Wednesday, June 11, 2008

Hari ni ada mesyuarat kat KIMAR....kebanyakan peserta datang, yang tak datang ada beberapa kerat je dengan alasan yang tersendiri...meeting ari ni agak berjaya gak le...banyak isu penting yang dibincangkan antaranya...
  1. Isu bahan mentah
  2. Isu kesan harga minyak terhadap loan yang dipohon oleh usahawan
  3. Isu yang belum selesai hasil perjumpaan dengan wakil Datuk Noh Omar iaitu Datuk Markiman Kobiran
  4. Gantt chart perancangan perpindahan....ingat kena ready pada 15 Sept 2008, kalau tak Dato' Markiman Kobiran kejar korang semua...naik bas ekspress lagi !!!
  5. Maklumat peralatan dan pelan susun atur peralatan yang dipohon oleh UNIPEQ...ingat tarikh tutup hantar semua benda yang diminta...17 Jun 2008 (siapa yang tak datang atau hantar wakil, tolonglah take note, nanti kalau dah lepas date line, korang serang aku kata tak inform lah, masa suntuk dan macam-macam alasan lain....aku pekerja amal je tau...) kalau dah hantar kat UNIPEQ, tolong inform aku, nanti tak sampai kat aku, siapa nak jawab tu !!!
Berbalik pada saranan aku petang tadi pasal semua pemberitahuan dan updates pasal KIMAR perlu dibuat melalui beberapa kaedah antaranya melalui blog, e-mail atau google group. Kenapa aku cadangkan.... bukan pasal nak tunjuk pandai, tapi kita ni adalah golongan elit melayu pengilang makanan yang telah dipilih oleh MARA untuk menyertai projek yang sebegini gah dan julung kali dibuat untuk usahawan industri makanan...kita perlu carry image itu dengan sebaiknya...ibarat kata Dr Ayub..."orang naik kereta mercedes Li, mesti pakai baju batik, baru match...kalau tak org kata kita drebar je"...zaman sekarang org dah berubah mengikut arus teknologi...kena ada blog, guna email untuk sampaikan maklumat (murah dan cepat)...kalau pakai faks, ambik masa dan silap-silap faks machine ada kat umah....kalau cam aku yang shift malam ni, camne pulak aku nak faks malam buta, kang terjaga pulak masa tengah tido...dapat kurangkan kerja bg setiausaha jugak (senanglah ko kak, dapat hp...tp RM 200 je k:-) so moral of the story....kena IT sket la beb, kilang top of the line, mesti selari dengan produk, pembungkusan dan kaedah pemasaran yang betul....knape, korang masih tak percaya kilang korang kategori Ferrari ?... tengok gambar kat bawah...


Pintu guna sliding tau...bagi sesetengah kilang ler but jgn speku dulu.....diorang mintak dari awal dan diorang tau apa yang diorang nak dari awal lagi....ni kilang Ezy Cakes kot kalau tak silap...



lantai jenis smooth epoxy....kat kilang sendiri boleh dapat buat lantai ni ???.... menggigil tangan ler nak kluar duit nak bayar kat kontraktor...so angkat tangan dan bersyukur and stop nagging!!! cari arah kiblat dan sujud syukur ok...



lampu berpenutup....banyak lak tu, terang benderang...tp yang paling best, banyak bilik rahsia...Ops lupa lak...ada request ni, buat le satu bilik karaoke...selalu le kitorang dtg terutama Mr X...

Aku ada banyak gambar lagi berkaitan KIMAR, nanti aku uploadkan atau aku share kat e-group. tengah tunggu dari Chef Daud gambar kilang dia tp x sampai lagi....chef bila nak e-mail, den dah start blogging ni, den kojo copat...sebab tu org jeles dan mandramkan aku...but anyhow, i'm still survive (macam lepas perasaan je...kat siapa ye...tunggukan laporan dalam waktu terdekat...korang ingat Dr M je keluar parti...)

Nanti aku cuba buat link kepada mana-mana peserta yang ada website , so senang sikit nak berhubung dan dihubungi kan...siapa peserta KIMAR ye...tunggu !!!