Wednesday, February 24, 2010

ISU PEMAKANAN SIHAT

ISU HALAL


PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009





PERTAMBAHAN SATU LAGI SERVIS BARU DI KIMAR...





Selama ni PJ tak tau pulak ada antara ahli KIMAR yang mempunyai bakat-bakat tertentu terutama yang berkaitan dengan alam mistik. Rasanya ada beberapa ahli kita yang mempunyai kebolehan ini...tapi Kak Fatimah kita mendahului senarailah kalau macam ni...hebat sungguh ???
Tahniah...

PJ

MOTOR PANCIT




Salam semua,

PJ ni bukannya nak marah orang yang buat business untuk meningkatkan taraf hidup....tapi kalau kita buat duit dan secara tak langsung menyebabkan alam sekitar tercemar dan ada org lain pulak jadi pecacai nak kemaskan kerja kita yang tak siap...mintak ampun, memang PJ tak berkenan...

PJ

MAJLIS BUKA KILANG DAN SEMBAYANG HAJAT

Salam Semua,

Diharap majlis yang dirancang pada malam ini berjalan dengan lancar. Harap semua yang telah ditugaskan dapat menjalankan tugas dengan baik. PJ akan ke KIMAR dalam pukul 3.00 ptg. Malam ni tak tau nak balik pukul berapa kerana malam ni tepat pukul 12, adalah hari lahir ibunda tercinta...

PJ

Friday, January 15, 2010

KAK LONG MENINGGALKAN KITA....

Salam semua,

Baru dapat berita dari Chef Aida, Kak long isteri kepada En Seth telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat yang mulia ini. Diharap beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman....Amin

PJ

Saturday, January 2, 2010

Mesyuarat PIMK 31 Dis 2009

Salam Semua,

Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir dalam mesyuarat yang dijalankan pada 31 Dis 2009. Nampaknya keadaan semakin pulih dari segi kerjasama dll. Cuma ada beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat dalam mesyuarat akan datang

1) Penetapan tarikh mesyuarat. Perlu ditetapkan pada akhir setiap mesyuarat dan DISUSULI dengan confirmation lebih kurang seminggu sebelum. Ini bagi kemudahan peserta yang berada jauh untuk menempah tiket dan merancang perjalanan mereka.

2) Lokasi mesyuarat. rasanya boleh minta kebenaran mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat yang kat tengah kilang tu. Baru ada rasa suasana kilanh tu. Sofa baru bila lagi nak guna. Kalau panas, minta Ezy Classic pinjamkan air cooling system yang portable tu. Beres criter.

3) Progress Biro. Aiyoo very d slow. Minta kerjasama semua org. Kita dah berada di penghujung perjalanan sebelum masuk ke KIMAR. Setiap biro harapnya ada berganjak dari segi progress dan setiap ahli tlglah memberi kerjasama kepada org yang buat kerja.

4) Setiap kali datang mesyuarat pada masa akan datang, minta tlg print sendiri agenda dan minit mesyuarat lepas. Nanti Kak Juriah marah. Den taknak jawab.

5) Voluntarism (ada ke wording ni!!!). rasanya kalau tengok kat persatuan kita ni, org yang sama jer yang buat kerja dan volunteer nak buat kerja. Org lain ni halimunan ke ape. Marilah sama-sama banting tulang perah otak untuk kemajuan bersama. JANGAN SAMPAI NANTI ORG YANG BANYAK SUKARELA KOMPLEN...TAK DAPAT NAK TLG KALAU DAH SAMPAI TAHAP TU....Byk yang tukang komplen dari yang buat kerja. Tak classy langsung.

6) Bayaran yuran. Korang semua ni kelakarlah. PJ bayar kat org jaga anak separuh hari sebulan RM 400.00. Nak bayar RM50.00-RM100.00 sorang pun bagi usahawan berjaya ada masalah ker. baiklah makan gaji jer kalau yuran seciput tak boleh bayar. Geli hati....geli hati...geli hati. Korang tak tebal muka ke datang meeting tak bayar yuran, tapi makan makanan yang dihidangkan tanpa rasa segan. To me personally....bayar sebelum tempoh waktu/atau sebelum org minta. Kalau dah sampai org yang buat kerja minta....kira faillah tu. Simple jer. Sekali karaoke belanja org pun lebih RM 200.00 ???

