Sunday, March 27, 2011

Hargailah Apa Yang Ada


Salam Semua,


Kenapa tajuk di atas jadi pilihan hari ini. Aku pun tak tau. Kebelakangan ni, banyak peristiwa berlaku pada diri PJ yang menyebabkan PJ lebih menghargai orang-orang di sekeliling PJ. PJ baik semula dengan Akim, PJ dapat kawan dgn Cem, PJ dengan Nazri lebih kerap berhubung, PJ dgn Lan bertambah rapat dan lain-lain hubungan kekeluargaan yang lebih akrab...PJ dah ada akaun Facebook lepas semua orang marah sebab susah nak track PJ kat mana dan buat apa. Bila dah ada FB maknanya, PJ dah buka pintu semula kepada kehidupan lampau PJ yang PJ malas nak imbas dan jumpa semula kengkawan yang sebahagiannya PJ rindu sangat dan sebahagiannya PJ langsung tak ingin nak jumpa tapi terjumpa juga di alam maya. PJ cuma taknak sejarah lama menghancurkan apa yang PJ nikmati sekarang. PJ cuma nak menikmati apa yang PJ ada dan menyayangi orang sekeliling PJ tanpa rasa prasangka.

Minggu lepas Mak pergi buat follow up operation buang ketulan di buah dada. Dua biopsi yang telah dijalankan sebelum itu mendapati, tiada sel kanser dikesan dan pembedahan itu dijalankan hanyalah kerana terdapat lelehan cecair yang menyebabkan rasa kurang selesa. Nak dijadikan cerita, ujian patologi yang telah dijalankan selepas pembedahan mendapati tisu yang dikeluarkan terdapat sel kanser...

Itulah berita yang sedang aku digest sekarang...rasa macam mimpi pun ada walaupun i keep telling 2 myself, be strong...Mohon korang doakan semuanya berjalan dengan lancar. Radioterapi akan dijalankan pada bulan 5 nanti selama 3 minggu berturut-turut. Angah doakan Mak sihat. Angah hanya ada satu Mak dan satu Abah jer dalam dunia and i'm not ready to lose both of you. Belum puas rasanya berjasa pada Mak dan Abah. Angah sayang Mak dan Abah...

PJ...