Saturday, February 7, 2009

MAKLUMAT MESYUARAT PIMK

A'kum Semua,

Seperti yang telah dismskan oleh Setiausaha, mesyuarat PIMK akan dijalankan pada 11 Feb 2009 di Tingkat 25 (Bilik Melur) pukul 10.00 pagi. Besar harapan saya mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua wakil Syarikat...Mintak-mintak :

1) Janganlah suasana panas macam mesyuarat yang lalu...saya rasa mesyuarat yang "panas" tak akan menghasilkan keputusan yang rasional kerana semua akan berfikir dan bertindak mengikut emosi...

2) Siapa yang pandai, jangan menunjuk-nunjuk...kita faham kengkadang kita nak menolong, tapi niat kita kalau tak selari dengan "method of delivery" dari segi penyampaian niat tersebut, saya percaya...perselisihan faham akan timbul dan menyinggung orang yang kurang pandai...

3) Siapa yang kepala angin, tinggalkan angin kat mana-mana sebab semua yang datang tu semua boss bukan pekerja bawahan, so please respect others. Penasihat pantang orang yang tak boleh control temper...belajar dari Hj SUCO, senyum sokmo kan Hj !!!

4) Siapa yang tak bayar yuran tu selesaikan segera...kita golongan elite, kalau dah sampai orang kena ingatkan baru nak bayar, kalau ikut "neracha" saya, failed already...i'm sorry.

Nak komen sikit pasal minit mesyuarat. Terima kasih pada Pn Nonie kerana sentiasa tak jemu tabur bakti dan tak berkira tulang urat nak menyiapkan agenda dan minit mesyuarat lalu. sikit jer nak komen, minit mesyuarat kalau boleh beri orang lain komen dulu sebelum diedarkan kepada semua ahli sebab ada beberapa penulisan yang kurang tepat dan mempunyai implikasi besar dalam minit mesyuarat lepas antaranya FHS Consultancy bukan Syarikat Pengurusan Kompleks KIMAR yang buat presentation tu...namanya saya dah tak ingat tapi apa yang pasti, FHS tu ana yang punya...satu lagi Prof Ayub bukan tidak lagi berkhidmat di Unipeq, tetapi kurang aktif di Unipeq kerana bercuti (nanti orang kata ada berlaku rampasan kuasa kat sini...)

Hopefully, Chef Daud dah e-mail cadangan rangka kerja pada management company yang akan buat presentation nanti. Nanti diorang akan cerita pasal betulkan lampu rosak dll yang bukannya tidak penting, tapi yang lebih penting adalah perkhidmatan lain yang akan menjadi tunjang kepada kejayaan Kompleks KIMAR...Hj SUCO dan teamnya, harap dah prepare tentang biro pemasaran dll.

Ingatan saya....dalam GMP kita nak guna konsep FIFO (First In, First Out), harapnya KIMAR Mukim Batu tak ambik konsep ini, nanti siapa yang masuk dulu, keluar dulu pulak, harapnya tidak ler kan...

Salam...Perunding Jalanan