Sunday, March 27, 2011

Hargailah Apa Yang Ada


Salam Semua,


Kenapa tajuk di atas jadi pilihan hari ini. Aku pun tak tau. Kebelakangan ni, banyak peristiwa berlaku pada diri PJ yang menyebabkan PJ lebih menghargai orang-orang di sekeliling PJ. PJ baik semula dengan Akim, PJ dapat kawan dgn Cem, PJ dengan Nazri lebih kerap berhubung, PJ dgn Lan bertambah rapat dan lain-lain hubungan kekeluargaan yang lebih akrab...PJ dah ada akaun Facebook lepas semua orang marah sebab susah nak track PJ kat mana dan buat apa. Bila dah ada FB maknanya, PJ dah buka pintu semula kepada kehidupan lampau PJ yang PJ malas nak imbas dan jumpa semula kengkawan yang sebahagiannya PJ rindu sangat dan sebahagiannya PJ langsung tak ingin nak jumpa tapi terjumpa juga di alam maya. PJ cuma taknak sejarah lama menghancurkan apa yang PJ nikmati sekarang. PJ cuma nak menikmati apa yang PJ ada dan menyayangi orang sekeliling PJ tanpa rasa prasangka.

Minggu lepas Mak pergi buat follow up operation buang ketulan di buah dada. Dua biopsi yang telah dijalankan sebelum itu mendapati, tiada sel kanser dikesan dan pembedahan itu dijalankan hanyalah kerana terdapat lelehan cecair yang menyebabkan rasa kurang selesa. Nak dijadikan cerita, ujian patologi yang telah dijalankan selepas pembedahan mendapati tisu yang dikeluarkan terdapat sel kanser...

Itulah berita yang sedang aku digest sekarang...rasa macam mimpi pun ada walaupun i keep telling 2 myself, be strong...Mohon korang doakan semuanya berjalan dengan lancar. Radioterapi akan dijalankan pada bulan 5 nanti selama 3 minggu berturut-turut. Angah doakan Mak sihat. Angah hanya ada satu Mak dan satu Abah jer dalam dunia and i'm not ready to lose both of you. Belum puas rasanya berjasa pada Mak dan Abah. Angah sayang Mak dan Abah...

PJ...

Friday, March 25, 2011

Kenang Jasa

Salam Semua,

Lama jugak PJ tak hupdate blog ni, sawang dah start ada sket ni. PJ cuma nak sampaikan beberapa pesanan kepada Pengilang KIMAR tentang beberapa perkara. Ada org MARA dah naik menyampah dengan beberapa pengilang kat KIMAR tu.

PJ berpandangan bahawa, kita ni dipilih menghuni KIMAR Mukim Batu kerana kita telah berada di tahap menengah yang tidak perlu berpaut sangat dengan MARA. Itu asas pemilihan beberapa tahun dulu. Nak kata salah pilih oleh orang yang hidup atau yang telah meninggalkan kita, PJ tak berapa pasti...tapi PJ sendiri dah naik meluat dengan beberapa Usahawan yang kerjanya naik turun MARA untuk mengadu dan memohon benda-benda yang tak relevan dengan situasi terkini. PJ rasa kalau ada usahawan yang rasa tak mampu buat sendiri setakat apa yang MARA dah beri sehingga ke hari ini, undurlah secara terhormat. Golongan macam ni lah nanti yang akan mencacatkan imej KIMAR keseluruhannya.

Tolonglah ada rasa hormat sikit dengan beberapa pegawai MARA yang telah menolong kalian sebelum ini. Jangan main terjah aja kalau nak minta bantuan. Apa anda ingat MARA wajib mengambil anda menghuni KIMAR tanpa ada hak untuk melucutkan keistimewaan anda seperti yang diwar-warkan selama ini. PJ hanya tahu golongan istimewa ni golongan OKU sahaja...

