Tuesday, July 1, 2008

SATE KAJANG HJ SAMURI....SATE TERSOHOR DI KAJANG

Sorry lama tak update blog ni, kira boleh masuk kategori blog bersawang la kot...banyak sangat halangan dan kemalangan yang berlaku dalam masa 2 minggu lepas...abah jatuh tangga lepas tu jatuh kerusi (cucu punya pasal la ni!!!)...emak kena jangkitan kuman sebab tak kawal kencing manis....sepupu kemalangan yang sampai sekarang x operate lg...so agak sibuk menguruskan orang sakit sementara aku masih mampu.... Rasanya aku dah minta semua usahawan KIMAR hantar keratan akhbar pasal Syarikat masing-masing tapi tak sorang pun yang hantar pada aku lg....aku start rasa KIMAR ni kilang aku pulak sebab aku yang masih bersemangat yang lain jd passenger je....harap semangat aku masih teguh macam dulu..ok lah kalau orang dah taknak hantar pasal Syarikat masing-masing, aku rasa blog ni aku nak divert direction nya kepada blog untuk usahawan Bumiputera....ok gak kot...so sebagai permulaan aku nak promoto Sate Kajang Hj Samuri...personally aku rasa Hj Samuri orangnya humble...anak-anak beliau juga merendah diri, sangat mudah bekerja dengan mereka sebagai Perunding (selain mungkin sebab mereka mempunyai fulus) kerana mereka menghargai Perunding dan mendengar nasihat...hari Ahad lepas, anak kedua terakhir Hj Samuri kahwin... dengar cerita grand habis sampai Kerabat Di Raja Selangor mencemar duli hadir ke majlis tersebut...jemputan dalam 5000 orang, mewah makan sate !!! Apa pun aku minta maaf sangat sebab tak dapat pegi...ada komitmen lain tapi takpe Penasihat KIMAR pegi kira mewakili la kot...so aku tempek le keratan akhbar berkenaan Hj samuri untuk tatapan anda semua...enjoyzzz