Monday, October 25, 2010

Berhati-hati beli produk sarang burung


SEREMBAN 23 Okt. - Orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati ketika membeli atau menggunakan produk sarang burung jenis 'blood nest' kerana ia dikhuatiri mengandungi bahan kimia campuran yang mengancam kesihatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, sekiranya pengguna meneruskan penggunaan produk sarang burung jenis tiruan tersebut untuk satu jangka masa panjang ia boleh mengakibatkan penyakit kanser.

''Perkara ini amat serius, oleh itu saya berharap supaya orang ramai perlu bijak dan berhati-hati dalam membezakan sama ada produk sarang burung jenis blood nest berkenaan tiruan ataupun asli.

''Salah satu cara mudah untuk membezakannya adalah dengan melihat pada warnanya. Produk tiruan warnanya merah seragam, manakala produk asli hanya memiliki tompok kemerahan, selain itu, produk tiruan menghasilkan bau ammonia tidak seperti yang asli," katanya.

Tee Yong berkata demikian pada sidang akhbar Seminar Sehari Perladangan Burung Walit peringkat Negeri Sembilan di Royale Bintang di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, orang ramai juga diminta jangan terkeliru dengan menganggap semua produk produk sarang burung jenis 'blood nest' di pasaran mengandungi bahan kimia terlarang itu.

Menurutnya, kementerian juga telah mengenalpasti dua pengilang tempatan termasuk merampas dua jenama produk yang dipercayai telah dicampur dengan bahan kimia tersebut.

''Saya dimaklumkan bahawa pihak terbabit telah disenaraihitam dan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1985.

''Perkara ini disedari apabila kita menerima maklumat dan aduan daripada pengimport terbesar sarang burung tempatan kita iaitu China," kata Tee Yong.

Katanya lagi, jumlah eksport produk berkenaan ke negara tersebut mencatatkan perolehan besar iaitu melebihi RM1 bilion setahun.

''Pulangannya amat besar kerana nilai produk sarang burung di pasaran amat tinggi, hingga mencecah RM4,000 sekilo bagi bahan mentahnya, manakala RM8,000 untuk yang sudah diproses," tambahnya.

Sunday, October 24, 2010

Malaysia tak import keju tercemar


Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Malaysia tidak mengimport beberapa produk keju keluaran syarikat B.-d Paris Creek Pty. Ltd. yang dilaporkan ditarik balik dari pasaran Australia dan Singapura akibat pencemaran bakteria Listeria monocytogenes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya telah menghubungi syarikat yang beroperasi di Australia itu serta wakilnya yang memaklumkan produk terbabit tidak dipasarkan di Malaysia dan perkara itu disahkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).

"Negara pengeluar semua produk keju yang diimport oleh Malaysia sebelum ini telah diwajibkan mempunyai Sijil Kesihatan dan Sijil Analisis untuk bakteria Listeria monocytogenes sejak 1 Julai 2008.

"Pemantauan pihak kementerian dengan pemeriksaan ke atas 44 sampel produk keju sebelum ini juga mendapati kesemuanya mematuhi arahan dan tidak mengandungi bakteria tersebut.

"Bagaimanapun, kementerian telah mengenakan tindakan pemeriksaan Tahap 5 (tahan, uji dan lepas) di semua pintu masuk negara untuk analisis bagi mengesan bakteria tersebut dalam produk keju yang dibawa masuk dari negara lain," katanya melalui kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Akhbar Sydney Morning Herald dan Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia sebelum ini mengeluarkan laporan dan kenyataan akhbar mengenai penarikan balik produk tersebut pada 19 Oktober lalu melalui laman web www.recalls.gov.au/content/index.phtml/itemld/996451.

Antara produk keju syarikat dari Selatan Australia itu yang ditarik balik dari pasaran adalah keju Paris Creek Cheese Norwegino, Paris Creek Cheese Gouda, Paris Creek Cheese Tilsit dan Paris Creek Cheese Cheddar.

Menurut Tiong Lai, makanan yang tercemar dengan bakteria Listeria monocytogenes boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dikenali listeriosis dengan gejala seperti demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan leher dan rasa loya.

"Wanita mengandung, warga emas dan mereka yang lemah sistem ketahanan badan merupakan kumpulan paling berisiko jika mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria ini.

"Wanita mengandung yang dijangkiti juga berisiko mengalami kelahiran pramatang, jangkitan pada bayi yang dilahirkan ataupun kematian bayi dalam kandungan," jelasnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung aktiviti kawalan keselamatan dan kualiti makanan Kementerian Kesihatan juga boleh melayari laman web http://fsq.moh.gov.my.

Wednesday, October 13, 2010

KENANGAN KURSUS...














KALAU ADA GAMBAR LAIN, NANTI SAYA AKAN UPLOD KAT SINI. PADA YANG DAH LAMA REQUEST, DOWNLOADLAH BUAT KENANGAN...

Tuesday, October 12, 2010

Sedikit Maklumat dari Pn Angie Buyong~E Number





Dilampirkan pamphlet di bawah untuk rujukan semua. Harap dapat sedikit ilmu darinya berkaitan E number.

Friday, October 1, 2010

JANJI YANG TAK TERTUNAI



















Salam Syawal Semua,

Kita dah hampir di penghujung Syawal, tapi takde apa-apa sambutan ker berkaitan raya. Apa pun, harapannya semua dalam keadaan sihat walafiat. Tajuk kat atas tu berkaitan janji saya nak publish beberapa keping gambar Arwah Dr Ayub yang masih belum tertunai sebab harddrive saya kena format beberapa tahun lalu. Tadi tengah sibuk mengemaskan file dan CD dalam pejabat, tetiba teringin pulak nak browse satu CD yang bertulis gambar Ayub. Bila saya buka CD tersebut, memang sah itulah CD yang Dr Ayub bagi dulu untuk saya publishkan dalam blog. Untuk anda semua yang mengingati Dr Ayub dalam apa bentuk dan keadaan sekali pun, ini untuk anda...