Ni luahan orang MARA jugak. PJ sampaikan sajer. PJ senang, orang bagi PJ ambik, orang tak bagi PJ tak heran. With or without, PJ terus jalan ke depan. Ada bantuan tu kira bonusler bukannya tanpa bantuan, projek KIMAR tak boleh jalan. Fikir-fikirkanlah, PJ pun bukan siapa-siapa dalam Persatuankan. Apa PJ rasa tak betul, kat lapangan inilah PJ menegur. Untuk kebaikan kengkawan juga. Jangan pandang ini sebagai benda yang negatif wokeh.

PJ puji HPA Industries yang telah mengambil alih kompleks Kilang GMP Alam Abjad sebelum ini di Serkam. Sangat membanggakan walaupun tanpa bantuan sangat dari MARA, kesemua kilang telah berpenghuni dan beroperasi. Ada rasa terkilan sikit ler tapi happy gak sebab tak jadi gajah putih...

PJ

Monday, March 14, 2011

My Beloved Brother...Akim

Inilah Akim yang aku kenal, muka budak jahat ngan botak....buatlah rambut macam mana pun, aku pilih gambar ni jugak

Suker gambar ni
Stylo Bro, memang Korean betul Akim ni
Dah 2 tahun birthday Akim org tak dapat join. Tahun ni kena cari masa gak ni. Suker janggut simentri tu. Orgkan GMP




Ada macam Pak Nil pulak. Akim kan pernah kata, kalau Paknil nak jadikan Akim adik angkat, Akim Nak

Gaya rambut Ariel AF



Posting kali ni PJ nak tujukan kepada Akim, adik angkat aku yang kat Melaka. Sebenarnya dah 2 tahun 4 bulan aku tak jumpa dia lepas projek Alam Abjad kat Serkam tamat. Kesuntukan masa dan kesibukan dia belajar di USM menyebabkan kami jarang bertemu....alah sebenarnya memasing tertanya-tanya satu sama lain kenapa macam ada benda yang tak settle sedangkan last jumpa 9 Nov 2008, 3 hari lepas birthday akim, hubungan kami berjalan seperti biasa.

Kebetulan Azan kahwin 11-13 Mac ni, so aku rasa baik buat perhitungan terakhir sebab aku tak suka benda takde kesudahan. Hari khamis lepas, patutnya keluar ngan Akim makan tgh tapi dia dah janji dengan kawan dia nak makan. So kami decide petang tu aku nak jumpa pasal benda ni. Call punya call, dia kata petang tu ada operasi. So kami decide jumpa hari Jumaat. On the way balik dari rumah Lan, aku singgah rumah akim kat Bukit Katil. Semalamkan org dah explain kat Akim kenapa org singgah...jujur cakap, I want to verify the truth of the story...it's true Bro. Betullah tu tekaan Akim dgn Azmi. Azli tak percaya kot...

Malam hari Jumaat tu aku terus ke Rumah Akim. Setelah bertahun tak jumpa, dada aku rasa nak pecah sebab banyak benda tak lepas. Bila dia bukan pintu dan tersenyum, kami seperti biasa bersalaman dan berpelukan....langsung hilang kemarahan aku pada Akim. Ajak Akim ke rumah Yani (wife Azan) untuk tengok majlis berinai besar lepas tu balik umah Lan. Lan siap bagi kunci Homestay sebab asalnya aku decide nak tidur kat situ. Lepas tu Akim cakap tidur umah dia macam dulu-dulu. Azmi kebetulan balik KL 2 hari. Nostalgia betul.

Aku terkejut badak tengok komputer Twinhead yang aku bagi dulu masih elok dijaga. Dia buat assignment dari start mula belajar sampai sekarang guna komputer tu ler. Sedihnya aku. Aku kaya-kaya kat sini, dia pakai komputer slow buat assignment. Bukan pasal Akim takde duit yer...Aku cakap esok aku nak upgrade komputer tu. Bila aku bagi tau Lan, ketawa Hippo mamat tu sebab dah jarang dengar orang pakai Twinhead. Kebetulan aku bawa netbook Dell yang aku guna untuk training BeST baru-baru ni. Melihatkan kesungguhan dia belajar walaupun dah Tua (jgn mrh bro...betulkan dah 29), aku bagi Komputer tu kat dia. Harap Akim belajar betul betul. Harap dapat naikkan CGPA tu sebab Akim nak sambung Masterkan. Org doakan Akim berjaya. Serius ni, belajarlah kat UKM pun takpe...rumah kat Bangi ni pun Umah Akim gak. Dudukler selama mana mau. Nak belajar bawah Lan kat UiAM pun ok.

