Wednesday, January 26, 2011

Keputusan Exam Group A GMP/HALAL





Salam Semua, Seperti yang dijanjikan...ini keputusan yang korang dapat. Not bad. Apa-apa pun good luck untuk exam HACCP/Audit. Diam tak diam dah nak habis modul teknikal. Sedih pulak rasanya berpisah ngan kengkawan. Walaupun PJ datang sekali-sekali, tapi touching jugak bab pisah-pisah ni. Pakcik Nazri lagi sedih, sebulan mengadap korang...

Friday, January 21, 2011

KEPUTUSAN EXAM GROUP B BeST PROGRAM










Salam Semua,

Seperti yang dijanjikan, inilah hasil 2 minggu pembelajaran modul teknikal group B. Not Bad...Good luck untuk group A pulak. PJ tak sure lagi nak join lawatan ke Raub. Tak pegi rugi pulak rasanya...walaupun PJ dah tak larat lawat kilang lagi...kerja PJ kan Juruaudit. Muak.

PJ

Wednesday, January 5, 2011

ISU HALAL DIPERLEKEH....


Teringat iklan kat TV yang cakap "these recipes are my mothers' ". Nak cerita pasal halal, tapi masa angkat kotak, logo halal bukan logo halal jakim. Adoi, takkan takde orang edit benda ni.

Tuesday, January 4, 2011

PENGURUSAN SISA BUANGAN


Salam,

PJ sampai sekarang tertanya tanya bagaimana pengendalian rawatan sisa dan pengurusan sisa buangan (cecair dan pejejal) akan dijalankan di KIMAR. Ada perangkap lemak LAKASA kat setiap kilang, macam tak berfungsi jer...oh yer..bahan kimia untuk perangkap lemak ni siapa yang supply. Bagi yang dah operasi lama kat KIMAR, pernah jenguk tak kat perangkap lemak tu, jangan-jangan dinosur dah beranak pinak kt situ. Dah decide siapa yang akan handle solid waste ni. Parancangan waste water treatment plant setakat mana yer. nak suruh semua sisa kilang masuk kat sungai Gombak baru nak buat ker. Harap Orang JAS datang ler buat inspection....baru jalan. Gud Luck... Dengar cerita nak bagi semua kilang masuk dulu, then baru buat Jar test untuk analyze sisa...then baru nak design....so left behind. kalau kat Sate Samuri, kilang tak masuk lagi, WWTP dah siap...tak faham....tak paham

PJ

SELAMAT TAHUN BARU

Salam semua,

Rasanya belum terlambat untuk PJ mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Harap kepada usahawan yang belum memasuki KIMAR, moga tahun ni merupakan tahun anjakan dari kilang lama ke kilang berciri GMP. Kepada yang sedang melaksanakan dokumentasi GMP, harap dapat pastikan borang sekurang-kurangnya 2 bulan dilaksanakan. Kepada yang masih belum membayar sewaan apa yang patut kepada pihak MARA, silakan supaya apabila PJ ke Bangunan MARA, PJ tak dengar cerita kurang enak, berlegar-legar di telinga PJ. Bagi PJ, tahun ni adalah permulaan baik bagi Syarikat PJ...banyak kerja baru masuk hujung tahun, dan ini bermakna permulaan tahun baru yang agak promising. Ongoing projek banyak yang dah settle...Tahniah kepada ERP yang rasanya telah mendapat pensijilan GMP dari KKM dan HACCP dari SGS, Kepada Sate Kajang Hj Samuri yang rasanya CAR yang keluar hanya celah gigi dan hampir 90% CAR telah diambil tindakan...kepada PHL Trade Sdn Bhd dan Serene Summer Sdn Bhd...walaupun banyak rintangan, sekurang-kurangnya manual GMP telah sampai kepada pihak KKM untuk diproses. Madura Industries akan PJ audit 12 Jan ni dan Dkawi sedang melaksanakan manual GMP yang telah diserahkan sebelum MAHA. Ya, perundingan memang PJ buat sorang-sorang sebab PJ tak yakin orang lain buat...sorry. Ambil orang KKM, pergi audit macam penguatkuasa...mengarah aje kerjanya bukan membantu. Suruh audit GMP, guna checklist EU, macamana nak lepas...Bodoh betul. Ambil orang Universiti, asyik berkisar pasal yang general-general jer, tak praktikal langsung. Tak percaya cuba tanya pasal lantai ker, pasal kemasan dinding ker, jawapan yang keluar sahlah...mudah dicuci, warna cerah, tak mencemar makanan bla...bla..bla...

PJ selalu cakap pada bos PJ dulu. Kita kena jadi Dr pakar...kalau orang tanya lantai, huraikan sehingga jenis, spesifikasi sampai jelas, then orang baru anggap kita Consultant. kalau setakat bagi surface, baik baca buku jer. bab ni diorang kena improve. Memang diorang PHD bidang diorang, tapi diorang bukan PHD GMP atau HACCP...bare in mind. Korang selalu rasa, PHD semua pandai semua bidang...fikir balik bro...fikir balik

Kepada yang berangan nak buat HACCP di KIMAR, PJ ucapkan selamat berjaya. memang boleh dapat, tapi kalau PJ yang buat, perkara di bawah PJ buat dulu :
1) Formulasi produk dah stabil ker. lar penimbang digital pun takder...yang buat timbang pisang tu pun boleh guna pakailah...jangan lupa kalibrasi yer. nanti tak valid
2) Ada metal detector.....la kena pakai yang boleh detect aluminium tu ker...mahal tu
3) Food Tech ada....nanti Auditor datang, jangan bertebaran lari pulak. Kalau GMP pun agak tricky, inikan pulak HACCP...ingat lagi 7 prinsip HACCP....beza validasi dan verifikasi....kena buat validasi untuk parameter pemprosesan..camne nak buat tu. banyak kos terlibat yer. memang ler Makcik...mesti scientific basis ok, bukan setakat sedap kat tekak dan boleh masuk tembolok jer, HACCP ni bukan HASAD. Hire Food tech dengan gaji yang berpatutan yer ??? Bila lagi anak melayu bidang Food Tech nak rasa gaji besar ?
4) Anda jujur dengan diri anda...apa yang anda buat di kilang, kononnya masa auditor datang nanti boleh lari...Kalau Auditor retarded boleh lepas kot, Kalau PJ, siaplah korang. JUJUR dengan diri sendiri. Halalan Tyoyibba
5) Dah buat analisis produk akhir produk...bukan analisis pemakanan yer yang zaman tok adam punya. Yang latest!!! Kos jugak kan...
6) Lar lesen kilang belum dapat pulak...ni susah gak ni. Operasi haram la ni hypothetically...
7) Ada dengar-dengar desas desus produk tak boleh jual sebab GMP tak dapat...Kena tukar consultant tu. Lagi sikit production, lagilah senang nak dapat GMP, dokumentasinya ringkas...rekod operasinya kurang dll...Macam nak bagi reason jer. Dapatkan GMP dulu baru buat HACCP. nanti jatuh ke bumi, terus bungkus...

So renung-renungkanlah...selamat tahun baru. jangan kecik hati, sekadar berkongsi pandangan.

PJ