Sunday, August 17, 2008
Monday, August 4, 2008
PENANGGUHAN MESYUARAT BULAN OGOS...
Kalau tak silap, dalam mesyuarat terdahulu, semua ahli telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat pada 7 Ogos 2008....Berita terbaru dari Dr Ayub yang telah berikhtiar telefon orang-orang yang berkenaan...mesyuarat tersebut dibatalkan. Kepada sesiapa yang ada maklumat, kalau nak batal pun, tolong le bagitau awal-awal....nasib baik kitorang tak jadi patung chendana kat KIMAR pada 7 Ogos, kalau tak rasanya makin luruh rambut Tuan Penasihat...sekadar menyampaikan pandangan, sorry kalau terasa...lagi satu, bila nak decide/siapa yang kena decide tarikh untuk majlis high-tea...kata awal Ogos, ni dah awal Ogos...
Mengapa Makanan Keluaran KIMAR Perlu Selamat...
Tujuan melaksanakan GMP dan HACCP adalah untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat....mari kita main bayang-bayang (imagination !!!).....di suatu hari yang indah, semua pengilang di KIMAR telah memperolehi pensijilan GMP dan HACCP..mana-mana ada keraian atau majlis yang memerlukan makanan yang selamat, ambik saje produk dari KIMAR...gerenti terjamin (itu pun kalau sistem tersebut dilaksana dan dikekalkan selepas pensijilan !!!) lagi-lagi majlis yang melibatkan VVIP...panjang pulak intro kali ni. Saje je nak bukak mata, Ezy Cakes baru je supply kek untuk hari lahir TPM, 2 kek lagi....lepas ni ada le yang meroyan kenapa asyik Ezy Cakes je....selain diorang ni laser dan agresif, diaorang ni opportunist. Full stop.... dilampirkan gambar kek tersebut...yang lain, bila lagi nak e-mail maklumat kejayaan Syarikat anda, marilah kita kongsi kalau ada!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)