Rasanya selama ni banyak salah faham jer tapi memasing ego nak say hello. Bak kat Akim, macamana nak lupa Azli, komputer tu dia hadap everyday buat kerja. Akim, org akan siapkan jugak cross stich muka Akim tu. Dah due 2 tahun ni...

Terima kasih banyak banyak selama 2~3 hari ni temankan org, terpaksa dengan dengkuran lite-lite sebab penat, belanja org tengok Merong Mahawangsa dan makan kat nando's, teman pergi kawin Azan, teman pegi tinted kereta (nanti org tambah crown kerabat kat depan Peugeot tu???), teman ke Rengit sampai malam, teman makan kat Bukit Katil (Sedap Bro, serius ni kerabu sotong tu sampai teringat-ingat) dan paling penting tolong menghuraikan banyak problem org kebelakangan ni.

Harap lepas ni, kita cherish balik ke"Bro"an dan jangan pandang belakang lagi. Org ucapkan happy belated birthday sebab original msg pada 6 Nov 2010 dihantar pada nombor yang Akim dah tak pakai. Sorry bro. Org hantar msg tu 12.01am macam tahun-tahun lepas. Sumpah tak lupa.

Akim, sekali lagi terima kasih...Akim fahamkan sebab dalam kereta org dah cakap rasanya 3 kali. Nanti kita hang out ngan "team" lagi satu. Org tuntut janji Akim tau??? Thanks Bro. There are things yang org boleh cerita ngan Akim ajer, tu sebab Akim significant dan kepala org clear walaupun kita tidur tak cukup asyik borak jer. Lagu SEDETIK LEBIH tu, nanti orang trim tang chorus untuk Akim buat ringtone. But untuk akim, sama macam Lan ngan Nazri....lagu Teman Terulung paling sesuai. Tanpa 3 manusia ini, hidup aku pasti terumbang ambing sebab teman curah masalah takde.

Gud luck untuk exam bulan April nanti....Pegi check kenapa kepala selalu pening...nanti kalau ada hal boleh detect awal-awal. Ramai orang sayang Akimkan. Ingat tu. Semua masalah yang Akim hadapi sekarang ni ada hikmah disebaliknya. Org percaya, akan dapat jugak satu hari nanti apa yang dicita-citakan.

Ya tuan-tuan, tlg jangan buat spekulasi bukan-bukan. Dia memang Bro aku dunia akhirat. Not more than that dan dia straight. Aku kenal semua ahli keluarga dia sama gak ngan Akim. Hantu betul Dr Fadli Besfren Lan sebelum aku. Jgn gurau macam tu lagi depan orang. Kesian Akim.

Thursday, March 10, 2011

KAWAN SEJATI

Salam Semua,

PJ nak ambik kesempatan di subuh hening ini untuk mengucapkan terima kasih pada Nazri sebab semalam datang rumah PJ. Hubungan PJ dengan Nazri unik sekali. kami kenal sekitar 15-16 tahun lalu. Orangnya pendiam ttp sekali bercakap, you'll know he's knowledgeable.

Betul kata Nazri orang takkan kenal dia dengan first impression sebab dia memang begitu. Aku mengaku tu. Kutuklah apa pun, dia akan tersenyum. Aku cuma harap, gurauan aku selama ini tidak disimpan di dalam hati sebab mulut aku jahat, puaka dsb. Semalam PJ ada problem sikit so seperti biasa PJ akan call 2 manusia yang sangat PJ sayang samada Lan atau Nazri. Masa PJ call Nazri tu PJ sebak tak tau kenapa. Tak boleh nak sambung perbualan telefon...Malam tadi, Nazri sekali lagi Nazri muncul depan rumah PJ sebagai teman Sejati untuk menjadi pendengar setia masalah PJ. Rasa release sangat malam tadi.

