Wednesday, May 6, 2009
GAMBAR PM BARU PUN TAK TUKAR LAGI KAT MIDA...SIAPA NAK JAWAB TU ???
Apa yang membezakan orang yang cemerlang dgn orang yang sambil lewa ialah ketelitian dan sensitiviti terhadap sesuatu perkara. Hari ni aku ke MIDA untuk dapatkan beberapa maklumat penting untuk pengecualian cukai, lesen pengilangan dan perkara berkaitan cukai jualan. Sayangnya gambar Pak Lah masih lagi digantung sebagai Perdana Menteri...Aiyoo tak sensitif langsung. Kalau najib datang nanti, baru org perasan dan nak tukar gambar tu. nasib baik bukan gambar Che Det ???
Jumpa Pn Zaliha yang sangat resourceful dan baik orangnya...mentaliti nak tolong org macam Kak Yam. banyak gak info baru yang akan dikongsikan dalam posting akan datang. Tgh kumpulkan maklumat untuk buat posting tentang sejarah pemilihan peserta KIMAR...supaya kita lebih faham, makna mengenang jasa dan sedar dek untung. Berpijaklah di bumi nyata kerana kekayaan yang dipinjamkan kepada anda (sebab mintak gerankan...) adalah satu ujian dari Allah SWT. Tapi ada antara kita yang sudah bermegah-megah...kelakar betul.