Tuesday, October 21, 2008

PERBINCANGAN BERSAMA MATRADE DAN SMIDEC

A'kum,

Saya mendapat e-mail dari Tuan Presiden untuk menghebahkan maklumat di bawah yang dipetik dari e-mail Pn Juriah. E-mail berkaitan tentang perjumpaan yang dirancangkan oleh Pn Juriah bagi pihak PIMKMB untuk bersama-sama berbincang dengan pihak MATRADE dan SMIDEC tentang bantuan-bantuan yang boleh didapati dari organisasi ini. Harap semua pihak mengambil kesempatan di atas usaha yang telah dilakukan oleh Pn Juriah. Thanks Kak Ju...

E-mail asal seperti di bawah...

Dear Ms. Juriah,

Merujuk kepada perbualan telefon pagi ini, dimaklumkan bahawa sebanyak 18
syarikat (40 peserta) dibawah seliaan MARA atau dikenali sebagai Kumpulan
Industri Makanan MARA di bawah projek Halal Hub, akan mengadakan
perbincangan bersama MATRADE dan SMIDEC berkenaan bantuan yang diberikan
oleh agensi kerajaan tersebut.

Berikut adalah tarikh cadangan bagi program yang dirancang:

Tarikh : 6 November 2008 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi*

* Tempat : Bilik Johannesburg 2,
* Tingkat 5, West Wing MATRADE

Disamping itu, pihak kami juga ingin mendapatkan senarai syarikat-syarikat
di bawah program ini (Full contact, termasuk produk keluaran dan pasaran
eksport sedia ada).

Bagi tujuan surat menyurat, boleh ditujukan kepada :

Pn. Wan Norma Wan Daud
Pengarah
Bahagian Produk dan Perkhidmatan

atau

En. Yusram Yusup
Pengurus Kanan,
Bahagian Pembangunan Produk dan Perkhidmatan

Regards
Isa Farhin Abdullah
Services and Product Promotion Division
Tel : 603-62077672
Fax : 603-62037281
e-mail : isafar...@matrade.gov.my

PS-Kak Juriah, saya dah approvekan e-mail untuk participation dalam KIMAR google group. Sorry sebab baru balik dari Kelantan ada kerja sikit. TQ