Nak tau kenapa sebak semasa menulis posting ni. PJ tak pernah Declare apa-apa dengan Nazri. Nazri tadah telinga ajer bila PJ cerita PJ ada kawan lain yang baik, ada adik angkat 4-5 orang, kakak angkat kaya bla...bla...bla...PJ baru sedar kalau PJ jadi Nazri mesti dia tertanya. yang aku terconggok depan mata ni bukan besfren ko ke. Ko susah aku ada. Ko menangis aku ada. Tu yang malam tadi masa PJ cakap, sebagai kawan, PJ rasa PJ tak mampu hidup kalau Nazri tiada. PJ baru tersedar...sebenarnya kawan yang paling kenal PJ luar dalam, tak pernah judge PJ selain Lan dan Shamsul.......NAZRI

Nazri, kalau ko baca ni. Aku taknak mati mata tak tutup. Aku ucapkan terima kasih bebanyak atas segalanya. Aku sayang ko. Aku baru sedar, lain kawan sebenarnya mengisi lain segmen. Nazri adalah kawan yang mengisi kebanyakan segmen itu. Lan mengisi segmen kekeluargaan, minat dll. Lan soulmate aku. bercerita dengan Lan mudah sebab Mamat ni pun pendengar yang setia tetapi ada beberapa benda, aku tak boleh bercerita dengan Lan samada dia sedar atau tidak, aku tak pasti. Shamsul sama seperti Nazri cuma Shamsul kurang mendengar dan memberi respon itu sahaja. Sementelah Sham dah kahwin dan kalau balik kampung aku tu, nak balik cepat jer maklumlah dah ada anak bini. Tapi shamsul menang tang trust. Katalah apa sahaja pada PJ, Sham ada di belakang PJ. Lan banyak spend time berkualiti. Kalau lalu jer KL, PJ mesti tau samada ke expo ker, balik umah Mama ke. Dia mesti akan telefon dan jumpa. Itu sebab Lan PJ tak risau sangat. Sekali lagi PJ dah buat kesilapan ini...PJ cerita pasal besfren PJ dalam ruangan tribute kepada NAZRI....NAZRI....Lan dengan Shamsul mungkin Besfren aku....tapi kawan aku yang aku gelarkan KAWAN SEJATI/TEMAN TERULUNG adalah engkau. Sematkan ini dalam hati. KAWAN SEJATI macam engkaulah yang biasanya ada masa aku memerlukan, masa aku sedih, susah hati....I wish aku boleh menjadi seperti itu kepada orang lain. Tak perlu declare apa-apa tetapi hati kita tahu....itulah kawan sejati kita.... Kalau ko muntah baca posting ini....aku tau itulah NAZRI aku....kawan yang hinggap di dahan hati aku, tidak berkicau riang kerana mulutnya mengandungi emas, tidak terbang pergi walaupun dahan hati aku patah rantingnya untuk dia berpijak.

PJ yang EMO

Tuesday, March 8, 2011

Extended Familyku

Salam Semua,

PJ nak buat tribute posting ni kepada kengkawan yang banyak menceriakan hidup PJ selama ni. Sahabat/bro/bestfriend/abang angkat/adik angkat/kakak angkat yang PJ kasihi.

PJ bila tengok bebudak BeST melompat-lompat tangkap gambar tu, teringat zaman-zaman jahiliah dulu. Masa belajar dulu ler...bahagia rasa. PJ nak ingatkan. Nikmatilah masa sekarang ni sebelum ia meninggalkan kita. Percayalah, satu hari korang akan terkenang benda ni semua. Jangan judge orang dari luaran. Setiap orang unik dengan cara mereka tersendiri. Pandang dengan mata hati, korang akan nampak setiap orang walau jahat macamana pun, ada kebaikan dia yang mungkin kita terlepas pandang.

