Sunday, March 28, 2010

BERITA USAHAWAN FARMASEUTIKAL BUMIPUTERA


Bila baca tentang usahawan herba ni, PJ teringat kat kengkawan yang sama-sama joint latihan GMP dari tahun 2003 sampai 2006 masa PJ di Syarikat lama. Kepada syarikat Jamu Arjuna (apa khabar Hj Arfan sekarang...Wak Lan ada lagi ker...), Perusahaan Jamu Warisan Org Asli (Dengarnya Kak Yang dah Kawin Baru, harap Kak Yang berbahagian dengan kehidupan yang baru...), Tonik Seri Fajar di Kedah, Major Interest yang jual pil ikan haruan di Sg Petani (En Ali harapnya sihat macam dulu...ingat lagi kenangan di Langkawi Lagoon...), jamu cap tupai 2, apa nama syarikatnya dah lupa pulak...dan tak lupa si Songkok Tinggi Rijal Calibre di Terengganu. Kepada Dr Farmina dan Dr Nasir, peneraju Syarikat Farmina Bioplus, dah dapat GMP terus senyap...seronok kalau jumpa balik kengkawan lama ni.

Apa-apa pun, nak buat herba biarlah produk-produk dah diluluskan oleh KKM dan ada No. MAL...kalau tak mudarat nanti. Lu fikrlah sendiri.

PJ