Sunday, June 27, 2010

KONSEP GMP KOMPLEKS KIMAR MUKIM BATU-PART 3

KONSEP LALUAN KELUAR MASUK PEKERJA DAN PRODUK KE DALAM KOMPLEKS KIMAR

Buat pengetahuan semua, semasa pelan konsep KIMAR dibentangkan beberapa tahun lalu, pihak Perunding telah bersetuju tentang beberapa perkara berkaitan perkara di atas ;

1) Laluan di bahagian luar KIMAR adalah laluan sehala.

Ini disebabkan masalah bukaan jalan yang kecil. Ini bermakna kenderaan pembekal yang menghantar bahan mentah/aditif makanan/bahan pembungkus dan kenderaan syarikat/syarikat pengangkutan yang dilantik untuk mengangkut produk keluaran syarikat perlu mematuhi arah laluan dan berhenti di kawasan penerimaan/penghantaran mengikut kategori produk masing-masing

2) Hanya forklift dibenarkan berlegar di dalam Kompleks KIMAR

Selain dari faktor struktur binaan, ianya adalah berkaitan dengan ke"GMP'an Kompleks KIMAR. Forklift yang dibenarkan adalah dari jenis "battery operated" sahaja bagi mengurangkan kehadiran pencemaran dalam kawasan penimbal (Kompleks KIMAR berfungsi sebagai passbox...nak kata air lock system ketat sangat ???). kalau pengilang tak mampu beli forklift, heretlah dengan apa cara pun janji jangan lori masuk dalam kompleks, sudah !!!. Pengecualian diberikan kepada Syarikat yang ingin membawa masuk/keluar peralatan yang sememangnya tidak mampu diangkat dengan forklift dengan syarat individu terlibat mengambil langkah yang bersesuaian untuk mengurangkan kadar pencemaran. Contohnya matikan enjin semasa penerimaan/penghantaran bagi mengelak pencemaran asap kenderaan dll. Forklift untuk dalam Kompleks kalau boleh hanya dibenarkan berlegar di dalam Kompleks sahaja. Nanti takde ler tayarnya asyik tercemar aje. Banyak yang tak bersetuju kononnya tak praktikal. Mintak maaf bebanyak. Bukan saya yang cadang. Saya cuma imbas semula sahaja.

Perkara pasal GMP memang banyak yang tak logik dan tak praktikal contohnya pekerja mesti memakai kasut bertutup ikut MS1514:2009. If someone can answer me, berapa peratus pencemaran makanan disebabkan oleh kaki?. Adakah dengan memakai selipar CROCS yang bersepah jual di Uptown, pencemaran karipap anda oleh patogen meningkat. Mengapa "viewing panel" tak boleh diperbuat daripada kaca atau "tempered glass". Berapa kerapkah "viewing panel" pecah dan masuk ke dalam makanan dan lebih teruknya, pengilang tak perasanpun "viewing panel" tersebut pecah ? Adakah mereka tahu harga akrilik/polycarbonat mahal giler.

3) "Roller shutter" sentiasa ditutup kecuali ada penerimaan dan penghantaran

Yang ni tak pasti dari segi penyelarasannya samada memang ada kakitangan yang ditugaskan di bahagian penerimaan dan penghantaran dan dibayar gaji oleh pihak pengurusan atau pihak MARA. Masih boleh dibincang untuk dapat penyelesaian lebih terperinci.

4) Adakan satu laluan masuk dan satu laluan keluar bagi pekerja Kompleks

Ini bagi memudahkan pengawalan keluar masuk pekerja ke dalam Kompleks. Jadi cantik sikit ler pelan laluan pekerja Kompleks KIMAR. Kalau dapat buat jenis "U" . Atau kalau dah susah sangat, buat laluan masuk KIMAR sebagai laluan keluar dan masuk pakej. Letak CCTV senang kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Cari ler CCTV yang ada "night vision". Nanti org merompak malam, kabur jer sebab lux tak cukup. Tak guna jugakkan.

