di sini akan melibatkan perancangan strategi dan pihak pengurusan perlu merangka program yang berterusan dengan  menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi membantu menjana pendapatan bagi pengilang. Promosi lebih kepada menyediakan ruang dan usahawan perlu berusaha merebut peluang tetapi pemasaran ini perlu dilakukan oleh Pihak Pengurusan bagi pihak pengilang... 

4) Menyediakan perkhidmatan pengangkutan pelbagai jenis. Ini termasuk kemudahan chilled dan refrigerated truck, serta lori dengan pelbagai kapasiti. Ini mengambil kira kemampuan beberapa pengilang menyediakan kemudahan ini dan perlu diingatkan, hal ini adalah terkandung di dalam klausa 9.0 Garis Panduan GMP

Ni dah pukul 1.53 a.m., kalau ada apa-apa komen dan  tambahan, sila klik bahagian komen dan masukkan cadangan untuk saya lengkapkan dan Chef daud boleh forwardkan kepada diorang....pada Seri, perkhidmatan untuk menyediakan Agensi Mencari Jodoh telah ditolak...kerana hanya beberapa ahli sahaja yang masih bujang....iaitu insan terpilih termasuk.......Apa pun, tunggu saja pinangan dari........seperti yang diminta dalam meeting tadi..just joking !!! tapi seronok gak meeting ada gelak ketawa macam tadi, rather than terkurung dalam sauna buatan KIMAR di awal mesyuarat tadi....saya menulis kerana minat, bukan kerana tragedi RM 100.00..sorry, saya tak hadap beb !!! Selamat Malam

Perunding Jalanan