Wednesday, June 11, 2008

SUCO Food Industries Sdn Bhd





Ezy Classic Products Sdn Bhd





Weird Photos...










Innovative Chocolate Sdn Bhd...

Siapa Pengilang KIMAR....


1) Ezy Classic Products (M) Sdn Bhd
2) DMG Food Industries Sdn Bhd
3) SUCO Food Industries Sdn Bhd

4) AJ Food Industries Sdn Bhd

5) Fatihah Frozen Food

6) Hikmah Food Specialities Sdn Bhd

7) RHB Food Sdn Bhd
8) Ultra Sepadu Sdn Bhd
9) SN Idaman Frozen Food Sdn Bhd
10) Tanjung Cindai Sdn Bhd
11) Seafood Terminal Restaurant
12) Perusahaan Azan Sdn Bhd
13) Pesona Food Industries Worldwide Sdn Bhd
14) Malinja Doner Kebab & Bakery Sdn Bhd
15) Innovative Chocolate Sdn Bhd
16) To be named
17) To be named
18) To be named

Sebelum aku buat posting seterusnya, izinkan aku perkenalkan dulu apa dia KIMAR Mukim Batu ni.... KIMAR Mukim Batu ni projek yang diwujudkan oleh MARA kalau tak silap aku bermula pada Mei 2005...Maknanya setakat hari ni, dah 3 tahun projek ni berjalan bermula dengan pembentangan laporan feasibility study di hotel Grand Season KL. Woo..ada beberapa insiden yang menarik kalau kita boleh kongsi:
1) Ingat lagi perdebatan antara Dr... dan Dato'... pasal isu Nestle..Kelakar betol!!!
2) Ada jemputan dari wakil dari "UniX" pasal packaging centre....kesian diorang jadi mangsa keadaan...kena yang chair pulak tu Dato' garang, memang kena pancung kat situ gak le....
3) Ada usahawan yang bangun dan komplen pasal projek KIMAR....yang kesiannya tak pasal-pasal kena perli, sorry aku nak quote kalau siapa yang masih ingat "kalau kamu dah banyak sangat pegi pameran di luar negara, kenapa masih nak mintak bantuan dengan MARA...saya rasa kamu salah forum ni!!!"....as 4 me , no komen...
4) Masa presentation, aku ngan beberapa peserta KIMAR sibuk sms sorok-sorok kat bawah meja..boringnya presentation tu, sorry it was very dry...
5) Azuan (Arkitek) tak pasal-pasal kena sound ngan Dato' pasal pelan kalau tak silap aku, padahal projek ni baru lagi dalam 2 minggu kot mase tu...

Itu antara benda yang aku ingat le...masa tu aku hanya eksekutif kat UNIPEQ, la ni aku perunding amal jariah kaedahnya...kesian aku!!! tapi takpe, kekadang balasan bukan saje datang dalam bentuk RM, tapi pengalaman dan kengkawan yang baik, aku rasa macam sebahagian dari keluarga besar peserta KIMAR oleh itu....kalau aku dah takde pangkat pun, izinkanlah aku menjadi sebahagian dari korang...




Hari ni ada mesyuarat kat KIMAR....kebanyakan peserta datang, yang tak datang ada beberapa kerat je dengan alasan yang tersendiri...meeting ari ni agak berjaya gak le...banyak isu penting yang dibincangkan antaranya...
  1. Isu bahan mentah
  2. Isu kesan harga minyak terhadap loan yang dipohon oleh usahawan
  3. Isu yang belum selesai hasil perjumpaan dengan wakil Datuk Noh Omar iaitu Datuk Markiman Kobiran
  4. Gantt chart perancangan perpindahan....ingat kena ready pada 15 Sept 2008, kalau tak Dato' Markiman Kobiran kejar korang semua...naik bas ekspress lagi !!!
  5. Maklumat peralatan dan pelan susun atur peralatan yang dipohon oleh UNIPEQ...ingat tarikh tutup hantar semua benda yang diminta...17 Jun 2008 (siapa yang tak datang atau hantar wakil, tolonglah take note, nanti kalau dah lepas date line, korang serang aku kata tak inform lah, masa suntuk dan macam-macam alasan lain....aku pekerja amal je tau...) kalau dah hantar kat UNIPEQ, tolong inform aku, nanti tak sampai kat aku, siapa nak jawab tu !!!
Berbalik pada saranan aku petang tadi pasal semua pemberitahuan dan updates pasal KIMAR perlu dibuat melalui beberapa kaedah antaranya melalui blog, e-mail atau google group. Kenapa aku cadangkan.... bukan pasal nak tunjuk pandai, tapi kita ni adalah golongan elit melayu pengilang makanan yang telah dipilih oleh MARA untuk menyertai projek yang sebegini gah dan julung kali dibuat untuk usahawan industri makanan...kita perlu carry image itu dengan sebaiknya...ibarat kata Dr Ayub..."orang naik kereta mercedes Li, mesti pakai baju batik, baru match...kalau tak org kata kita drebar je"...zaman sekarang org dah berubah mengikut arus teknologi...kena ada blog, guna email untuk sampaikan maklumat (murah dan cepat)...kalau pakai faks, ambik masa dan silap-silap faks machine ada kat umah....kalau cam aku yang shift malam ni, camne pulak aku nak faks malam buta, kang terjaga pulak masa tengah tido...dapat kurangkan kerja bg setiausaha jugak (senanglah ko kak, dapat hp...tp RM 200 je k:-) so moral of the story....kena IT sket la beb, kilang top of the line, mesti selari dengan produk, pembungkusan dan kaedah pemasaran yang betul....knape, korang masih tak percaya kilang korang kategori Ferrari ?... tengok gambar kat bawah...


Pintu guna sliding tau...bagi sesetengah kilang ler but jgn speku dulu.....diorang mintak dari awal dan diorang tau apa yang diorang nak dari awal lagi....ni kilang Ezy Cakes kot kalau tak silap...



lantai jenis smooth epoxy....kat kilang sendiri boleh dapat buat lantai ni ???.... menggigil tangan ler nak kluar duit nak bayar kat kontraktor...so angkat tangan dan bersyukur and stop nagging!!! cari arah kiblat dan sujud syukur ok...



lampu berpenutup....banyak lak tu, terang benderang...tp yang paling best, banyak bilik rahsia...Ops lupa lak...ada request ni, buat le satu bilik karaoke...selalu le kitorang dtg terutama Mr X...

Aku ada banyak gambar lagi berkaitan KIMAR, nanti aku uploadkan atau aku share kat e-group. tengah tunggu dari Chef Daud gambar kilang dia tp x sampai lagi....chef bila nak e-mail, den dah start blogging ni, den kojo copat...sebab tu org jeles dan mandramkan aku...but anyhow, i'm still survive (macam lepas perasaan je...kat siapa ye...tunggukan laporan dalam waktu terdekat...korang ingat Dr M je keluar parti...)

Nanti aku cuba buat link kepada mana-mana peserta yang ada website , so senang sikit nak berhubung dan dihubungi kan...siapa peserta KIMAR ye...tunggu !!!