5) One Rule, Fits All

Takde pengecualian untuk peraturan-peraturan di atas bagi mana-mana
Pengarah Syarikat/Pengurus/Org yang ada duit/Orang yang ada kuasa/Halimunan/Makhluk perosak yang rasanya boleh merasuah mana-mana pekerja yang akan digajikan kelak. Be fair and square. Nanti kalau dah sorang langgar kontrak, orang lain akan mengekor. Itu sebab CCTV perlu dipasang 24 jam dalam Kompleks KIMAR terutama di semua laluan keluar masuk samada aktif atau tidak aktif bagi mengesan kemasukan Pengarah Syarikat/Pengurus/Org yang ada duit/Orang yang ada kuasa/Halimunan/makhluk perosak ke dalam Kompleks KIMAR.

6) Forklift, siapa yang akan beli/uruskan.

Isu ini juga masih tergantung. Dulu Perunding mencadangkan Management Company membeli beberapa Forklift dan menyewa kapada pengilang. Ini bermakna, sesiapa yang akan menguruskan kemudahan ini perlu memikirkan dari segi bilangan yang diperlukan, penyelarasan, nak parkir kat mana dalam Kompleks KIMAR dan perlu "allocate" satu bengkel kecil kalau rosak bagi memudahkan pembaikan. Tak messy sangat. Bagi Syarikat yang ada forklift sendiri, perkara-perkara di atas juga perlu difikirkan.

Cukup sampai di sini dulu, nanti kalau ada masa, PJ ulas lagi tentang perkara lain pulak.

Monday, June 21, 2010

KONSEP GMP KOMPLEKS KIMAR MUKIM BATU PART 2


KEPERLUAN MAKMAL BAGI KOMPLEKS KIMAR

Selamat pagi semua...baru ada masa nak coret sikit sambungan entri sebelum ini. kali ni mari kita bincangkan sikit tentang Makmal. Pada perancangan awal dulu, Perunding dan MARA terutama Dato' Othman yang pada ketika itu adalah Pengurus Projek ini telah mencadangkan Kompleks KIMAR mempunyai Makmal Sepusat (IQA Lab). Even kalau tengok kat "blue print" pelan tu memang ada dimasukkan kawasan untuk kemudahan ini.

Makmal ini akan membolehkan ahli KIMAR menghantar sampel makanan untuk menjalankan analisis yang dijalankan sekali sekala dan memerlukan pekerja dengan kemahiran yang tertentu untuk menjalankannya. Contohnya analisis mikrob, logam berat dan lain-lain analisis kimia dan fizikal yang boleh dimasukkan sebagai salah satu kandungan dalam sijil analisis produk akhir terutamanya sebagai salah satu dokumen untuk pembeli produk kita (jangan ingat pembekal jer yang perlu bagi CoA, surat jaminan dll....kita sebagai pengeluar juga perlu sekali-sekala bagi pada pembeli kita....baru ler kilang GMP selain kita sendiri yakin dengan kualiti dan keselamatan produk yang dikeluarkan???). Analisis untuk bahan mentah (anda ingat JBA nak bagi CoA potable water {kononnya boleh terus diminum...rumah org JBA lagi besar penapisnya, apa maknanya tu} yang diorang hasilkan...fikirkan semula) dan produk WIP juga boleh dibuat di Makmal ini sebagai langkah pemantauan berterusan produk keluaran Syarikat.

Dato' Man dapat idea ni apabila beliau melawat kilang berbentuk Kompleks ni di Campden, Bangkok dll. Atas dasar itu, Perunding tidak memperuntukkan ruang yang besar untuk makmal internal bagi setiap kilang individu. Makmal kecik kat dalam kilang masing-masing adalah berfungsi sebagai "in-line lab" sahaja untuk menjalankan analisis rutin yang mudah seperti pH, Brix, Sensori dll. Lagi pun ikut kehendak GMP, tak mensyaratkan pula memerlukan makmal dalaman tapi analisis mengikut keperluan, itu yang lebih ditekankan.