Teringat kat Mail kawan masa sekolah menengah bawah....setiap cuti sekolah, Mail tak balik pun kampung dia, menyebuk menumpang rumah aku. Dah macam anak angkat mak aku dah. Mana budak ni pergi. Berapa orang anak ko Setan...mana pergi Rahmat yang kerjanya mengerjakan freshie baru. Pantang nampak dahi licin, semua ko nak sebat.

Mail ngan Aku kat atas Feri Masa Cuti di Penang. Rindunye. Tlglah contact aku kalau ko baca. Kalau tak aku tak halalkan ko tumpang basikal aku pegi sekolah...

Masa di MRSM, PJ tak berapa banyak kawan rapat. PJ tak berapa rapat dengan rakan sebaya. Kawan ngan orang tua atau budak form 1-2 sahaja. Yang sebaya banyak yang jahat. MRSM PJ waktu tu ada satu sindrom lain. Nanti PJ cerita kat posting lain...Teringat kat kawan satu Homeroom Khairiah, Shemly, Yusri, Zetty Helza, Donna Jarukan, Saiful dll. Mana pergi Diva MRSM aku si Zack, Zafian Sufiat (Mamat ni mental sikit, pandai nak mampus...tengah borak ngan kita dia boleh tetiba menghafal formula fizik!!!terkumat kamit macam tengah jampi serapah, siapalah malang jadi Bini ko), Remy (Muka garang...Librarian yang paling aku benci), Ariff, Rashid....Shahdu pulak hati. Aku ambik kesempatan panjatkan doa kepada kengkawan yang dah meninggalkan kita, Arwah Torone, Minah yang pandai main gitar tu, lupa pulak nama dia, Steng, Kerox (USM) dll.


Saiful kecil ngan Saiful Besar. Adik beradik angkat. Mana pergi si Saiful Ferodzan (yang kecik). maklumlah dah 32 Tahun. Berapa anak ko. Gambar ni masa dia 13 tahun. Saiful besar, e-mail aku kalau kau baca ni...

Gambar masa ambik keputusan SPM. Aku kan YB kat MRSM Terendak. bebudak memang baik ngan aku. Koranglah habiskan gerap aku (ration) kalau parent abang datang dari Kuala Selangor kan. Ingat lagi kita makan sorok-sorok dalam loker (ikan bilis goreng berlada), makan maggi pakai air paip pun korang nak pau abang kan. Dalam gambar tu budak Carbondale, si Ariff....Rizal Zaidi Ahmad Zabidi yang buat sign peace tu (Bro, ko kalau baca tak contact abang balik, aku sumpah ko jadi batu???. Abg tak tau nak contact ko macamana). Yuskhairul yang sebelah aku tak pakai baju tu. Si Beruang yang Hitam manis belakang di Ariff

Malu pulak tengok gambar ni, gambar Homeroom members aku. Oldies giler.

Suhaili (the prettiest boy in our college those days???). Nampak jambu tapi sebenarnya kaki Sport. Semua sukan dia main. Dia kira Hero Mansor Syah, rumah sukan aku

Masa di Kolej MARA Kulim, aku ni Majlis perwakilan pelajar. Naib presiden jer. Last 2 weeks, baru jumpa dengan presiden kitorang dulu. Mohd Ali Yusof. Yer, nama father dia yusof, nama idola dia pun Cikgu Yusof, Pengetua Kolej aku dulu. Carbon Copy betul. Aku ingat berat badan aku jer yang bertambah, Rupanya Ali lagi hebat...

