A'kum Semua Penghuni KIMAR,Disebabkan masih ramai yang tanya bila MAHA 2008 akan diadakan sebab dalam bulan Ogos 2008, banyak juga pameran yang berkaitan dengan Industri Makanan akan diadakan di sekitar Lembah Klang. So saya lampirkan brosur MAHA 2008 untuk semua ahli KIMAR....Ikhlas dari mata pena seorang perunding jalanan...
A'kum....Dilampirkan surat jemputan dari MARA kepada usahawan untuk menyertai Pameran Enterprise Asia 2008. Maklumat lanjut, sila baca surat yang dilampirkan. Surat setuju terima tidak diberikan kepada saya untuk posting ini, kalau berminat, just call terus pegawai yang berkenaan. Thanks to Pengerusi sebab forwardkan surat ini untuk ahli KIMAR yang lain...
A'kum...Kepada semua Ahli KIMAR dan semua Usahawan Bumiputera industri makanan khususnya...ambil peluang dari exhibition ni selain MAHA 2008 yang akan datang pada bulan Ogos 2008...banyak mesin dan alat bantuan GMP seperti metal detector, x-ray dan lain-lain akan dipamerkan dalam pameran kali ini. Saya pun akan ke sana dengan Tuan Penasihat kalau takde aral melintang...so selamat window shopping.
Bagi yang belum menghantar maklumat untuk brosur...perlu diingatkan maklumat yang dihantar adalah mengenai kilang di KIMAR bukan kilang sekarang. Tarikh tutup adalah hari KHAMIS...Tolong bagi kerjasama ye, jangan nanti pasal 1@2 syarikat tidak menghantar maklumat atau maklumat yang dihantar tidak lengkap, permohonan kepada pihak MARA bagi menghasilkan brosur ini ditolak, kesian ler pada syarikat yang dah hantar maklumat dalam format yang betul (sebab ada yang hantar dalam format yang kurang tepat...panjang sangat/pendek sangat/Bukan melambangkan kilang di KIMAR dan pemprosesan akan datang etc) dan pada orang yang telah sukarela menolong dalam hal ni...
A'kum semua, seperti yang diketahui, projek KIMAR ni dulu adalah atas idea dan usaha banyak pihak dan antara individu penting di dalam projek ini adalah En Othman Ahmad. Saya mewakili Penasihat dan Ahli KIMAR mengucapkan selamat kembali ke BPU sebagai TKP Usahawan (sebelum ini TKP Khidmat Pengurusan).
En Rosly Muda berpesan kepada saya supaya semua ahli mengisi borang permohonan bekalan air dari SYABAS dengan kadar segera. Borang boleh diambil di Tingkat 22 Bahagian Pembangunan Usahawan (En Rosly atau Cik Natasha) dan perlu dikembalikan kepada MARA sebelum 22 Julai 2008. Sila ambil perhatian....
A'kum...seperti yang dipersetujui, semua pengilang dikehendaki menghantar maklumat untuk penghasilan brosur sebelum Khamis...mintak tolong jangan lengthy sangat, jangan pendek sangat...ingat ruangan yang ada adalah bersaiz A4 dengan gambar produk. Boleh guna depan belakang kalau ada 2 versi bahasa.Apa-apa pun, sebab ini adalah kerja sukarela...mohon hantar dalam bentuk matang bukan bentuk pra-matang yang perlu dialter oleh pihak lain. Kepada yang dah hantar setakat yang saya tau, tahniah kerana ambil serius tentang perkara ini...antara syarikat yang telah hantar adalah :1) Ezy Cakes2) SUCO3) Ultra Sepadu4) Sn Idaman5) AJ Food
Sila hantar kepada chefaida@gmail.com
Contoh Brosur AJ Food Industries Sdn Bhd (English version)
Beria-ria Kak Aini dengan En Ainual kita bercakap...
Abg Daud tu tido ke tgh buat ape tu....kak Aida pulak tengah maintain tunggu masa nak meletup kot...Aku curious gak, kepala siapa yang enterframe kat atas ni....
Ni kes salah angle tangkap gambar ni, En Ainual kita ada can jd Dr Ayub ni...dah nampak terang rambut tu. Teringat lawak Dr Ayub pasal orang botak....Botak ada beberapa kategori tau, kalau tak caya nanti tanya kat Penasihat kita...sorry gurau jangan marah ye...
Nampak Hj Ridzuan, teringat pesanan dia "kalau siapa ada masalah collateral, jumpa saya..."
Apa-apa pun, makanan ari tu, sedap giler terutama roti jala...thanks a lot kat persatuan (sebab pakai duit persatuan) dan pada tukang masak, Kak Fatihah..