Persoalannya sekarang, siapa yang akan mengoperasi Makmal ini sekiranya diwujudkan oleh MARA kelak. Kalau tanya saya, tak payah pening kepala MARA nak buat makmal, "outsource" jer kat mana-mana makmal yang dah ada SAMM untuk buat bisness kat sini. Syaratnya untuk penghuni KIMAR ada diskaun sikit ler. Syarikat ini juga boleh menawarkan khidmat mereka pada lain-lain Syarikat dalam Industri Makanan, so takdelah sempit sangat ruang lingkup perniagaan mereka. Nak bangunkan makmal, kos tinggi woi.

KLAUSA 6.6 DALAM GARIS PANDUAN GMP KKM BERKAITAN TOPIK INI




KLAUSA 5.4.3 DAN 5.5 DALAM MS1514:2009 YANG MENYOKONG KEPERLUAN MENJALANKAN ANALISIS MAKANAN SECARA BERTERUSAN (REGARDLESS SAMADA MAKMAL LUAR ATAU DALAM)

Thursday, June 17, 2010

KONSEP GMP KOMPLEK KIMAR MUKIM BATU-PART 1


Salam Semua,

Setelah lama tak menjenguk rumah buruk ni, saya terpanggil untuk memberikan pandangan tentang perkara ini bagi kepentingan semua ahli KIMAR dan MARA yang telah menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mewujudkan projek ini . Maklumlah projek ini telah dirancangkan pada tahun 2005. Pegawai MARA yang asal dan perunding-perunding ada yang dah pencen, ada yang dah naik pangkat, ada yang merajuk dan terbaru ada yang dah tak berupaya kerana masalah kesihatan. Kalau saya tak ambil inisiatif untuk menerangkan konsep asal, maka perancangan MARA akan sia-sia. Mari kita bersikap terbuka dan anggaplah ini sebagai semakan semula agar bagi projek-projek akan datang, masalah yang sama tidak akan berulang semula Saya akan ulas satu topik dalam satu masa. Terdapat beberapa aspek yang telah dikenalpasti yang akan saya ulas mengikut keperluan. .Antara topik tersebut adalah seperti dibawah :
1) Keperluan Bilik Persalinan

2) Keperluan Makmal Utama bagi Kompleks KIMAR
3) Konsep laluan keluar masuk pekerja dan produk ke dalam Kompleks Kilang

4) Penyelenggaraan Kompleks
- Siapa yang mengurus - Penyelenggaraan umum - Kawalan makhluk perosak - Kontraktor Pencucian - Waste water treatment
5) Keperluan kemudahan tambahan

- Forklift

- Klinik

- Kantin

- Surau dll
6) Keperluan tenaga manusia Pengurusan Kimar Mukim Batu

7) Keperluan LPG

8) Kaitan aspek binaan sekarang dengan kualiti dan keselamatan makanan

9) Kepincangan beberapa aspek binaan asas dan cara mengatasi

- Pest proofing

- Tandas

- Lubang dan bukaan

- Siling
10) Latihan kakitangan
11) Lain-lain aspek yang berkaitan


Untuk permulaan, saya akan ulas tentang Keperluan Bilik Persalinan. Pandangan saya tentang keperluan Badan Pengurusan Kompleks, boleh dibaca dalam entri terdahulu.