Lain-lain aspek dah banyak yang berubah. Suasana mesyuarat yang harmoni dan banyak buah fikiran yang diluahkan semasa meeting. Ini bagus kerana dalam sesebuah persatuan, kita taknak banyak penumpang jer. harap dengan munculnya 2010, kita semua akan bangun dari tidur dan segera bergerak ke hadapan untuk membantu menjaga nama baik MARA dan buktikan kepada semua org yang ingin kita musnah binasakan kita seperti yang digembar gemburkan dalam forum di internet tu salah sama sekali. Apamacam, ada bran!!! teguran ni untuk kita perbaiki diri. Minta maaf Kak Ju sebab lupa nak bawak minit mesyuarat. lain kali tak buat lagi...

Ni dari website SME Corp. Seperti yang telah diemailkan, pihak SME Corp dah tutup permohonan untuk tahun ini. So dlm waktu terdekat, kalau ada bantuan dan borang baru dari diorang, saya akan e-mailkan. Selamat tahun baru.
"Tarikh akhir penghantaran permohonan geran
By administrator on Tuesday, November 24, 2009 - 07:53
Untuk makluman, tarikh akhir bagi semua penghantaran Permohonan Geran Bersamaan SME Corp melalui pos, serahan tangan dan secara on-line adalah pada 30 November 2009. Ini adalah untuk membolehkan proses penilaian dan kelulusan bagi permohonan sedia-ada dapat dilakukan sebelum pengenalan Skim Bantuan Pembiayaan baru yang akan diumumkan kelak. Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Harap maklum."

Perunding Jalanan







Friday, January 1, 2010

Kursus Asas Kebersihan Makanan

Salam Semua,

Perunding Jalanan nak ingatkan kepada semua pengilang makanan khususnya Syarikat yang akan menghuni Kompleks GMP Kimar Mukim Batu tentang perkara ini. Mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu mengikuti kursus tersebut. Tapi PJ tak buat kursus ni. Tak banyak untung ma...Lagipun setakat kurang RM 50 sorang untuk 3 jam kursus, malaslah nak pening kepala. Bagilah syarikat-syarikat yang baru bukak untuk dapat balik modal hantar pengajar pergi kursus TOT kat ALKEM (dulu) dan KKM (sekarang). Ni ada sorang kawan PJ yang buat kursus ni. kalau ada yang nak buat kursus, bolehlah tengok brosur kat bawah atau pegilah ke blog kawan PJ di foodhandlertraining. blogspot.com.









Monday, December 28, 2009

Kalaulah Sungai Di Malaysia Boleh Diubah Sebegini...


Kalaulah sungai kita boleh diperbaiki seperti ini, tak payah pergi ke Sg Tekala nak berkelah. Lagi satu, pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan, kan elok kalau ditanam pokok buah-buahan yang boleh dimenfaat dan dimakan. Ada juga makanan untuk peminta sedekah dan musafir yang lapar di sepanjang jalan. Macamana boleh diusahakan ???

SDSI Bidang Kraf


Isu Lambakan Susu Segar







Usahawan Glokal dan Radix Fried Chicken













Mesyuarat PIMK

Salam Semua,

Kepada semua peserta KIMAR, jangan lupa menghadiri mesyuarat yang akan diadakan pada 31/12/2009 pukul 10pg di KIMAR Mukim Batu.

Perunding Jalanan

Hj Ruzlan Abdul Malek...





Salam semua,

Last week Perunding Jalanan (PJ) berkesempatan makan malam bersama-sama dengan Penasihat yang sudah menunjukkan kemajuan dari segi kesihatan beliau. Makan malam ini disponsor oleh Chef Daud/Chef Aida...tq bebanyak.
Yang menariknya, makan malam kali ni yang diadakan di Palma Cafe di Bandar Baru Bangi disertai oleh Sahabat Baik kami semua, Tn Hj Ruzlan Abdul Malek....Beliau pulang ke Malaysia, kerana menguruskan jenazah seorang pelajar yang telah disemadikan di Tanah Perkuburan berhampiran Taman Universiti di BBB.

