Tuesday, January 13, 2009

MANUAL PERALATAN/MESIN

A'kum Semua Ahli KIMAR,

Kepada sesiapa yang dah lulus dan bersedia untuk beli mesin/peralatan pemprosesan...jangan lupa mintak manual peralatan. Kalau kita develop manual  GMP tanpa manual peralatan, perkara-perkara di bawah akan bermasalah :

1) Penghasilan Program Kalibrasi Peralatan

Kalibrasi sangat penting bagi sebuah kilang GMP. Semua peralatan terutama yang melibatkan ketepatan perlu dipastikan sentiasa tepat dengan menjalankan kalibrasi. Antara peralatan tersebut adalah :

- Oven

- Pengesan logam

- Bilik sejuk/Bilik sejuk beku

- Peralatan pengisian terutama yang melibatkan proses "sealing"

- Peralatan penimbangan

2) Planned Preventative Maintenance (PPM)

Kalau nak umur peralatan panjang dan sentiasa dalam keadaan baik, maklumat dalam manual dapat digunakan sebagai asas kepada penyelenggaraan yang bersesuaian mengikut sela masa yang tertentu. PPM diperlukan bagi semua peralatan...jangan keliru dengan pembaikan atau "repair" sebab "repair" lebih kepada tindakan yang reaktif...tapi PPM lebih bersifat proaktif. Senang cakap PPM ni macam kena tukar minyak hitam setiap 5000km dan "repair" ni kena tukar tayar sebab tayar pecah dalam perjalanan....kengkadang "repair" kena buat  jugak walaupun tayar dah diperiksa secara fizikal (bunga dan tekanan ok!!!) dalam PPM...macamana faham tak...susah-susah suruh pembekal peralatan buatkan program kalibrasi dan PPM sebab diorang dapat duit banyakkan supply alat...

3) Pencucian dan Sanitasi Peralatan

Manual peralatan kadang-kadang ada maklumat berkaitan dengan bahan kimia yang bersesuaian digunakan  semasa pencucian dan sanitasi. ini jadi lagi penting terutama peralatan yang melibatkan pencucian secara CIP....apatah lagi produk yang dihasilkan banyak lemak dan protein...kalau tak guna bahan kimia yang betul, berkerak la nanti 

So tu je pesanan buat masa ni, esok lusa kita sambung kuliah k...

Perunding Jalanan...