Roomate aku si Londeh pergi mana. Last aku jumpa kat Setiawan. Dah jadi Navy mamat ni. Berantakanlah kapal kalau ko onboard. To'en dah jadi orang besar kat Petronas. To'am pun dah berjaya dah. Last aku tau dia kat Felda. Lain-lain aku agak lost contact gak la. Teringat lak kat cikgu Kimia aku yang aku suka sangat. Cikgu Siti Suanja Somiran (Betul ker ini nama dia???), Cikgu Bio aku, Cikgu Umi, Mr Teh Sharifuddin yang sangat kelakar. belajar BI ngan dia memang paling enjozzz. Gelak manjang.

Ingat lagi belajar silat Cimande Jalak Lenteng. Aku ingat siapa yang biasa menari, boleh masuk silat tanpa masalah sebab silat Cimande ni banyak bunga nak kena ingat. Failed beb, siap kena tutorial kat luar gelanggang. Termasuklah sama dengan Roomate aku, Rushaimi. Aku rasa Bai pun fail gak. Bai, Dr Vet yang konpem dah kaya la ni. Start tu kalau ada silat jer, gerenti aku seksa nak mampus. Apa nak buat, kena lulus gakkan. Syukur gak, bila habis belajar di KMK, aku dapat gak ler tempat ketiga lepas Siza (Doktor Kulit Sekarang), Muna (Doktor kat UKM kalau tak silap aku).

Masuk ke UPM, kengkawan rapat aku banyak gak ler. Sham roomate aku sampai sekarang rapat dah macam keluarga. Pak Ngah kepada anak-anak aku. Dulu rapat heavy, lepas kahwin rapat lite-lite jer. Wife dia pun baik ngan aku sampai mak mentua dan sedara mara kebanyakannya aku kenal.


Bai antara Housemate aku yang rapat. Dah macam abang aku dah walaupun beza few months jer. Dia kenal aku luar dalam. Masa bapa dia meninggal, aku ler orang yang ditugaskan untuk memberitahu dia kat KMK. Masa putus ngan Lin, aku ada tempat dia mengadu. masa putus ngan Shida pun, aku ada comfort dia. Seksa sangat tengok dia masa tu. lepas grad, aku dengar dia kahwin dengan orang Kelantan. Ko ni, kata taknak kawin ngan orang Pantai Timur. Last-last sangkut jugak ngan orang Tanah Merah. Jasnizat, kawan susah senang aku, la ni tengah belajar kat france bidang Marine Biology. Ngeri aku dengar sebab semua pembelajaran dijalankan dalam bahasa perachis. Ko BI pun kantoi, camne nak cope up bahasa diorang. Adoyai.

Nazri kawan UPM aku yang masih rapat sampai sekarang. Kalau aku takde, nampaknya cakap ngan dinding jerlah mamat ni. Mulut macam ada mutiara. Senyap jer. lately ni, dengarnya dia tengah happy, dia sudah minat sama satu awek kat Facebook. Dah balas-balas msg bagia. Oklah tu, tinggalkanlah aku sorang-sorang...

Masa di UPM gak, aku baik ngan Shida yang aku anggap kawan baik aku, Nuraini, Yanti (yang sibuk bonceng ZZR aku masa tu..sambil lambai-lambai kat kengkawan di kolej 4), Taiko, Ema, Rosmawati dll.

Lepas habis belajar aku kerja di Unipeq. Di sinilah aku mula rasa kalau dah terlepas waktu belajar, nak jumpa kawan yang baik amatlah tipis. Maklumlah jumpa sekejap-sekejap jer. Aku rapat dengan Linda satu ketika dulu. jujur aku cakap, sampai sekarang aku ingat kebaikan dia. tapi dah ditakdirkan PJ sudah tak rapat lagi atas sebab-sebab yang tertentu...aku berserah jelah pada Tuhan. Rapat tu kawan baik kategori perempuan. maklumlah masa Unipeq kena pindah kat BIRO, hanya ada aku, Sue ngan Linda sahaja menghadap pengurusan baru. Aku pulak penyelaras Unipeq.

Kengkawan lain, En Halim, Abg Hashim yang macho, Kak Ayu yang penyayang, kak baah yang baik hati. yang lain tak masuk list. Hafiz aku baru kenal ngan Taufik. Dua -dua bro ni baik. Bila kita nak karaoke lagi...

