Wednesday, April 15, 2009

RAWATAN BATU KARANG


Salam semua,
Sorry lama tak update...ada masalah keluarga sikit, mak kurang sihat sebab batu karang. Ceritanya bulan November dulu, mak saya dah pergi buat laser kat SMC, terbang gak dlm 10k...Ingatkan masalah batu karang dah habis, tup-tup last week kena serangan sekali lagi. kalau nak tau, sakit batu karang ni adalah sakit yang paling sakit yang berkaitan dengan sistem perkumuhan...dah tu takde simptom pulak tu. Kalau dah kena tu, cepat-cepat ler pegi klinik ambil suntikan...kata mak, pain killer pun tak mampu nak kurangkan sakitnya. Korang bayangkan macam mana saya rasa...Saya ni, mak demam pun risau inikan pulan kena sakit ni. Adik saya kata, beranak pun tak sakit camni...

Satu masalah mak ialah mak cukup takut makan ubat, tak tau kenapa. Itu yang problem tu. Makan panadol pun potong 4 ko bayangkanlah. Jadi aku pun mintak pergi ke Klinik Arul kat Tanjung Karang. Lepas buat scan, Dr detect ada batu karang kat buah pinggang kiri. Yang belah kanan dah ok. So Dr bagi ubat makan untuk hancur batu. Tapi mak memang macam budak when it comes to medication...letih nak berleter.

Dalam keadaan risau, Adik ipar saya mencadangkan pergi rawatan alternatif buang batu karang yang telah dibuat oleh kawannya. Orang tu kata, gosok-gosok jer keluar batu. Susah nak percaya ni lagi-lagi org science stream cam saya. tapi tak salah kalau cuba kan. Rupanya adik ipar ngan adik pompuan saya pun, pernah kena tapi ignore the sypmtoms kononya cam boleh hilang sendirilah. Pujuk punya pujuk, diorang agree nak join sekali, alang-alang pergi kan. Semalam kitorang pergi berpandukan GPS yang dipinjam dari seorang kawan.

Lokasi yang dituju adalah Kampung Gangsa, kat Durian Tunggal. Ko bayangkan, orang yang bertolak dari Sg Buloh pukul 4 pagi, dapat nombor giliran No 11. Pukul 11 lebih baru habis. Yang kitorang ni, sampai pukul 12 lebih, dapat nombor 63 sedangkan waktu tu patient yang sedang dirawat nombor 33 kalau tak silap. Tetiba adalah hamba Allah yang baik hati, bagi nombor 55 yang dia ambik sebab rupanya 1 nombor boleh guna untuk sepasang (2 orang sekali masuk).


Tengah menunggu, tetiba adik ipar saya mintak pain killer kat wife dia. Saya dah tak sedap hati kenapa pulak ni. Yang kronik mak, kenapa dia pulak yang nampak semacam ni. Rupanya dari rumah lagi dia dah dapat rasa nak kena sakit batu karang tu....menahan sampai berpeluh-peluh. Kesian gak tapi sakit tak boleh kongsi. Lama-lama, abah gi tanya ngan beberapa orang yang ada nombor terdahulu ..ada gak yang hati mulia bagi laluan untuk kitorang masuk, kira kes emergency la ni.

lepas 5 minit mak, adik ngan adik ipar keluar dari rumah orang tu...Adik ipar saya kata, dah kurang sikit. Treatment dia senang jer. Gosok ngan minyak angin, tekup ngan bekas putih and then batu keluar melalui kulit...cam magic show tu. Saya masih was-was lagi sebab ikut cakap dr Ayub, kena buat pengesahan dulu baru boleh percayakan. Baru 1 jam lepas mak call dia dah pergi balik ke Klinik Arul dan Dr dah confirmkan kedua-dua buah pinggang dah bebas dari batu karang....what a relief. Saya just nak ambik sample batu yang keluar tu nak buat chemical test supaya boleh aware sikit jenis batu dan makanan yang tak boleh diambil.

Kat bawah ni, sampel batu yang keluar. Waktu mula-mula keluar tu, dia masukkan dalam plastik siap berwap lagi. Treatment di buat sepanjang minggu kecuali hari isnin dan jumaat. Mula pukul 9am-2pm (nombor giliran last pukul 2pm, siapnya mungkin sampai malam). Korang bayangkan, nombor boleh exceed 100 kalau sabtu ngan ahad. Jalan masuk ke rumah, ada orang buat biness kuih dan botol air...susah nak percaya treatment ni, tapi berlaku depan mata...camna nak buat tu. Bayar seikhlas hati jer. Kalau sesiapa yang ada penyakit, boleh ler try.

NI BATU YANG DIKELUARKAN DARI ADIK IPAR SAYA....TAK SANGKA BATU SEBESAR NI MENYEBABKAN SAKIT YANG TIDAK TERTANGGUNG


NI BATU YANG DIKELUARKAN DARI ADIK SAYA....MACAM ADA YANG TERTINGGAL LAGI JER...ORANG TU KATA, KENA BUAT BEBERAPA KALI BARU HABIS SEMUA. CAM MAGNET NAK TARIK BESI KAEDAHNYA

YANG NI BATU YANG DIKELUARKAN DARI MAK SAYA.....DAH HANCUR MUNGKIN SEBAB MAK DAH 2-3 HARI MAKAN UBAT PECAH BATU DARI KLINIK ARUL TU....

Anak saya dah saya perangkan rambutnya...bapaknya pun tak pernah perang rambut. Inilah anak zaman sekarang kih..kih..kih...rambut panjang pulak tu.



Jangan lupa, meeting kita 20 hb...moga semua dtg.

Perunding Jalanan