Monday, June 21, 2010

KONSEP GMP KOMPLEKS KIMAR MUKIM BATU PART 2


KEPERLUAN MAKMAL BAGI KOMPLEKS KIMAR

Selamat pagi semua...baru ada masa nak coret sikit sambungan entri sebelum ini. kali ni mari kita bincangkan sikit tentang Makmal. Pada perancangan awal dulu, Perunding dan MARA terutama Dato' Othman yang pada ketika itu adalah Pengurus Projek ini telah mencadangkan Kompleks KIMAR mempunyai Makmal Sepusat (IQA Lab). Even kalau tengok kat "blue print" pelan tu memang ada dimasukkan kawasan untuk kemudahan ini.

Makmal ini akan membolehkan ahli KIMAR menghantar sampel makanan untuk menjalankan analisis yang dijalankan sekali sekala dan memerlukan pekerja dengan kemahiran yang tertentu untuk menjalankannya. Contohnya analisis mikrob, logam berat dan lain-lain analisis kimia dan fizikal yang boleh dimasukkan sebagai salah satu kandungan dalam sijil analisis produk akhir terutamanya sebagai salah satu dokumen untuk pembeli produk kita (jangan ingat pembekal jer yang perlu bagi CoA, surat jaminan dll....kita sebagai pengeluar juga perlu sekali-sekala bagi pada pembeli kita....baru ler kilang GMP selain kita sendiri yakin dengan kualiti dan keselamatan produk yang dikeluarkan???). Analisis untuk bahan mentah (anda ingat JBA nak bagi CoA potable water {kononnya boleh terus diminum...rumah org JBA lagi besar penapisnya, apa maknanya tu} yang diorang hasilkan...fikirkan semula) dan produk WIP juga boleh dibuat di Makmal ini sebagai langkah pemantauan berterusan produk keluaran Syarikat.

Dato' Man dapat idea ni apabila beliau melawat kilang berbentuk Kompleks ni di Campden, Bangkok dll. Atas dasar itu, Perunding tidak memperuntukkan ruang yang besar untuk makmal internal bagi setiap kilang individu. Makmal kecik kat dalam kilang masing-masing adalah berfungsi sebagai "in-line lab" sahaja untuk menjalankan analisis rutin yang mudah seperti pH, Brix, Sensori dll. Lagi pun ikut kehendak GMP, tak mensyaratkan pula memerlukan makmal dalaman tapi analisis mengikut keperluan, itu yang lebih ditekankan.


Persoalannya sekarang, siapa yang akan mengoperasi Makmal ini sekiranya diwujudkan oleh MARA kelak. Kalau tanya saya, tak payah pening kepala MARA nak buat makmal, "outsource" jer kat mana-mana makmal yang dah ada SAMM untuk buat bisness kat sini. Syaratnya untuk penghuni KIMAR ada diskaun sikit ler. Syarikat ini juga boleh menawarkan khidmat mereka pada lain-lain Syarikat dalam Industri Makanan, so takdelah sempit sangat ruang lingkup perniagaan mereka. Nak bangunkan makmal, kos tinggi woi.

KLAUSA 6.6 DALAM GARIS PANDUAN GMP KKM BERKAITAN TOPIK INI




KLAUSA 5.4.3 DAN 5.5 DALAM MS1514:2009 YANG MENYOKONG KEPERLUAN MENJALANKAN ANALISIS MAKANAN SECARA BERTERUSAN (REGARDLESS SAMADA MAKMAL LUAR ATAU DALAM)