Wednesday, December 31, 2008

Waste Water Treatment

Kekadang risau jugak memikirkan kilang KIMAR kita belum ada "waste water treatment" yang khusus selain dari "grease trap". Menurut Unipeq dan JAS, kilang kita akan beroperasi terlebih dahulu kemudian baru sistem itu akan dibangunkan secara terperinci (mengikut kata JAS). Ini bermakna kalau ada banyak COD dan BOD yang dihasilkan semasa sistem ini belum dibangunkan (dalam tempoh beberapa bulan beroperasi), semua "effluent" akan terus masuk ke saliran utama dan dilepaskan ke alam sekitar tanpa dirawat.....apa-apa pun jangan kena denda macam keratan akhbar di bawah sudah... Lagi satu yang merisaukan saya ialah, sistem yang akan dibangunkan adalah sistem berpusat untuk satu kompleks, ini bermakna semua "effluent" dari semua kilang akan dikumpulkan dan baru dirawat secara berkelompok...biasanya hanya ada beberapa kilang sahaja yang berpotensi menyebabkan pencemaran dengan penghasilan sisa "effluent" dengan COD dan BOD yang tinggi terutama yang melibatkan hasilan daging dan ikan (BOD akan tinggi) atau kilang yang menggunakan banyak bahan kimia dalam produk/semasa pencucian (COD akan tinggi)..kalau JAS datang check, adakah Kompleks KIMAR yang akan didenda atau pengilang individu yang akan didenda ? Tolong fikir-fikirkan ye...