Sunday, June 27, 2010

KONSEP GMP KOMPLEKS KIMAR MUKIM BATU-PART 3

KONSEP LALUAN KELUAR MASUK PEKERJA DAN PRODUK KE DALAM KOMPLEKS KIMAR

Buat pengetahuan semua, semasa pelan konsep KIMAR dibentangkan beberapa tahun lalu, pihak Perunding telah bersetuju tentang beberapa perkara berkaitan perkara di atas ;

1) Laluan di bahagian luar KIMAR adalah laluan sehala.

Ini disebabkan masalah bukaan jalan yang kecil. Ini bermakna kenderaan pembekal yang menghantar bahan mentah/aditif makanan/bahan pembungkus dan kenderaan syarikat/syarikat pengangkutan yang dilantik untuk mengangkut produk keluaran syarikat perlu mematuhi arah laluan dan berhenti di kawasan penerimaan/penghantaran mengikut kategori produk masing-masing

2) Hanya forklift dibenarkan berlegar di dalam Kompleks KIMAR

Selain dari faktor struktur binaan, ianya adalah berkaitan dengan ke"GMP'an Kompleks KIMAR. Forklift yang dibenarkan adalah dari jenis "battery operated" sahaja bagi mengurangkan kehadiran pencemaran dalam kawasan penimbal (Kompleks KIMAR berfungsi sebagai passbox...nak kata air lock system ketat sangat ???). kalau pengilang tak mampu beli forklift, heretlah dengan apa cara pun janji jangan lori masuk dalam kompleks, sudah !!!. Pengecualian diberikan kepada Syarikat yang ingin membawa masuk/keluar peralatan yang sememangnya tidak mampu diangkat dengan forklift dengan syarat individu terlibat mengambil langkah yang bersesuaian untuk mengurangkan kadar pencemaran. Contohnya matikan enjin semasa penerimaan/penghantaran bagi mengelak pencemaran asap kenderaan dll. Forklift untuk dalam Kompleks kalau boleh hanya dibenarkan berlegar di dalam Kompleks sahaja. Nanti takde ler tayarnya asyik tercemar aje. Banyak yang tak bersetuju kononnya tak praktikal. Mintak maaf bebanyak. Bukan saya yang cadang. Saya cuma imbas semula sahaja.

Perkara pasal GMP memang banyak yang tak logik dan tak praktikal contohnya pekerja mesti memakai kasut bertutup ikut MS1514:2009. If someone can answer me, berapa peratus pencemaran makanan disebabkan oleh kaki?. Adakah dengan memakai selipar CROCS yang bersepah jual di Uptown, pencemaran karipap anda oleh patogen meningkat. Mengapa "viewing panel" tak boleh diperbuat daripada kaca atau "tempered glass". Berapa kerapkah "viewing panel" pecah dan masuk ke dalam makanan dan lebih teruknya, pengilang tak perasanpun "viewing panel" tersebut pecah ? Adakah mereka tahu harga akrilik/polycarbonat mahal giler.

3) "Roller shutter" sentiasa ditutup kecuali ada penerimaan dan penghantaran

Yang ni tak pasti dari segi penyelarasannya samada memang ada kakitangan yang ditugaskan di bahagian penerimaan dan penghantaran dan dibayar gaji oleh pihak pengurusan atau pihak MARA. Masih boleh dibincang untuk dapat penyelesaian lebih terperinci.

4) Adakan satu laluan masuk dan satu laluan keluar bagi pekerja Kompleks

Ini bagi memudahkan pengawalan keluar masuk pekerja ke dalam Kompleks. Jadi cantik sikit ler pelan laluan pekerja Kompleks KIMAR. Kalau dapat buat jenis "U" . Atau kalau dah susah sangat, buat laluan masuk KIMAR sebagai laluan keluar dan masuk pakej. Letak CCTV senang kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Cari ler CCTV yang ada "night vision". Nanti org merompak malam, kabur jer sebab lux tak cukup. Tak guna jugakkan.

5) One Rule, Fits All

Takde pengecualian untuk peraturan-peraturan di atas bagi mana-mana
Pengarah Syarikat/Pengurus/Org yang ada duit/Orang yang ada kuasa/Halimunan/Makhluk perosak yang rasanya boleh merasuah mana-mana pekerja yang akan digajikan kelak. Be fair and square. Nanti kalau dah sorang langgar kontrak, orang lain akan mengekor. Itu sebab CCTV perlu dipasang 24 jam dalam Kompleks KIMAR terutama di semua laluan keluar masuk samada aktif atau tidak aktif bagi mengesan kemasukan Pengarah Syarikat/Pengurus/Org yang ada duit/Orang yang ada kuasa/Halimunan/makhluk perosak ke dalam Kompleks KIMAR.

6) Forklift, siapa yang akan beli/uruskan.

Isu ini juga masih tergantung. Dulu Perunding mencadangkan Management Company membeli beberapa Forklift dan menyewa kapada pengilang. Ini bermakna, sesiapa yang akan menguruskan kemudahan ini perlu memikirkan dari segi bilangan yang diperlukan, penyelarasan, nak parkir kat mana dalam Kompleks KIMAR dan perlu "allocate" satu bengkel kecil kalau rosak bagi memudahkan pembaikan. Tak messy sangat. Bagi Syarikat yang ada forklift sendiri, perkara-perkara di atas juga perlu difikirkan.

Cukup sampai di sini dulu, nanti kalau ada masa, PJ ulas lagi tentang perkara lain pulak.