Kat sinilah aku kenal Arwah Dr Ayub (boleh baca posting dulu tentang beliau). Dialah sahabat, dialah abang dan dialah bapa pada aku. Semua masalah aku dia tahu. Semua masalah dia jugak aku tau. kengkadang aku jadi lagi abang dari dia sebab ada tindak-tanduk dia kengkadang aku tak berkenan. sebab kenal Dr Ayub, aku kenal Lan...

Lan satu dalam sejuta, aku yakin peluang nak jumpa kawan sebaik dia. amatlah tipis .Dia bukan jenis menunjuk baik dia. Dia akan ada bila aku perlukan. Kalau tak jumpa bertahun pun, aku yakin dia adalah orang yang sama. Dengan dia lah, semua pulau dalam Malaysia ni kitorang jelajah pergi Snorkeling. kalau korang nak tau, dialah yang selamatkan aku masa nak lemas kat Pulau Perhentian. Ingatkan dah insaf lemas nak mati. Esoknya berani-berani kucing pergi pulak kat Pulau Kapas. Lan, terima kasih jadi besfren aku. Layan kerenah aku yang banyak cakap. Lan selalu jadi pendengar yang setia. Hanya tuhanlah yang membalas budi ko. Serius, air mata aku tgh mengalir masa aku tulis ni...ko pun tau aku. Kengkadang aku rasa ko ni besfren aku. Kengkadang rasa macam adik aku walaupun ko lebih abang dari aku dalam banyak segi. Ko lagi pandai, ko lagi kacak, ko lagi kaya...hanya Lan saja yang mampu nasihat aku kalau aku buat silap. Trime kasih bebanyak. kau lah TEMAN TERULUNG aku. Serius ni aku tgh nangis ni. Kenapa aku emo sangat ni. Rasa macam ada sesuatu nak berlaku pulak.

Gambar Lan masa di Ofis aku

Akim aku kenal masa kursus di Ledang. Aku cakap sombongnya budak ni, senyum pun susah. Kawan-kawan gitu jelah. Nak dijadikan cerita, masa kursus juruaudit kat Lumut, Akim ngan Hairal ganti Fahmi ngan Rohana kalau tak silap. Aku masa tu pergi ngan Lan. Aku cakap mamat ni Stylo. Aku cakap ngan Lan, cubalah ko lawan ke"stylo"an dia. Lama-lama diorang jadi kawan pulak. hantu betol. Ko nak caras besfren aku yer. Hari pertama tu lepas hang out, rasa boleh kawan pulak. petang turun main polo air, main kayak (walaupun dia takut sebab tak tau berenang), karaoke (Ingat lagi Akim nyanyi lagu My Heart ngan Lan). Masa nak balik, hati rasa berat pulak, tapi tak declare apa-apa pulak. Masa balik singgah rumah aku, then next week pergi rumah dia kat melaka. Astaghafirullah, aku tak tau dia ada abang angkat yang tinggal serumah da. kalau aku tau, sumpah aku tak rapat. Sorry Shah. Aku anggap Shah kawan aku jugak, that's why masa Shah kawin, aku nak pergi tolong.

Aku ingat lagi aku beli T-shirt sama untuk Akim ngan Lan. Dah macam three stooges dah. Balik masa Shah ada kat rumah, senyap-senyap Akim tukar baju lain. Aku pelik jugak. Malam tu punyalah aku seksa tidur kat situ. Aku telefon Lan camne ni. So aku decide untuk stay. Kebetulan beberapa bulan lagi Shah akan kahwin.

