Gara-gara meletakkan bahan makanan yang sudah digoreng di atas surat khabar lama, sebuah premis nasi kandar di Ayer Itam di sini semalam berdepan dengan enam kesalahan kebersihan dengan kompaun berjumlah RM510.
Bukan setakat itu, selain itu, sisa-sisa masakan turut dibuang ke dalam longkang sehingga menyebabkan berlaku pencemaran.
Menurut Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong, operasi kebersihan yang dijalankan oleh pihaknya itu berdasarkan aduan pelanggan di situ.
Beliau berkata, selain faktor kebersihan, empat pekerja premis tersebut juga didapati tidak mendapat suntikan typhoid termasuk tidak menggunakan apron, topi dan sarung tangan ketika bekerja.
"Selepas pemeriksaan, kita tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun sebanyak RM510 kepada restoran berkenaan.
"Kita juga memberikan tempoh pembayaran semula kompaun iaitu selama dua minggu mulai hari ini (semalam). Sekiranya pemilik premis berkenaan dapat membuat pembayaran dalam tempoh tersebut, diskaun sebanyak 50 peratus akan diberikan," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.
P/S: ade Restoran Nasi Kandar yang aku tidak boleh lupakan apabila mereka memasak di tepi TONG SAMPAH.. fuhhh dah la ade lalat, kemudian lalat tu hinggap di dapur mereka.. Sungguh meloyakan aku.. tapi aku tak nak bagitahu restoran mana... harap-harap bahagian penguatkuasa mengambil tindakan satu hari nanti..