Friday, March 25, 2011

Kenang Jasa

Salam Semua,

Lama jugak PJ tak hupdate blog ni, sawang dah start ada sket ni. PJ cuma nak sampaikan beberapa pesanan kepada Pengilang KIMAR tentang beberapa perkara. Ada org MARA dah naik menyampah dengan beberapa pengilang kat KIMAR tu.

PJ berpandangan bahawa, kita ni dipilih menghuni KIMAR Mukim Batu kerana kita telah berada di tahap menengah yang tidak perlu berpaut sangat dengan MARA. Itu asas pemilihan beberapa tahun dulu. Nak kata salah pilih oleh orang yang hidup atau yang telah meninggalkan kita, PJ tak berapa pasti...tapi PJ sendiri dah naik meluat dengan beberapa Usahawan yang kerjanya naik turun MARA untuk mengadu dan memohon benda-benda yang tak relevan dengan situasi terkini. PJ rasa kalau ada usahawan yang rasa tak mampu buat sendiri setakat apa yang MARA dah beri sehingga ke hari ini, undurlah secara terhormat. Golongan macam ni lah nanti yang akan mencacatkan imej KIMAR keseluruhannya.

Tolonglah ada rasa hormat sikit dengan beberapa pegawai MARA yang telah menolong kalian sebelum ini. Jangan main terjah aja kalau nak minta bantuan. Apa anda ingat MARA wajib mengambil anda menghuni KIMAR tanpa ada hak untuk melucutkan keistimewaan anda seperti yang diwar-warkan selama ini. PJ hanya tahu golongan istimewa ni golongan OKU sahaja...

Ni luahan orang MARA jugak. PJ sampaikan sajer. PJ senang, orang bagi PJ ambik, orang tak bagi PJ tak heran. With or without, PJ terus jalan ke depan. Ada bantuan tu kira bonusler bukannya tanpa bantuan, projek KIMAR tak boleh jalan. Fikir-fikirkanlah, PJ pun bukan siapa-siapa dalam Persatuankan. Apa PJ rasa tak betul, kat lapangan inilah PJ menegur. Untuk kebaikan kengkawan juga. Jangan pandang ini sebagai benda yang negatif wokeh.

PJ puji HPA Industries yang telah mengambil alih kompleks Kilang GMP Alam Abjad sebelum ini di Serkam. Sangat membanggakan walaupun tanpa bantuan sangat dari MARA, kesemua kilang telah berpenghuni dan beroperasi. Ada rasa terkilan sikit ler tapi happy gak sebab tak jadi gajah putih...

PJ