Kepada yang kurang mengenali beliau, mari kita belajar sejarah sikit.

1) En Ruzlan yang saya temui semasa saya bekerja di Unipeq (yang ketika itu di bawah pengurusan UKM Pakarunding) adalah individu yang bertanggungjawab memulakan program kursus dan pembangunan GMP/HACCP bagi Usahawan Bumiputera di MARA. Beliau juga adalah Individu yang terlibat dalam perancangan awal program KIMAR
2) Kalau program ni takde, Unipeq pada ketika itu, sudah pasti merah akaunnya. Mana taknya kerana program ini menyumbangkan hampir 400k pada tahun tersebut.
3) 2 tahun PJ menjadi Penyelaras Unipeq dengan bayaran RM 200.00 sebulan, Unipeq ketika itu berjaya menolong UKM Pakarunding membirukan kedudukan kewangan mereka. Kepada yang masih nak deny perkara ni....korang punya pasallah. Aku jaga 3 post waktu tu aku taulah. Kalau duit tinggal sikit, tanya org yang jaga akaun mana perginya. Hamba menggunakan wang Syarikat dengan kelulusan CEO. So tak timbul duit Unipeq habis kat Perunding Jalanan dan Perunding teraktif pada ketika itu sahaja seperti yang digembar-gemburkan. Hamba menerima duit milage dan bayaran RM 200.00/laporan audit sebagai upah menolong Perunding yang tak buat kerja...full stop. Gaji Pengajar hamba naikkan RM 800.00 sehari sebab hamba saksikan dengan mata hamba, kursus dijalankan sampai malam melebihi dari yang sepatutnya. Sebagai ketua ketika itu, PJ rasa PJ membuat keputusan yang betul sebab Perunding sikit...so Perunding tersebut mestilah di reward seadanya bagi membantu Syarikat berada di landasan yang betul. Bolehkan Syarikat beroperasi tanpa Perunding ??? Dan tanpa pekerja yang bekerja dengan penat lelah/jerih perih untuk kejayaan Syarikat ???.
4) En Ruzlan bersama-sama turun ke serata Malaysia memantau program kami ketika itu. Semasa beliau menjaga Unit perundingan di BPU, kami telah menjalankan banyak program termasuk menyertai program halal di MINES di mana semua peserta duduk kat Hotel MINT ketika tu. Masa beliau pindah ke Negeri Sembilan, kami buat program di Teluk Kemang ngan Usahawan. Ingat lagi malam tu kitorang pegi minum teh kat tepi pantai ngan Chef Aida, En Sharif lipan bara, Penasihat, Hj Suco dll.
5) Program GMP dan HACCP telah dijalankan di seluruh Malaysia. Hasilnya 5 Syarikat di bawah telah mendapat pensijilan pada ketika itu :
- Onlyone Zuza di Napoh (En Zubir, Pn Aishah dan En Zamani....ingat kenangan makan ikan sepat semasa audit dijalankan kih..kih..kih...)
- Ambang Dorongan di Gurun (Apa khabar Kak Nani ngan Hj Aznan agaknya...)
- Heritage Drink (Org Kampung....Mula dengan En Hadzrin...diikuti oleh En Zainudin...Diikuti dengan En Khairul....barulah GMP dapat....korang bayangkan berapa lama tu )
- Deligateux (Syarikat buat kek macam Ezy Classic jugak, masa tu kitorang deal dengan En Radzif, Datuk A. Sani Karim dan Datuk Hamidah...to tell you frankly...these three persons, sangat baik dan humble...) Deligateux dapat GMP dan HACCP dalam masa 3 bulan, rekod yang masih menunggu untuk dipecahkan. Penasihat, PS, Pn Liya, En Sharizan dan Pn Nuraini yang bertungkus lumus dalam projek ini.
6) Program GMP yang pada ketika itu belum mempunyai pensijilan GMP di Malaysia, telah membuka mata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan pensijilan GMP. Rasanya sebab program kami telah mendahului program KKM, so bagi membantu menjayakan program yang murni ini, KKM telah mengadakan pensijilan GMP pada 19 Dis 2006. Keempat-empat syarikat di atas, mempunyai nombor siri 0001-0004 di KKM. Kalau tak caya, korang siasat ler.
7) Apabila beliau bertukar porfolio, kami yang paling sedih kerana dah biasa kerja dengan En Ruzlan. pada masa itu yang menggantikannya ialah Pn Hjh Rahmah Md Nor. Punyalah cuak sebab tak kenal lagi. Lepad dah kenal, baik lah pulak. Sangat baik sebenarnya....Pn macamana, cucu sihat ???
8) Lepas Pn Rahmah, tukar kepada En Khairudin, Pn Hapipah, Kak Bib dan yang terbaru, En Jusoh. Tak lupa juga kepada semua kakitangan BPU yang banyak membantu program GMP/HACCP terutama Cik Fadhlina, Pn Hakima, En Zuriyat, En Amin, Cik Zalina, Pn Azah, En Nordin, En Asri, Hj Rosly Muda, Pak Yim, Hj Zainuddin dll yang terlalu banyak untuk disebutkan.
9) Saya sangat percaya, kejayaan KIMAR akan memberikan kegembiraan kepada En Ruzlan sebagai pemula kepada program ini...mari kita sama-sama memberikan hadiah dan kegembiraan ini kepada Beliau. Kepada En Ruzlan, Frankfurt here I come...shopping....muzeum...sungai....bla..bla...

