Monday, March 14, 2011

My Beloved Brother...Akim

Inilah Akim yang aku kenal, muka budak jahat ngan botak....buatlah rambut macam mana pun, aku pilih gambar ni jugak

Suker gambar ni
Stylo Bro, memang Korean betul Akim ni
Dah 2 tahun birthday Akim org tak dapat join. Tahun ni kena cari masa gak ni. Suker janggut simentri tu. Orgkan GMP




Ada macam Pak Nil pulak. Akim kan pernah kata, kalau Paknil nak jadikan Akim adik angkat, Akim Nak

Gaya rambut Ariel AF



Posting kali ni PJ nak tujukan kepada Akim, adik angkat aku yang kat Melaka. Sebenarnya dah 2 tahun 4 bulan aku tak jumpa dia lepas projek Alam Abjad kat Serkam tamat. Kesuntukan masa dan kesibukan dia belajar di USM menyebabkan kami jarang bertemu....alah sebenarnya memasing tertanya-tanya satu sama lain kenapa macam ada benda yang tak settle sedangkan last jumpa 9 Nov 2008, 3 hari lepas birthday akim, hubungan kami berjalan seperti biasa.

Kebetulan Azan kahwin 11-13 Mac ni, so aku rasa baik buat perhitungan terakhir sebab aku tak suka benda takde kesudahan. Hari khamis lepas, patutnya keluar ngan Akim makan tgh tapi dia dah janji dengan kawan dia nak makan. So kami decide petang tu aku nak jumpa pasal benda ni. Call punya call, dia kata petang tu ada operasi. So kami decide jumpa hari Jumaat. On the way balik dari rumah Lan, aku singgah rumah akim kat Bukit Katil. Semalamkan org dah explain kat Akim kenapa org singgah...jujur cakap, I want to verify the truth of the story...it's true Bro. Betullah tu tekaan Akim dgn Azmi. Azli tak percaya kot...

Malam hari Jumaat tu aku terus ke Rumah Akim. Setelah bertahun tak jumpa, dada aku rasa nak pecah sebab banyak benda tak lepas. Bila dia bukan pintu dan tersenyum, kami seperti biasa bersalaman dan berpelukan....langsung hilang kemarahan aku pada Akim. Ajak Akim ke rumah Yani (wife Azan) untuk tengok majlis berinai besar lepas tu balik umah Lan. Lan siap bagi kunci Homestay sebab asalnya aku decide nak tidur kat situ. Lepas tu Akim cakap tidur umah dia macam dulu-dulu. Azmi kebetulan balik KL 2 hari. Nostalgia betul.

Aku terkejut badak tengok komputer Twinhead yang aku bagi dulu masih elok dijaga. Dia buat assignment dari start mula belajar sampai sekarang guna komputer tu ler. Sedihnya aku. Aku kaya-kaya kat sini, dia pakai komputer slow buat assignment. Bukan pasal Akim takde duit yer...Aku cakap esok aku nak upgrade komputer tu. Bila aku bagi tau Lan, ketawa Hippo mamat tu sebab dah jarang dengar orang pakai Twinhead. Kebetulan aku bawa netbook Dell yang aku guna untuk training BeST baru-baru ni. Melihatkan kesungguhan dia belajar walaupun dah Tua (jgn mrh bro...betulkan dah 29), aku bagi Komputer tu kat dia. Harap Akim belajar betul betul. Harap dapat naikkan CGPA tu sebab Akim nak sambung Masterkan. Org doakan Akim berjaya. Serius ni, belajarlah kat UKM pun takpe...rumah kat Bangi ni pun Umah Akim gak. Dudukler selama mana mau. Nak belajar bawah Lan kat UiAM pun ok.

Rasanya selama ni banyak salah faham jer tapi memasing ego nak say hello. Bak kat Akim, macamana nak lupa Azli, komputer tu dia hadap everyday buat kerja. Akim, org akan siapkan jugak cross stich muka Akim tu. Dah due 2 tahun ni...

Terima kasih banyak banyak selama 2~3 hari ni temankan org, terpaksa dengan dengkuran lite-lite sebab penat, belanja org tengok Merong Mahawangsa dan makan kat nando's, teman pergi kawin Azan, teman pegi tinted kereta (nanti org tambah crown kerabat kat depan Peugeot tu???), teman ke Rengit sampai malam, teman makan kat Bukit Katil (Sedap Bro, serius ni kerabu sotong tu sampai teringat-ingat) dan paling penting tolong menghuraikan banyak problem org kebelakangan ni.

Harap lepas ni, kita cherish balik ke"Bro"an dan jangan pandang belakang lagi. Org ucapkan happy belated birthday sebab original msg pada 6 Nov 2010 dihantar pada nombor yang Akim dah tak pakai. Sorry bro. Org hantar msg tu 12.01am macam tahun-tahun lepas. Sumpah tak lupa.

Akim, sekali lagi terima kasih...Akim fahamkan sebab dalam kereta org dah cakap rasanya 3 kali. Nanti kita hang out ngan "team" lagi satu. Org tuntut janji Akim tau??? Thanks Bro. There are things yang org boleh cerita ngan Akim ajer, tu sebab Akim significant dan kepala org clear walaupun kita tidur tak cukup asyik borak jer. Lagu SEDETIK LEBIH tu, nanti orang trim tang chorus untuk Akim buat ringtone. But untuk akim, sama macam Lan ngan Nazri....lagu Teman Terulung paling sesuai. Tanpa 3 manusia ini, hidup aku pasti terumbang ambing sebab teman curah masalah takde.

Gud luck untuk exam bulan April nanti....Pegi check kenapa kepala selalu pening...nanti kalau ada hal boleh detect awal-awal. Ramai orang sayang Akimkan. Ingat tu. Semua masalah yang Akim hadapi sekarang ni ada hikmah disebaliknya. Org percaya, akan dapat jugak satu hari nanti apa yang dicita-citakan.

Ya tuan-tuan, tlg jangan buat spekulasi bukan-bukan. Dia memang Bro aku dunia akhirat. Not more than that dan dia straight. Aku kenal semua ahli keluarga dia sama gak ngan Akim. Hantu betul Dr Fadli Besfren Lan sebelum aku. Jgn gurau macam tu lagi depan orang. Kesian Akim.