GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan lima kilang
makanan di negeri ini ditutup mulai semalam kerana kerana gagal mematuhi
peraturan kesihatan.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata antara kesalahan menjijikkan
dikesan dalam operasi itu ialah najis tikus dibiar melekat pada guni
tepung dan stok makanan mentah dilonggok di hadapan tandas.
"Premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11
Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan
sebelum diperiksa sekali lagi," katanya di sini hari ini.
Beliau
berkata premis terlibat ialah kilang kicap, kilang mi, kilang roti,
kilang bawang goreng dan kilang kerepek yang beroperasi di sekitar
Jelutong, Kepala Batas dan Bukit Mertajam, dekat sini.
Sebanyak
16 premis diperiksa iaitu Daerah Timur Laut (dua), Barat Daya (tiga),
Seberang Perai Utara (dua), Seberang Perai Tengah (lima) dan Seberang
Perai Selatan (empat).
Dipetik Daripada My Metro Online (10 September 2014)
Dipetik Daripada My Metro Online (10 September 2014)