Salam Semua,
Lamanya x update blog ni. La baru ada masa sebab lepas raya, asyik keluar dengan auditnye, kursus lagi, nak pantau construction kilang dan sibuk dengan hobi baru jual furnished house/apartment di sekitar lembah kilang. Yang ni next projek adalah apartment 3 bilik di seksyen 7 Shah Alam...nanti kita keluarkan gambar sebelum dan selepas deko...deko...deko...huhu
Ni tengah sibuk melayan peserta kursus angan aktiviti kumpulan dan kursus kali ni memang besh giler sebab dah la MS 1514:2009 baru keluar, dah tu kena baca bersama dengan Peraturan Keberishan Makanan yang dikeluarkan pada 28 Februari 2009. Challenging tuuuu. Tapi ada klausa dalam peraturan baru ni mencekik leher. Kesian kat pengilang sebab rasanya terlalu strict...semuanya nak kena denda RM10,000.00.
Semalam sampai pukul 1 pg dok melepak ngan kengkawan makan durian....power giler ngan udang merahnya, 101, raja kunyit, D24 ngan durian kawin yang pahit-pahit likat.
Kumpulan yang paling happening adalah kumpulan 2...cukup garam ngan pak aji mana taknya, dahla Nazri ngan Azmir ada kat dalam group ni...otai GMP macam Kak Intan, Tan Sri Shafeeq, Shah ngan Ana....asyik gelak jerlah. Kalau macam ni kumpulan kerja kat dalam sesuatu syarikat, memang cepat gemuk sebab happy sangat. Intan lagilah, time makan khusyuk semacam.
Kursus kat hotel ni, macam terasa pegi kat Bandung pun ader sebab banyak sangat org Indon kat kawasan sekitarnya....azmir suka ler dengan lagu dangdut. Nazri terpaksa ikat perut, maklum ler, diakan pengajar Kursus Pengendali Makanan...mana nak makan kat kawasan kotor. Aku tak peduli....hidup kena chalenging, setakat buah ngan air aku belasah jer...
Sekejap jer kursus ni dah nak sampai hujung...esok balik ke kilang masing-masing, terngiang-ngiang hilai tawa kengkawan (sambil kesat air mata...)