Friday, February 4, 2011

Lawatan Bebudak BeST Program ke Raub-Part 1


Salam Tahun Baru Cina,


Siap bawak bekal lagi...Patutlah boleh pakai Beg Mont Blanc. Munir...Munir. Macam kembar lima jer diorang. kalau tak percaya, nanti tengok semua gambar yang akan PJ publish
Gadis-gadis ayu menaiki bas....dress up habis korang hari tu ye.
Ni la pemandangan di dalam Bas. Ada nyanyi-nyanyi tak dalam bas...ker semua tido. Apa yang terjegil bijik mata ko Cem. Sawan kamera ekh

Lawatan pergi Raub ni bertujuan untuk bebudak BeST dapat lihat macamana sebuah kilang GMP herba beroperasi. Perlu diingat GMP Farmaseutikal ada beza sikit dengan GMP Makanan. Kalau korang perasan, diorang dah asingkan kawasan pemprosesan yang diorang klasifikasikan sebagai kawasan GMP....dan lain-lain kawasan sebagai non-GMP area. Sebab tu korang boleh masuk lalu kat koridor tu tanpa pakaian pelindung dan tengok operasi kat dalam bilik tu umpama tengok ular mengawan...teringat David Teo cakap dlm Raja Lawak, "awak pernah tengok ular berak ka ?" mengarut jer Pak Cik ni tapi nak kisah apa. Dia ada duit, suka hati dia lar nak cakap apa. Calculator......calculating....calculated....culprit !!! hahaha

Bagi yang berminat tentang process flow diorang, ni PJ ambil dari website diorang

Bertolak selepas subuh, disebabkan jam/jem kat MRR2, sampainya hampir pukul 12pm. PJ tak naik bas sebab PJ sepatutnya ada audit petang tu kat kilang KIMAR yang korang lalu masa naik bas hari tu. Munzir kata dia nampak masa pegi. Patut ler scor, observant rupanya. PJ punya mengejar dari belakang, takut PJ dah sampai, lawatan pun dah habis. Rupanya PJ sampai dulu area tu tapi atas bisikan dari langit dan Rasukan Ablasa, pergi pulak patah balik nak jumpa Cik Siti Salmah kat Kuala Lipis. Macamana tu ??? Mak Dato' Siti kata, patah balik lalu ikut Cheroh then ke Sg Koyan. kalau sempat singgah kat rumah hinggap Chef Wan.

Nasib baik bila dah sampai, korang baru start lawatan. Kalau kilang buat ekstrak herba ni, ini loji rintis yang ke 3 kot. Tapi ada beza sikit operasinya. Ini pesanan dari orang TPM kat Raub tu. Jangan la kecik hati tak dapat masuk kilang Kopi tu, sebab kilang GMP/HACCP certified diorang takde koridor macam kat loji herba tu. So nanti tercemar pulak kopi diorang. Lagipun difikir-fikirkan balik...berapa banyak PPE dia nak sediakan untuk 2 bas rombongan Cik Kiah. Penutup mulut mau habis 2 kotak tu ???
Abg ni la yang pesan

Nantikan sambungan part 2. Banyak gambar lagi nak kena upload. Tq to En Nazri atas ehsan gambar2 di atas. Keputusan Exam hari tu...nanti PJ siapkan. Nak sambung tgk Psych jap.