KEPERLUAN BILIK PERSALINAN

Banyak sangat orang yang bertanya tentang perkara ini. Buat masa ini, masih belum nampak bayang kat mana pihak MARA nak allocate kemudahan ini. Konsep asal dulu, pihak UNIPEQ mencadangkan Bilik Persalinan Utama adalah termasuk di bawah kemudahan sepunya yang akan diselenggara oleh Badan Pengurusan Kompleks yang akan dilantik (ada lagi ke....ini pun masih tergantung macam nyawa tak bayar hutang....wake up ???). Soalnya mengapa tidak dibuat Bilik Persalinan di dalam kilang individu. Soalan ini sama juga seperti soalan kenapa dalam kilang individu, tiada pejabat operasi atau ruang pejabat yang disediakan terlalu kecil...Jawapannya ialah konsep asas Kimar Mukim Batu pakcik makcik semua. We have agreed on this long time ago. Masalahnya orang bertukar ganti baik perunding, pegawai MARA, wakil syarikat dan lain-lain. Jadi kalau takde orang yang menerangkannya, maka nampaklah perunding-perunding makan gaji buta tak buat kerja...

Mari kita recall semula perbincangan konsep ini 5 tahun yang lalu. Kita telah bentangkan konsep ini di Grand Season KL tapi takde orang membantah....kita maksudnya UNIPEQ dan Perunding UNIPEQ. Saya bukan Perunding masa tu....kalau ini salah, jangan tuding jari pada saya...Kalau siapa masih ingat, Perunding Unipeq bentang konsep ni pada Datuk Ali. Dato' Othman masa tu jaga projek ni. Ingat lagi Noraini Cookies mengamuk pasal MARA buang duit pada projek ni dan tak bantu Syarikat individu seperti dia yang telah beberapa kali ditolak permohonan bantuan MARA then datuk Ali mengamuk sakan. It was hillarious.


Perlu diingatkan bahawa, Kimar Mukim Batu adalah
Kompleks Kilang GMP. Nak sampai ke kilang individu, kita perlu melalui 2 halangan utama iaitu Pagar Kimar (Fasa 1 dan 2) sebagai halangan primer dan bangunan Kompleks Kimar sebagai halangan kedua. Masuk saja ke bangunan utama, semua individu mesti menukar amalan dan berpakaian seolah-olah memasuki sebuah kilang GMP walaupun pada dasarnya tiada pemprosesan dijalankan di luar kilang individu. Ingat ni, kompleks Kimar adalah "KAWASAN PENIMBAL". Kalau boleh, merokok pun dilarang di dalam Kompleks ini. Pada syarikat yang berangan-angan nak adakan "smoking area" kat tepi kilang masing-masing, tolong kuburkan niat murni anda.

Berbalik kepada persoalan Bilik Persalinan, apa yang boleh dibuat oleh MARA adalah :

1) Pilih ruang yang bersesuaian untuk kemudahan ini


MARA perlu memilih beberapa lokasi Bilik Persalinan bagi setiap kelompok kilang. Ini bermakna, sekurang-kurangnya
3 Bilik Persalinan diperlukan bagi Komplek KIMAR. (Ingat konsep asal ada 3 kelompok kilang iaitu kelompok produk kategori kering, basah dan separa basah dan kritikal???) Tak logik la pulak, pekerja masuk dari laluan utama lepas tu ke satu Bilik Persalinan sahaja untuk menukar pakaian sebelum memasuki kilang individu. Bilik persalinan mestilah sedekat mungkin dengan kilang individu dan selaras dengan bilangan pekerja bagi setiap kelompok. Dalam KIMAR majoriti pengilang masuk dalam kelompok kategori produk kering, so Bilik Persalinan kategori kering mesti lebih besar secara bandingan. Anggaran pekerja bagi Kompleks KIMAR adalah 200-400 orang (Berdasarkan kajian profil pekerja, produk dan keperluan utiliti yang dibuat oleh UNIPEQ 4 tahun dulu oleh En Zakaria Mat Tawi)

2) Naik taraf bilik ini.

Bilik persalinan mesti dilengkapi dengan kemudahan loker, bilik mandi, sinki basuh tangan dan lain-lain kemudahan yang bersesuaian.


