Monday, December 15, 2008

PEMBEKAL BAHAN MENTAH/BAHAH KIMIA/BAHAN PEMBUNGKUS....APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN

A'kum,

Salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam GMP adalah dari segi pembekal samada pembekal bahan mentah, bahan kimia atau bahan pembungkus. Dalam GMP yang akan kita sama-sama buat di KIMAR nanti, ada beberapa perkara yang perlu dibuat oleh Pengilang antaranya :


1) Membuat senarai pembekal

2) Membuat pemilihan pembekal yang boleh membekal dengan kuantiti yang dikehendaki dengan kualiti yang baik dan memuaskan;

3) Menjalankan audit pembekal ke atas pembekal yang dipilih;

4) Menandatangani perjanjian pengilang dan pembekal dan antara perkara penting adalah samada mereka setuju untuk mengeluarkan surat jaminan kualiti, CoA, memberikan salinan sijil yang berkaitan kualiti dan keselamatan makanan yang telah didapati oleh Syarikat mereka dll
5) Setelah semua pembekal dipilih, pastikan semua pembekal mempunyai nombor pembekal yang tersendiri sebab apabila kita buat identifikasi produk, nombor pembekal merupakan salah satu maklumat penting. Kenapa ? sebab apabila terdapat produk yang rosak, ada kemungkinan ianya berpunca dari bahan mentah dan adalah mudah untuk mengesan sekiranya setiap pembekal mempunyai pernomboran yang unik....lagi-lagi kalau satu bahan mentah ada beberapa pembekal...
6) Yang lain-lain berkaitan pembekal, bila kita sembang nanti boleh cerita lebih lanjut...

Saya jumpa artikel ni berkaitan penilaian pembekal. Hopefully semua akan dapat maklumat bila membaca artikel ini...
Perunding Jalanan