Tuesday, July 12, 2011

Sate Kajang Hj Samuri Processing Sdn Bhd Berjaya Memperolehi Sijil GMP


Salam Semua,

Maaf lama PJ tak masuk blos bersawang ni...maklumlah semua tahu PJ sedang dalam proses berpindah ke SOHO baru di Putra Prima...proses pindah ni bagi orang macam PJ yang cerewet amatlah jerih sekali....

Apa-apa pun, PJ ingin mengucapkan tahniah kepada Sate Kajang Hj Samuri Processing Sdn Bhd (SKHS) yang telah memperolehi sijil GMP beliau 2-3 hari yang lepas....FHS Consultancy telah membantu pihak SKHS dari tahun 2006 bermula dengan peringkat pembinaan kilang lagi. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dalam proses ini...PJ tujukan sijil ini khusus buat Arwah Dr Ayub Mohd Yatim kerana beliau antara individu yang sangat gigih membantu SKHS di dalam peringkat perlaksanaan GMP beberapa tahun yang lalu. Kami ke serata Malaysia menjalankan audit dalaman mengaudit kilang memproses ayam dll sehingga lewat malam.

Terima kasih juga kepada Intan, Najmin, Rohana, Dina, Hadi, En Rumaizi, Afiq, Wan, Abg Mat, Alfian dan keluarga besar SKHS termasuk BOD yang dah jadi kawan2 rapat saya...En Sofian, En Shafiq, Kak Long, Kak Lang, Anak yang bongsu Dato' Hj Samuri (saya lupa namanya)...owh lupa lak pada Dato' dan Datin...

Saya harap pensijilan GMP yang diperolehi bukanlah titik noktah perlaksaanaannya...kekalkan kilang yang bersih...walaupun bapak tiri nieh dah takder lagi memantau korang....