Sunday, December 27, 2009

KIMAR DI UTUSAN MALAYSIA




DATO' OTHMAN AHMAD...





Nampaknya bahang kehangatan KIMAR sudah sampai ke kemuncaknya, walaupun masih belum ada Syarikat yang berasap di KIMAR...tapi sekurang-kurangnya, nampaklah sikit kemajuan dalam beberapa bulan kebelakangan. Kepada yang masih tidur, bangunlah. Buktikan kepada pihak MARA, kita Usahawan terpilih untuk membantu MARA mencapai KPI mereka bukannya ISTIMEWA untuk mendapat segala kemudahan selagi ada. Sekarang adalah masa untuk pembuktian bukannya masa untuk meminta-minta lagi...Tahniah kepada yang telah masuk. Ada Syarikat yang mesin dah sampai, tapi masih ada masalah tak boleh masuk lagi, bersabar jer lah. Ada beberapa syarikat juga telah mendapat Letter of Undertaking untuk beli mesin...harapnya cepatlah korang dapat GMP.
Suprisingly, saya ada buat congakan tentang siapa yang masuk dulu, yang akan berjaya, yang akan sangkut dll. Mana yang telah menunjukkan progress awal sekarang ni, sebenarnya tak masuk dalam jangkaan awal....Syabas diucapkan.

Monday, December 14, 2009

MENGAPA MENYEPI...




Banyak sangat org tanya, di mana perunding Jalanan selama 1 1/2 bulan. kan sebelum ni saya kata saya akan dorman sebentar sebab sedang menyiapkan kediaman apartmen kos sederhana di Seksyen 7. Di bawah adalah gambar rumah yang dah 80 % siap. Rumah ni jual fully furnished 150K. Enjoy...


Frame ni kalau kat Laura ashley, takde RM 3.5k jangan berani pegang ok...

Ni gambar ruang tamu....Sofa kulit putih tu dah lama jadi idaman aku, cuma aku suka yang chesterfield tapi dalam kalut, tak jumpa pulak. Dengar American Accent tgh jualan gudang, bolehlah dapat sofa yang RM 22k tu kurang sikit kot...


Ni gambar dari bilik Makan. Almari putih tu, tempat simpan pinggan/kasut


dapur yang kecil, kena dihias juga seadanya...

Bilik makan dengan warna rona merah dan hitam....rasa dahaga dan lapr untuk makan kalau bertandang di bilik ini
Bilik tidur kedua...
Bilik tidur utama...

Tuesday, December 1, 2009

Akta Halal digubal giatkan Industri Halal

Salam Semua,

Walaupun artikel di bawah dah lebih kurang sebulan dikeluarkan, rasanya ianya terdapat fakta penting untuk Penghuni Kimar Mukim Batu.

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan akan menggiatkan lagi pembangunan industri halal dengan melaksanakan empat cadangan termasuk menggubal Akta Halal yang menjadi asas pembangunan, pengawal selia dan penguatkuasa industri berkenaan.