Aku hanya menjadi aku, situasi tidak selesa ini berlanjutan sampai hari nikah...aku decide untuk tolong Shah punya persiapan mana yang aku mampu. Agaknya sebab aku jujur, lama-lama baik pulaklah ngan Shah. Baik maknanya takde tension. Bak kata Akim, Shah kena terimalah situasi baru ni. Lepas Shah kawin, aku selalu gakler ke Bukit katil sebab projek Alam Abjad kat Melaka, every month aku tidur kat situ. Lepas habis projek Alam Abjad tulah, kami renggang sebab jarang jumpa. Last week aku contact dia, aku akan jumpa dia masa Azan kawin nanti. Sayang dah baik-baik, tetiba silent treatment pulak. Bukan ada benda-benda pelik berlaku pun. Aku dah kenal semua adik beradik dia, dah bro pun ngan Abah dia. Akim ngan Abah macam besfren. Kebetulan Abah awet muda. Hopefully lepas ni baik semula macam dulu. Akim ni walaupun tak lah rapat macam aku rapat ngan Lan, tapi dia adik angkat aku yang unik. Unik sangat. Tak sabar nak jumpa hujung minggu ni.

Thanks to Shah for this beautiful picture.

Farhan pulak aku kenal masa aku dah berhenti dari Unipeq. Dia Staf Dr Ayub, selalu ler aku jumpa. Dia kawan makan malam aku. Kengkadang keluar ngan awek dia sekali. Farhan kata dia adik aku yang kacak (kacak ker???). Aku pulak rajin masak. kalau masak dia datang makan. kadang-kadang tu, siap hantar kat rumah dia lagi. Ingat lagi Udang Masak Serai yang mencetuskan kekecohan kat Ofis. Satu yang aku respek. Kutuklah dia apa pun, farhan akan ada kat sisi aku sebab dia tahu dia buat benda yang betul. Orang yang mengutuk tu dengki sebab tak dapat makan lauk yang abang masakkan an ???. Sampai sekarang farhan tetap farhan yang aku kenal walaupun awek dia dah bertukar orang lain. Dah jadi Kastam mamat ni.


Lain-lain manusia yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku tentang hidup adalah usahawan-usahawan MARA yang aku rapat sampai sekarang. Kak Aida kakak yang kalau aku ni cerewet, korang belum jumpa akak aku lagi. Abang Daud, Hj SUCO, Mummy, Seth, Kak Fatihah, En Syed Hikmah, Chor, Kak Ros, Mak Jah, Mek Yeh dll. Terlalu ramai....ramai sangat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Kepada semua, hargailah apa yang tuhan berikan kepada anda. Aku bersyukur kerana Ibu dan Bapa tersayang masih ada, adik beradik ngan anak buah yang bertambah-tambah, adik beradik angkat yang memberikan ramai anak-anak buah pada aku untuk berkongsi kasih. Saya sangat gembira dengan hidup saya sekarang, dengan 2 anak comel yang saya ada...dan dikelilingi orang-orang tersayang...

Sebelum terlambat, sekali lagi saya katakan aku sayang kamu semua. Kepada yang aku tertinggal untuk mention kat atas. Itu tidak bermakna aku tak ingat. Kepada kengkawan yang aku baru kenal. Firdaus yang blur, Hafiz yang stylo, Kak Pah yang baik hati, Amy yang comel. Seronok borak ngan Amy. Kak Dina pun best gak.

Pada Bro Cem yang cheeky, Tq temankan abg ronggeng tadi. Abg still terngiang ngiang lagu Sedetik Lebih ngan Teman Terulung tu sampai ke rumah. Seriously, those song selections bukanlah dalam jangkaan abang masa mula-mula jumpa Cem. Ingatkan minat rock or english number but selected one Misha Omar single as a song choice...OMG. Anuar Zain as an idol.??? Ini dah shortcut friendship kita 6 months ahead. Terima kasih sebab kenalkan abang dengan family Cem. Abg really enjoyed the moment eventhough bab kenen-kenen tu memang suspender. Hantu betul. Thanks Bro. Really, i mean it. Whether i'm lucky enough to meet you or another way round. Either way, abang harap kita akan kekal bersahabat sampai bila-bila. Let's go with the flow remember...Abg masukkan lagu tu kat atas untuk dimainkan bila baca posting ni. Gud nite

Azli...