Tuesday, January 4, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Salam semua,

Rasanya belum terlambat untuk PJ mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Harap kepada usahawan yang belum memasuki KIMAR, moga tahun ni merupakan tahun anjakan dari kilang lama ke kilang berciri GMP. Kepada yang sedang melaksanakan dokumentasi GMP, harap dapat pastikan borang sekurang-kurangnya 2 bulan dilaksanakan. Kepada yang masih belum membayar sewaan apa yang patut kepada pihak MARA, silakan supaya apabila PJ ke Bangunan MARA, PJ tak dengar cerita kurang enak, berlegar-legar di telinga PJ. Bagi PJ, tahun ni adalah permulaan baik bagi Syarikat PJ...banyak kerja baru masuk hujung tahun, dan ini bermakna permulaan tahun baru yang agak promising. Ongoing projek banyak yang dah settle...Tahniah kepada ERP yang rasanya telah mendapat pensijilan GMP dari KKM dan HACCP dari SGS, Kepada Sate Kajang Hj Samuri yang rasanya CAR yang keluar hanya celah gigi dan hampir 90% CAR telah diambil tindakan...kepada PHL Trade Sdn Bhd dan Serene Summer Sdn Bhd...walaupun banyak rintangan, sekurang-kurangnya manual GMP telah sampai kepada pihak KKM untuk diproses. Madura Industries akan PJ audit 12 Jan ni dan Dkawi sedang melaksanakan manual GMP yang telah diserahkan sebelum MAHA. Ya, perundingan memang PJ buat sorang-sorang sebab PJ tak yakin orang lain buat...sorry. Ambil orang KKM, pergi audit macam penguatkuasa...mengarah aje kerjanya bukan membantu. Suruh audit GMP, guna checklist EU, macamana nak lepas...Bodoh betul. Ambil orang Universiti, asyik berkisar pasal yang general-general jer, tak praktikal langsung. Tak percaya cuba tanya pasal lantai ker, pasal kemasan dinding ker, jawapan yang keluar sahlah...mudah dicuci, warna cerah, tak mencemar makanan bla...bla..bla...

PJ selalu cakap pada bos PJ dulu. Kita kena jadi Dr pakar...kalau orang tanya lantai, huraikan sehingga jenis, spesifikasi sampai jelas, then orang baru anggap kita Consultant. kalau setakat bagi surface, baik baca buku jer. bab ni diorang kena improve. Memang diorang PHD bidang diorang, tapi diorang bukan PHD GMP atau HACCP...bare in mind. Korang selalu rasa, PHD semua pandai semua bidang...fikir balik bro...fikir balik

Kepada yang berangan nak buat HACCP di KIMAR, PJ ucapkan selamat berjaya. memang boleh dapat, tapi kalau PJ yang buat, perkara di bawah PJ buat dulu :
1) Formulasi produk dah stabil ker. lar penimbang digital pun takder...yang buat timbang pisang tu pun boleh guna pakailah...jangan lupa kalibrasi yer. nanti tak valid
2) Ada metal detector.....la kena pakai yang boleh detect aluminium tu ker...mahal tu
3) Food Tech ada....nanti Auditor datang, jangan bertebaran lari pulak. Kalau GMP pun agak tricky, inikan pulak HACCP...ingat lagi 7 prinsip HACCP....beza validasi dan verifikasi....kena buat validasi untuk parameter pemprosesan..camne nak buat tu. banyak kos terlibat yer. memang ler Makcik...mesti scientific basis ok, bukan setakat sedap kat tekak dan boleh masuk tembolok jer, HACCP ni bukan HASAD. Hire Food tech dengan gaji yang berpatutan yer ??? Bila lagi anak melayu bidang Food Tech nak rasa gaji besar ?
4) Anda jujur dengan diri anda...apa yang anda buat di kilang, kononnya masa auditor datang nanti boleh lari...Kalau Auditor retarded boleh lepas kot, Kalau PJ, siaplah korang. JUJUR dengan diri sendiri. Halalan Tyoyibba
5) Dah buat analisis produk akhir produk...bukan analisis pemakanan yer yang zaman tok adam punya. Yang latest!!! Kos jugak kan...
6) Lar lesen kilang belum dapat pulak...ni susah gak ni. Operasi haram la ni hypothetically...
7) Ada dengar-dengar desas desus produk tak boleh jual sebab GMP tak dapat...Kena tukar consultant tu. Lagi sikit production, lagilah senang nak dapat GMP, dokumentasinya ringkas...rekod operasinya kurang dll...Macam nak bagi reason jer. Dapatkan GMP dulu baru buat HACCP. nanti jatuh ke bumi, terus bungkus...

So renung-renungkanlah...selamat tahun baru. jangan kecik hati, sekadar berkongsi pandangan.

PJ