Cadangan itu juga menyaksikan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diperbadankan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, HDC akan menyediakan satu pelan tindakan pembangunan industri halal manakala pengubalan Akta Halal akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam.

Najib berkata, dua cadangan lain adalah mempertingkatkan persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama institusi antarabangsa untuk mendapatkan pensijilan piawaian seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan Amalan Pengilangan terbaik (GMP) supaya sijilnya diktiraf antarabangsa.

Cadangan itu juga melibatkan pembangunan sistem anti penyeludupan produk halal di tiga pintu masuk dan tiga pelabuhan utama untuk membantu agensi seperti Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim mencegah kegiatan penyeludupan dan mengurangkan risiko wabak penyakit.

“Untuk tujuan ini, sebanyak RM24 juta akan disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Najib berkata, umat Islam di seluruh dunia kini melebihi 1.8 bilion orang dan permintaan untuk perkhidmatan dan produk halal semakin meningkat sehingga mencecah AS$2.1 trilion (RM6.93 trilion) setahun.

“Malah, golongan bukan Islam turut berminat terhadap produk halal juga meningkat,” tambah beliau.

Dipetik Dari Utusan Online 24/10/2009

RM15.6 juta naik taraf Arked Mara

SEREMBAN 29 Nov. - Sebanyak RM15.6 juta akan diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam melaksanakan projek menaik taraf bangunannya di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha itu perlu ke arah peningkatan imej premis perniagaan tersebut.

"Peningkatan imej itu juga membolehkan arked Mara ini bersaing dengan premis pernigaan lain apatah lagi bangunan yang sedia ada sekarang sudah kelihatan uzur," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, langkah tersebut juga bertujuan untuk memastikan usahawan-usahawan dapat menjalankan aktiviti perniagaan dalam suasana yang lebih selesa.

Tambah beliau, peningkatan imej itu membabitkan lapan bangunan Mara di seluruh negeri ini.

"Lapan projek itu membabitkan Arked Mara di Kuala Pilah, Jalan Tuanku Munawir dan Ampangan di sini, Batu 3 3/4 Jalan Pantai dan Pasir Panjang di Port Dickson, Mantin, Nilai dan Beranang," katanya.

Sementara itu menurut Yunus, setakat ini sebanyak 516 lot perniagaan disediakan oleh Mara membabitkan 49 projek premis perniagaan di seluruh negeri ini dalam usaha meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera.

"Projek terbaru adalah Senawang Smart Auto yang dibina khusus untuk perniagaan berkonsepkan automotif.

"Premis terbaru itu adalah khas untuk perniagaan automotif seperti bengkel servis kereta, kimpalan dan mengecat kereta dengan tujuan untuk meramaikan lagi usahawan bumiputera dalam bidang yang cukup berpotensi itu," katanya.

Sehubungan dengan itu kata beliau, usahawan bumiputera disaran memanfaatkan kemudahan tersebut untuk meningkatkan pendapatan.

"Masih terdapat kekosongan di premis perniagaan yang disediakan oleh Mara itu dan penduduk di negeri ini harus mengambil peluang ini untuk berniaga," katanya.

Dipetik Dari Utusan Online 30/11/2009


Monday, November 23, 2009

Penasihat Gering...Kak Long Masih Begitu...




Salam Semua,

Penasihat kita Dr Ayub Mohd Yatim dimasukkan ke HUKM semula setelah keluar beberapa hari yang lalu. Mengikut kata Dr yang merawat, beliau mengalami migrain dan mild stroke. Kepada sesiapa yang telah datang melawat, saya bagi pihak Dr Ayub mengucapkan jutaan terima kasih. Sama-samalah kita doakan semoga beliau cepat sembuh....

Kak Long pula masih berada di Hospital. Menurut Chef Aida yang telah melawat beliau hari Sabtu yang lalu, keadaan beliau agak membimbangkan. sama-samalah kita panjatkan doa semoga beliau kembali seperti sedia kala dan ceria seperti selalu. Pada En Seth, sabar banyak-banyak. Kalau ada kesempatan, nanti saya ke JB untuk menziarah.

Perunding Jalanan