3) Tetapkan SOP bagi pekerja yang bekerja di Kompleks Kimar Mukim Batu


"House rules" perlu ditetapkan bagi pekerja yang bekerja di Kimar Mukim Batu (Bagi tujuan perbincangan ini, kita fokus kepada Bilik Persalinan dulu). Bagi kilang yang mempunyai Bilik Persalinan yang lengkap dan tersendiri takde masalah. You can go straight to ur factory. Bagi kilang yang tiada kemudahan ini, Pekerja perlu menukar pakaian luar kepada pakaian operasi/pakaian korporat kilang sebelum memasuki kilang Individu. Sebelum memasuki kawasan pemprosesan pula, pekerja perlu memakai pakaian pelindung khusus untuk kegunaan dalam kilang sahaja contohnya menukar kasut kepada kasut yang khusus (KILANG KERING JANGAN PAKAI BOOT PUA CHU KANG OK??? TAK SESUAI. I'VE SEEN SOMEWHERE BEBERAPA HARI LALU. SELUAR PENDEK LAGI TAK SESUAI KENGKAWAN. ADA YANG PAKAI KER???) dan pakaian pelindung tambahan seperti "chef jacket", apron dan overcoat mana yang bersesuaian dengan operasi kilang masing-masing. Ini bermakna, kalau pekerja nak gi tandas atau keluar rehat, mereka kena tanggal kasut dan pakaian pelindung tambahan dan ditinggalkan pada kawasan yang disediakan bagi mengelakkan ianya tercemar. Soalannya adakah perlu disediakan bilik khusus bagi tujuan ini. Saya punya jawapan senang saja, dalam Garis Panduan GMP dan MS1514:2009, hanya menceritakan tentang keperluan bilik persalinan (tanpa menjelaskan bagaimanan rupa dan saiz bilik tersebut).

Keratan tentang Bilik Persalinan dalam Garis Panduan GMP KKM

Keratan tentang Bilik Persalinan dalam MS1514:2009

Kalau MARA dapat sediakan Bilik Persalinan Utama, memadailah disediakan loker untuk meletakkan pakaian pelindung untuk kegunaan operasi, tempat sangkut pakaian (kalau boleh bertutup, tak semak) bagi menyangkut pakaian pelindung sekiranya pekerja perlu keluar kilang, bangku untuk menukar kasut dan tempat simpan kasut. Pastikan sebelum memasuki kawasan proses, terdapat kemudahan sanitasi yang bersesuaian.


BAGI KILANG YANG MEMERLUKAN "FOOT BATH" CONTOHNYA MACAM HIKMAH, MALINJA BAGI KILANG DAGINGNYA (ADA LAGI KER PRODUK NI, BUKAN TUKAR SEMUA ROTI KEBAB???), DAN ULTRA SEPADU, KORANG BOLEH PAKAI JENIS S/STEEL PORTABLE FOOT BATH. PASTIKAN ADA PENGERING KAKI, FLOOR TRAP SUPAYA SENANG NAK DRAIN OUT AIR KLORIN (KALAU KORANG GUNA KLORIN LER) DAN PAIP UNTUK "REFILL" BALIK FOOT BATH.
Contoh Portable Foot bath

Contoh Pengering Kaki

Baiklah, PJ nak tidur sat...nanti PJ akan sampung ulas tentang lain-lain perkara. Harap korang dah jelas tentang perkara ini. Kesimpulannya, samada MARA sediakan Bilik Persalinan Utama atau tidak, pengilang perlu adakan bilik persalinan di dalam kilang individu (bagi kilang yang masih ada ruang untuk tujuan ini) atau sekurang-kurangnya menyediakan ruang untuk meletak kemudahan-kemudahan seperti yang disebutkan di atas

Friday, June 11, 2010

ARTIKEL NI KHAS UNTUK SRI DAN HJ SALEHUDDIN DKAWI

CAMPUR ADUK BABI

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi.

Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar.

Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.

“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.

“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.

Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.

Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim.

“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal.

“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam.

“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.

Dipetik dari Harian Metro 11 Jun 2010